My Song

Sunday, August 17, 2025

Al-Kisah Aku dan Rokok ( " Katakan TIDAK Pada Rokok " )

 Assalamualaikum aku dahulukan sebagai pembuka bicara.. Terlebih dahulu aku bagi tahu awal-awal..Coteran ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dan kaum kerabat terdekat aku.. Tidak terkait dengan orang lain yer.. Kalau terkait juga aku minta maaf sebab itu mungkin kebetulan. Aku cuma nak kongsi kenangan masa kecil aku dengan ROKOK...

        Aku belajar merokok sejak dari bangku sekolah rendah lagi dan lebih tepat ketika aku darjah enam dan tabiat ini membawa sampailah sekarang.. Bukan tiada niat untuk berhenti.. Aku pernah cuba tapi dan paling lama rekod aku berhenti selama dua minggu sahaja dan lepas itu merokok balik.. Aku akui semangat TIDAK KUAT dan persekitaran aku menjadi antara punca aku kembali dengan tabiat merokok ini.. Apa yang nak aku sampaikan ini bukanlah untuk membangga diri tapi sebaliknya aku cuma ingin meluah sahaja..


Gudang garam hitam dan gudang garam bukart ( putih tanpa filter ) inilah jenis rokok pertama aku belajar dan ianya berpunca dari pengaruh teman sebaya. Di awalnya memang aku takut untuk mencuba tapi di sebabkan memancing dalam paya yang banyak nyamuk, jadinya aku mencubakan diri dan di awalnya memang tersedak jugalah ketika nak tarik tapi dek puntung rokok itu manis, aku cuba habiskan dan itulah titik mulanya kerier perokok aku dan setiap kali ingin pergi memancing, mesti ada rokok G.G nie.. Kalau bab nak beli, aku memang tidak berani sebab kedai tue kenal aku dan anak tokey kedai itu kawan brother aku mentelak masa itu aku masih kanak-kanak. Bagaimana cara untuk membolehkan aku dapat benda alah ini, aku berkawan dengan orang dewasa yang pada aku dia memang sporting dan penyimpan rahsia yang terbaik.. Sekitar tahun 90an, di kedai runcit dan kedai makan memang ada jual rokok dalam tin. Aku masih ingat lagi kalau rokok gudang garam sebatang Rm0.20 dan kalau dunhill RM0.30 sebatang. 


Awal-awal pembabitan aku dalam dunia rokok nie, aku memang beli sebatang- sebatang dan itu pun kalau nak pergi memancing atau pergi melepak di padang bola untuk menonton pemuda kampung bermain setiap petang ataupun pergi mandi sungai dalam kebun sawit di kampung dan sebelum balik kerumah aku akan pastikan bau rokok itu hilang di mulut dan di baju terlebih dahulu. KANTOI.. Bohong aku katakan tidak pernah kantoi. Aku ingat lagi kali pertama aku kantoi ketika itu sedang mandi sungai. Aku dan kawan-kawan sedang berehat tepi tebing sungai sambil rokok di tangan.. memancut-mancut asap rokok dari mulut masing-masing dan tanpa ada yang perasan, lalu seorang pakcik yang mungkin baru balik dari kebunnya. Dia kenal kami semua. Ketika dia melalui " port " kami merokok itu, dia hanya senyum ketika kami menyapa.. Tidak kami menyangka senyuman manis yang pakcik itu lemparkan sebenarnya membawa penyakit kepada kami yang ada di sungai itu. 


