My Song

Thursday, May 30, 2013

"Aku Sekeping Kad"

"Aku Sekeping Kad"

Siapa aku??..Apa yang kau mahu dari aku??..Apa yang boleh aku tolong??
Negara semakin maju & perubahan demi perubahan kian menjana di seluruh pelusuk dunia.Dengan kemajuan ini, aku sendiri tidak terleas dari minikmati kemajuan yang sedang berjalan kini.Aku KAD..Manusia di zaman ini seluruhnya memerlukan aku sebagai pengganti urusan mereka.

Zaman sekarang ini aku memang telah terbukti di seluruh dunia yang mana dengan adanya aku manusia senang untuk berurusan.Siapa yang berani menyangkal kebolehan aku??..Suatu masa dahulu manusia yang ingin berurusan dengan pembiayaan, mereka perlu membawa sejumlah wang yang mana mungkin boleh membawa padah kepada mereka & terdedah dengan risiko jenayah..Mungkin dahulu penjanayah tidak 
cekap seperti penjenayah kini namun risiko tetap ada di mana-mana sahaja.Manusia sanggup kerana pada masa itu aku tiada.

Kemajuan demi kemajuan dunia telah terokai hinggalah aku di cipta untuk memudahkan segala jenis urusan hinggakan ada manusia yang sanggup pergi kesana sini dengan hanya membawa aku sahaja dan tidak perlukan wang.Kerana apa??..Tapi janganlah tidak ada sesen pun dalam kocet kerana kalau panas terik, tekak dahaga, nampak ada jualan air tebu tepi jalan takkan nak guna aku juga kot??..Tak di nafikan wang juga sangat penting untuk ada dalam kocet..kerana apa??..kerana inilah..Tapi dengan kamajuan yang ada di dunia kini tak mustahil suatu hari nanti akak yang jual airtebu tepi jalan itu juga akan menggunakan swap mesin...Harga air tebu RM 1.00 tapi bayar dengan gunakan aku...hahahaha....

Berbalik pada kisah tadi yang tidak perlu membawa wang..Beli barang macam-macam hinggakan penuh troli.Sampai di kaunter bayaran, hanya aku sahaja yang di keluarkan.Untuk apa??..untuk di swap dalam benda alah inilah...
Sampai lebam plat hitam aku di sagat oleh juru wang kat kaunter tersebut namun aku tidak kisah kerana ini memang tugas aku di ciptakan.Memang aku berasa bangga kerana kemana sahaja manusia pergi, aku tetap menjadi pilihan.Bangganya aku..Bangga lagilah tuan yang empunya aku..Nak-nak bila keluar dengan teman lelaki @ wanita..Pasangan itu dengan bangga mengeluarkan aku dari dompetnya untuk belanja pasangannya tadi.Hutang tolak tepi dahulu janji pasangan itu bahagia..

Dulu bila manusia ingin mengeluarkan wang di bank-bank, mereka  akan beratur sepanjang-panjangnya untuk urusan pengeluaran wang hinggakan ada antara manusia yang menyumpah-nyumpah bila petugas kaunter itu lembab buat kerja..Dengan teknologi yang ada, manusia telah mencipta aku untuk urusan pengeluaran yang tidak perlu menunggu lama serta beratur panjang.Sekali lagi KAD di perlukan..siapa itu....aku juga..
Kalau sebut perkataan canggih,aku juga tidak terlepas dari merasai kecanggihannya yang mana sekarang ini ada bank yang advance.Dulu aku hanya di gunakan untuk pengeluaran wang sahaja tapi kini aku juga boleh di gunakan untuk membeli belah seperti kad kredit iaitu Debit Kad..Dunia-dunia..semakin canggih semakin aku mendapat tempat di kalangan manusia.

Rupa paras aku bermacam-macam di cipta, dari yang tak seberapa cun hinggalah yang sangat cun.Itu semua kerja orang kat bank yang reka bentuk rupa paras aku.Aku tak kisah macam mana mereka inginkan asalkan aku tetap menjadi pilihan utama manusia untuk urusan..

AArrggghhhh...Kita janganlah cerita pasal kegunaan urusniaga sebab kalau dalam akaun tak ada duit, urusan tetap tak dapat dilakukan...Selain dari kegunaan ini,aku juga turut menjadi pilihan kepada manusia yang ingin mendirikan rumah tangga..Zaman dahulu,tuan rumah yang ingin mengadakan majlis perkahwinan,mereka akan melantik orang untuk menjemput tetamu dan tetamu yang datang itu selalunya akan menjadi orang pangkal..Tahu tak apa itu orang pangkal??..Tanyalah sendiri pada mereka yang tahu..Malas aku nak terangkan..

Namun tak di nafikan menjemput mulut masih lagi relevan di abat ini kerana selalunya kalau jemput guna aku,alamatnya tetamu hanya datang makan sahajalah..Siapa yang nak buat kerja??...HHaaaa...Itu bukan kerja aku kerana aku hanya menjadi pengganti diri tuan rumah untuk menjemput orang jauh sahaja..Masak memasak,basuh pinggan mangkuk itu semua bukan kerja aku..

Aku sebagai KAD jemputan..Aku di reka dengan bermacam-macam rupa bentuk hinggakan bakal pengantin sendiri sukar untuk memilih yang mana satu mereka inginkan.Aku di letakkan dengan nilai harga yang berbeza-beza mengikut rupa paras.Dulu yang ada pada tubuh badan aku hanyalah tulisan yang di coretkan dengan bla..bla..bla..bla..hinggalah dengan kecanggihan yang ada di dunia ini, dengan pelbagai kemahiran yang ada pada manusia,tak pasal-pasal muka bakal pengantin pun dah di cop pada tubuh badan aku.."Aiman tak kisah" asalkan manusia itu puas hati dengan apa yang di inginkannya.

Aku sebagai KAD,aku relakan sahaja kerana bagi aku yang penting aku di gunakan oleh manusia yang bermacam-macam perangai.Kalau nak cerita tentang aku ini,memang luas ceritanya kerana selain dari apa yang aku peragakan di atas,aku juga turut di jadikan sebagai pengenalan dirilah,untuk pesara kerajaanlah,untuk promosi perniagaanlah dan macam-macam lagilah..Kalau nak cerita memang sampai tahun depan pun tak habis...

Namun ada juga beberapa perkara yang aku tak mampu lagi untuk membanggakan diri aku sebagai KAD HARI RAYA.Dulu aku memang di sanjung dan menjadi pilihan bila tiba musim perayaan hinggakan abang posmen menyumpah tak dapat bercuti di hari daya kerana terlalu banyak aku untuk di poskan tapi itu dulu...suatu masa dulu..

Dengan kecanggihan yang ada kini,manusia telah memilih jalan mudah tanpa mengeluarkan modal untuk membeli setem..Cukup sekadar beri ucapan melalui internet seperti facebook,tweter dan macam-macam lagilah..Tak cukup dengan itu di tambah lagi dengan pesanan ringkas SMS dan ntah hapa-hapa lagilah yang ada di dunia sekarang yang mana dengan adanya benda alah itu semua,aku kurang mendapat tempat di hati manusia sekarang.Bukan tak laku tapi hanya kurang mendapat tempat sahaja..

Oklah aku rasa cukuplah setakat ini nukilan aku tentang diri aku sebagai KAD..Pesanan aku kepada manusia semua..gunalah aku sebaik mungkin agar jalinan antara kita terus berkekalan selamanya....
-Sekian-

13 comments: