Assalamualaikum ku lafazkan sebagai pembuka bicara. Rasanya dah terlalu lama aku tidak membebel dalam blog aku nie.. Hari ini aku nak cerita tentang kegemaranku iaitu muzik yang mana dengan muzik aku berasa tenang dan segar ketika nak tidor dan ketika memandu kereta.. Aku ni seorang yang meminati pelbagai ganre muzik dari irama Pop Yehyeh, Dangdut, Irama Joget, Blues, Rock Kapak sampailah ke irama keras seperti Metal dan yang sewaktu dengannya. namun begitu ada juga irama yang aku memang tak suka seperti irama Punk & Hip Hop yang pada aku memang tak boleh masuklah.. Aku sendiri tak tahu mengapa aku tidak menyukai dua irama ini sedangkan irama yang lainnya aku layan.. Abaikanlah dua ganre muzik tu..
(sekadar hiasan)
Sebab terlalu meminati muzik maka aku dalam usia awal belasan tahun telah mula berjinak-jinak dengan alat muzik.. Seingat aku, pada usia sekitar 11 tahun camtu aku telah mula belajar bermain guitar dengan seorang brother ni yang tinggal berdekatan dengan rumah orang tuaku. Di awal pembelajaran, jari tangan ini senentiasa menyinggah sisi pembaris.. Sakit ooo tapi untuk mendapatkan sedikit ilmu, aku harung jua. Hari demi hari aku memegang guitar, aku semakin mengenali apa itu CORD, BAR, ARM, STRING tapi bukan G-String arr..yang itu aku kenal bila usia meningkat remaja sikit..hehehe... Lagu yang mula-mula aku pelajari ialah lagu A.Ramli (Hidup Bersama). Itulah permulaan langkahku dalam permainan guitar.
Semakin hari ilmu itu bertambah dan bertambah sehinggalah suatu hari insan yang aku gelar Sifu itu menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat sakit.Sejak dari itu aku mula berkelana mencari guru yang lain namun tidak berjumpa dan akhirnya aku mula mencari lagu bersama-sama kawan seangkatan dengan menggunakan guitar kapok.
(sekadar hiasan)
Cord ori ke tak hentam sahajalah janji boleh masuk dengan suara dan nada.. Jumlah lagu semakin hari semakin bertambah dalam dada dan setelah kami sekawan setuju akhirnya ilmu itu kami terjemahkan dalam sebuah bilik yang aku panggil Studio Jamming. Di awal permainan kami dengan menggunakan guitar elektrik, Oh sungguh kucar kacir tapi itulah permulaan kami bermain dengan alatan yang lengkap. Sejak dari kali pertama itulah maka kami semakin seronok jamming bila masing-masig dah mendapat skill sendiri. Boleh di katakan sebulan paling tidak pun 2 kali kami mesti pergi jamming di studio-studio yang berhampiran dengan tempat tinggal kami.
Setelah kami rasakan kami dah mampu untuk bermain dengan bersih, suatu malam di kampungku ada rumah kenduri mengadakan "Joget Lambak".
Nak di jadikan cerita malam itulah mulanya kumpulan kami di kenali
oleh orang kampung. Kisahnya begini.. Malam itu kumpulan yang di undang tuan rumah ingin berehat sebentar setelah penat menghiburkan pemuda pemudi kampung dengan pelbagai lagu lalu ketua kumpulan itu offer pada sesiapa sahaja yang berbakat untuk jamming. Kami sekumpulan duduk rehat untuk melihat ada tak budak-budak kampung yang ingin jamming tapi hampir 15 minit masih tidak ada yang sudi keluar. Aku dan ahli kumpulanku yang terdiri dari aku selaku bermain Guitar Bass, Azlan bermain Lead Guitar, Her selaku Second Lead dan Aben selaku Drummer menyahut seruan ketua kumpulan itu tadi. Buat kali pertama perform depan khalayak ramai memang menggigil satu badan. Aku dan ahli kumpulan aku keluar dari tengah-tengah orang ramai yang sedang berehat untuk pergi ke depan, kami mendapat tepukan yang gemuruh dari orang kampung. Masa itu aku merasakan macam artis pula. Lagu pertama persembahan kami tiada respon dari orang kampung. Tak ada seorang pun yang menari dan masa itu dada mula berdebar tapi kami buat tak tahu sahaja.. Pedulikan lah mereka janji aku dapat jamming free malam itu tapi.. bila lagu kedua berkumandang, sungguh kami tak sangka sambutan dari orang kampung memang meriah.. Agak penuh bawah khemah itu dengan manusia dan masa itulah gementar itu hilang bertukar menjadi yakin..
Keyakinan aku bertambah bila mana kami ingin menyerahkan kembali majlis pada pemain undangan itu, kawan-kawan serta otai-otai yang ada meminta kami memainkan lagi sebuah lagu. Kami turuti permintaan mereka dan setelah selesai lagu tersebut mereka minta lagi tapi mujurlah pemain undangan itu sporting dan bagi Green Light maka kami main lah satu lagu lagi yang tidak berlirik. "Samba Goreng" itulah lagu yang setiap kali kami kena main atas permintaan orang kampung bila setiap kali ada joget lambak yang mana bila pemain undangan tersebut berehat.