        SEKITAR 20 minit lebih kurang kemudian selepas pakcik itu melepasi kami, dalam keasyikkan mandi, kami terdengar bunyi motor dalam jumlah melebihi sebuah masuk ke kawasan " port " kami mandi. Awalnya kami tidak endahkan sebab kami fikir itu mesti kumpulan pekerja ladang warga Indonesia balik kerja tapi sangkaan kami jauh meleset sama sekali. Aku ketika itu sedang mandi dengan beberapa kawan lain tapi ada beberapa orang yang lain sedang merokok di atas tebing. " JANGAN LARI!!..PEGANNG ROKOK TUE, JANGAN BUANG!! ". Kami yang tergamam ketika itu mulai panik. Nak lari dah tak sempat sebab motor-motor itu telah mengepung kami semua.. PANG PUK PAK DESHUM!!.. Kawan aku makan pelempang dari brothernya.. Tak guna pakcik tersebut, rupanya dalam senyum dia report pada brither kami semua...Brother aku panggil aku suruh naik ke tebing.. Aku awalnya relax sebab aku yakin bau rokok di mulut dan tangan aku mesti dah hilang sebab dah berendam lama dalam sungai. Di suruhnya aku hulur kedua-dua tangan ke mukanya dan dia mula menghidu dan tiada bau rokok.. Aku lega dah tapi dia tiba-tiba minta aku tiup nafas. Masa itu aku mula cuak.. Aku lihat sorang sorang kawan aku mekan pelempang dan ini mungkin giliran aku pula kot.. Aku pun tiup dan nyata tiada bau rokok dah... Lega sangat aku masa itu. Brother aku suruh pakai naju dan balik.. Aku pun pergi ke pokok sawit tempat aku gantung seluar baju sebelum mandi tadi. Aku pun sarung baju ke badan dan ketika ingin menukar seluar, ssshhhhh pet!! jatuh pula kotak mancis dari kocet seluar.. Brother aku minta bawa padanya mancis tersebut dan dia mulakan soal siasat. Masa itu Mati hidup balik sekali pun aku memang tidak akan mengaku dan aku main tunjuk sahaja secara rambang kawan2 aku tapi nasib tidak menyebelahi kerana di kotak mancis itu ada nama aku yang aku tulis dengan pen.. Mancis atau lighter nie mudah bertukar Bin jadi untuk ianya kekal milik aku, itu yang aku tulis nama tapi tak sangka tindakan itu bagus untuk ianya kekal milik kita tapi tak bagus pada bahan bukti...

         PAANNGGGG!!!!.. tapak tangan brother aku singgah di pipi kanan.. Pinau sekejap aku rasa masa tu tapi tak malu sebab kawan- kawan yang lain pun makan pelempang brother masing-masing..bhahahaha. Balik rumah pula satu hukuman lain dah menanti. Aku turun dari motor, ayah aku sambut dengan muka bengisnya sambil memegang ranting pokok rambutan.. Tanpa dakwa dakwi, zzzaaassshhhhh!!! ranting rambutan itu singgah di belakang badan aku.. Bukan sekali tapi lebih dari lima kali rasanya.. Tak cukup dengan itu, Ibu aku pula tibai aku dengan kata-katanya..Hancur rasa hati aku masa itu di perlakukan sedemikian rupa...bhahaha.. Tapi itulah kan, taubatnya sekejap sahaja.. Namapun kanak-kanak.. Kali kedua aku makan pelempang dek sebab rokok nie ketika di rumah kenduri orang kampung aku. Masa itu malam dan penganting sibuk berinai, orang kampung sibuk goreng ayamlah..masak air lah dan entah apa-apa lagi mereka buat sedangkan aku dan sekutu aku merayau sekitar kawasan rumah tersebut untuk mencari " port " nak berasap. Dalam masing-masing sibuk mencari, seorang kawan datang kepada kami dan bagi tahu dia dah jumpa " port ".. Dengan bangganya kami semua menuju ke lokasi yang telah di wartakan selamat.. Dengan berbekalkan empat batang rokok brand Dunhill yang kawan aku rembat dari kotak atas rak pinggan ( rokok penanggah ), malam itu kami rasakan macam samseng bocah sebab seorang sebatang tue.. Tak ada istilah share rokok malam itu..