(sekadar hiasan)
Semakin lama kumpulan kami mula di kenali penduduk kampung tapi setakat artis joget lambak sahajalah. Pernah aku berangan-angan ingin menjadi artis rakaman suatu hari nanti tapi itu hanyalah angan kosong semata-mata. Aku tak rasa aku mampu merealisasikan impian itu tapi suatu hari nanti mungkin anak-anakku yang akan merealisasikannya. Anak aku menjadi artis??.. Kalau rezeki tidak kemana kan. Aarrgghhh tak jadi artis pun aku tetap bahagia dengan kehidupanku sekarang. Kita lupakan kisah angananku ini. Tak ada faedah pun nak di kenang-kenangkan.
Dengan bakat yang tak seberapa yang aku miliki ini, aku manfaatkannya dengan mencipta sebuah lagu untuk aweks aku masa itu.. pertama kali aku memainnya depan aweks aku masa itu di perkhemahan di sekolah aku, dia menitiskan air mata kerana terharu dengan lagu ciptaan aku khas untuknya. Tak sangka aku berbakat juga mencipta lagu sendiri. Bangganya aku masa itu sebab berjaya menitiskan air mata aweks..hehehe... Tapi sayangnya lagu itu aku dah lupa akan lirik serta lagunya.. Yelah lagu itu aku cipta masa aku di tingkatan 3. Ntah macam mana ntah lagu itu.. Sejak dari itu aku mula berjinak-jinak mencipta lirik sendiri bersama seorang teman rapatku yang aku panggil pian. banyak juga kami cipta lagu untuk hiburan kami sendiri tapi hanya setakat itu sahajalah.
(sekadar hiasan)
Masa terus berlalu pergi meninggalkan zaman persekolahanku dan ketika di alam remaja lepasan sekolah pula (Dah kerja dah masa itu).. setiap kali gaji kami pasti akan jamming hinggakan akhirnya tak tahu dah nak jamming lagu apa sebab asyik main lagu yang sama sahaja tapi tak mengapalah sebab sekurang-kurangnya muzik masih lagi bersama dengan kehidupan aku.
Al-kisah aku, dia dan lagu bermula.. Di awal perkenalan aku dengan isteriku ini, (masa itu di alam percintaan) sekali lagi aku mencipta lagu istimewa buat buah hati tersayang yang kini telah pun menjadi isteriku yang sah.. Lagu yang di beri Judul "Shahiera" aku ciptakan khas buatnya dengan dua genre iaitu Slow Rock & Pop Rock namun lagu tidak lah sehebat penulis lirik terkenal namun bagi aku itu ialah yang terbaik yang pernah aku hasilkan buatnya. Sejak dari hari itu semakin hari semakin bertambah lirik serta lagu aku hasilkan bersama pian sahabtku tadi.
(sekadar hiasan)
Kertas cakar semakin memenuhi bakul sampah di dalam bilik namun itu bukanlah kerugian bagiku untuk menghasilkan yang terbaik walaupun tak seberapa baik sangat kot tapi itulah hanya untuk kegunaan sendiri sahaja lagu-lagu tersebut. Nak di ketengahkan memang ada hajat tapi adakah pihak yang ingin mengambil lirik aku itu??..aarrgghhh... pernah jua terfikir aku akan hal tersebut tapi biarlah buat masa ini aku kekalkan ia dalam simpanan aku. Kali terakhir aku UPDATE fail lagu milikku, sedar tak sedar dah boleh buat satu album rupanya lirik lagu ciptaanku.... (Semua lagu ciptaan itu sebelum aku menjejakkan kaki ke jinjang pelamin )..
Di sebabkan itu bukanlah mata pencarianku maka ianya semakin slow dari hari ke hari sehinggalah kini yang mana tiada lagi lirik..tiada lagi lagu ciptaanku..
(sekadar hiasan)
Tambahan pula kini aku telah pun berhijrah ke bandar dan telah meninggalkan teman-teman seangkatan jammingku dahulu yang kini telah membuat haluan masing-masing maka lirik serta lagu tersebut kini hanya tinggal kenangan. Kenangan yang macam mana aku pun tak tahu nak gambarkan sebab aku jarang pulang ke kampung bertemu mereka semua dan jika bertemu sekali pun hanya lah sekadar berbual kosong tapi sesekali ada jugalah jamming tapi tidaklah sehebat dulu sebab jari jemari kesemuanya dah keras ( kekok ) untuk memetik guitar..eerrrmmmm...
Apa lagi yang ingin aku ceritakan di sini ye??.. Itulah walau macam mana sekali pun muzik tetap bersama-sama denganku selagi ada hayatku kerana ianya satu seni yang indah.......