        Belakang reban ayam jiran sebelah rumah kenduri kami menelimpiaskan kesamsengan bocah kami dengan rokok Dunhill.. LINE TIDAK DI COVER DENGAN BAIK!.. Dalam keseronokan menghembus asap, bara rokok pula menjadi perhatian orang. Dalam gelap, memang mudah nampak bara kan dan itu yang terjadi, Tuan rumah telah nampak empat bara rokok di belakang reban ayamnya. Dengan langkah tanpa bayang rasanya pakcik itu guna, kami memang tidak perasan kehadirannya. Kali ini lagi berat bala yang menimpa kami. Kami di tuduh nak mencuri ayamnya... Tolong...pencuri !!! jerit tuan rumah. Beberapa orang dewasa yang ada di rumah kenduri tadi terkejut dan bergegas ke rumah jiran ini untuk menangkap pencuri ayam yang di syaki.. Lampu dinding di pasang dan terus terang di kawasan belakang reban ayam. Brother -brother yang datang nie terus bertanya " Kau semuo buek apo kek belakang ghoban ayam nie.. Nak mencuri ayam ko? ".. " Tak bang, kito orang bukan nak curi ayam acik nie. kito orang baru darjah enam bang. Takkan kami nak curi ayam acik ni " jawab salah seorang kawan aku. " Habih kalau tak cughi ayam, kau semuo buek apo. Abang hantar ko balai polis nak ?" soal seorang brother lagi.. Maso itu aku rasa kalau tak jujur malam itu mesti kami akan di hantar ke balai polis..( pemikiran budak-budak kan ) paling takut perkataan balai polis oooiii...Aku mengaku hanya nak hisap rokok sahaja.. Tak curi ayam.. Malam itu aku cemerlang lah kiranya sebab dapat mematahkan ayat brother yang nak bawa kami ke balai.. Kes curi ayam selesai malam itu dengan aman tapi ROKOK tak selesai. Dari mana kami dapat rokok, itu soalan yang payah kami nak terangkan... Nak tipu kata beli, nanti dia tanya kedai mana yang jual rokok pada budak-budak.. Aarrgghhhh... Memang payah soalan kali ini.. Pahit lagi perit kami berempat malam itu rasakan.. Nak taknak kami terpaksa juga menjadi kanak-kanak yang jujur.. Kawan aku mengaku dia ambil dari rak pinggan di rumah kenduri.. Jawapan makan diri beb!!..


        PAANNGGGG!!!! seorang sekali makan penampar brother tersebut.. " Tak curi ayam tapi ambil rokok.. Itu pun mencuri juga " dia sound kami.. Malam itu dua orang kawan aku menangis sebab makan penampar. Aku dengan seorang lagi kiranya steady lah sebab tak menangis..bhahaha. Kami di arah pergi ke rumah kenduri.. Orang yang ada di rumah kenduri semua pandang kami.. Malunya malam itu aku sebab di rumah kenduri itu ada aweks sebaya aku tapi berlainan kelas di sekolah. Aku tunduk bila melintas depan aweks tersebut dan bila dah jauh sedikit, aku terus berlari balik ke rumah. Di rumah aku berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku dan aku terus dendam pada brother yang lempang aku tadi.


Aku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.. Iya, tengah hari keesokkan harinya aku mandi hujan air mata. Mana taknya, ada yang ceritakan hal malam tadi pada brother aku. Tali pinggang menjadi habuan untuk aku tapi kali ini hal ini habis di peringkat brother aku sahaja dan tidak sampai ke pengetahuan KING ( ayah aku ). Selepas pada kejadian itu, aku baik sekejap. Aku tak keluar mandi sungai, aku tak lepak padang bola.. Hanya lepak di rumah sahaja tapi kawan-kawan pula lepak rumah aku.. Datang melepak sahaja tak mengapa.. Sebenarnya banyak peristiwa aku kantoi merokok nie. tapi cukuplah kisah itu sahaja aku cerita.

        Aku membesar di zaman rokok Dunhill 7pcs.. Jadi di zaman itu memang banyak jenis rokok seludup ni masuk ke negara kita.. Ada canyonlah, U2lah, Luftmen lah dan entah apa jenama lagi, tak ingat dah aku. Zaman itu, pergi sekolah, duit belanja pun RM2.00 pun dah cukup sebab makanan di kantin murah. Naik tingkatan satu ( sekolah menengah ) aku dah bersekolah di kampung sebelah sebab di kampung kau tak ada sekolah menengah. Di situ, aku mula belajar beli rokok sekotak pula sebab pasti tidak ada orang kampung itu kenal aku.. Dah tak main dah rokok sebatang sebatang ni. Dunhill 7pcs masa itu RM1.50. Siapa sempat rasa Dunhill 7 nie dia pasti tahu bagaimana dia punya kick...hehehe
Berbekalkan RM2.00 setiap hari, Baki 50sen pasti aku akan simpan untuk beli rokok tersebut pada keesokkan harinya dan begitulah seterusnya. " Pada awak-awak semua yang masih bersekolah, jangan ikut jejak acik nie yer..Merokok nie tak baik dan sayangilah jantung anda "..Okey, kita sambung balik alkisah aku.. Di sekolah menengan, rata-rata pelajar lelaki memakai songkok. Sebab alim pun iya..sebab seludup rokok pun iya juga. Bagaimana kami seludup rokok masuk ke sekolah guna songkok, tak perlulah aku cerita sebab teknik itu, zaman sebelum aku lagi memang dah di praktikkan jadi " awak-awak semua, jangan sesekali cuba seludup rokok dengan songkok sebab acik pasti, cikgu-cikgu awak sebaya pakcik dah dan mereka tahu dah hal ini "..

        Pendekkan cerita, selepas dunhill 7pcs di mansuhkan dari pasaran, aku dan kawan-kawan mula berpindah ke jenama seludup sebab nak beli rokok dalam cermin, tak mampu masa tue sebab tak kerja lagi kan jadinya jenama seludup menjadi pilihan. Sekotak 20pcs hanya RM2.50 ( Pelbagai jenema tapi harga sama dan zaman itu, John Blend belum wujud lagi ). Bermacam macam jenama rokok aku hisap hinggalah habis SPM.. Awak semua mesti nak tahukan macam mana aku dapat " license " merokok dari brother aku.. Nak tahu tak?.. Okey macam ini ceritanya. Masa itu aku di tahun akhir persekolahan ( SPM 1998 ).. Masa tu aku dalam kebun getah, aku membantu ayah aku kerja-kerja kebun. " Nama pun anak feldakan " Kalau tak reti menoreh getah, tak reti kopek lantun, bukan anak feldalah namanya kan ". Masa tu tengah hari ( sabtu ) selepas makan, aku turun ke sungai yang ada dalam kebun ayah aku. Lepas cuci tangan dan pinggan, aku pun bakarlah rokok tapi masih menyorok. Ayah dan brother aku memang ada bawa air sendiri jadi mereka taklah turun ke sungai tu. Selesai merokok, aku pun naik ke atas dan ada brother aku sahaja. Ayah dah sambung kerjanya awal lagi. Masa itu brother aku sound " Kau sekaghang dah habis SPM kan " dan aku mengiyakan soalannya. " Abang nak pukul kau dah tak sesuai sebab kau dah nak habis sekolah tapi umur kau masih 17 jadi macm inilah, kalau kau setuju, lepas nie tak ada dakwa dakwi dah ". Aku hanya diam dan dengar apa yang dia nak buat. " Ini last ".. Lepas habis dia berbicara, PAANNGG!!! untuk kali terakhir aku makan pelempang dia. Tapi yang tak boleh " blah " lepas dia lempang aku, dia tanya pula rokok apa aku isap..Aku jawab Gudang Garam, terus kena " Pow " sebatang. Selepas pada penampar itulah aku terus dapat license darinya hinggakan kalau pergi memancing dengannya, tak ada lagi dah istilah nak menyorok untuk aku merokok. Itulah kisahnya dan bila dah masuk alam pekerjaan, aku dah tak isap rokok seludup sebab dah ada gaji kan..


Seperti dari awal aku cerita, bukan nak bangga dengan apa yang aku lakukan tapi aku nak kongsi pengalaman aku sahaja. Aku pernah mengalami " 
sintom sesak nafas " sebanyak dua kali dan semua itu berlaku ketika aku di usia muda. Ketika kali pertama hal ini terjadi kepadaku.. Masa itu serius aku katakan aku memang cuak. Fikiran tak tenteram, Nak tidur pun tak benari baring. Hal ini berlarutan hampir seminggu untuk pernafasan aku kembali normal. Selepas itu seminggu aku tak merokok. Aku mula memasang azam untuk " TIDAK MEROKOK ". Pergi kemana-mana dengan kawan, memang aku " TAKNAK " tapi itulah, faktor persekitaran pula menjadi punca aku kembali pada tabiat buruk ini. Bak kata pepatah " Berkawan dengan orang bijak pandai, tak banyak, sedikit kepandaian itu akan dapat juga dan begitulah sebaliknya ". Awalnya, aku menolak bila kawan-kawan hulur benda alah itu tapi iman aku tidak kuat, aku ambillah sebatang untuk menjaga hati kawan-kawan. Dari setang, sebatang lagi dan sebatang lagi dan akhirnya aku mula membeli lagi rokok itu.. Nak salahkan kawan-kawan tak boleh juga sebab ini pada diri sendiri kan. Kali kedua aku mengalami masalah yang sama selapas kahwin dan anak seorang. Kali ini aku mengalami sintom yang sama seperti ketika aku bujang dahulu cuma bezanya kali ini tidaklah lama. Kalau tak salah sekitar tiga ke empat hari.. Apa yang aku lakukan, aku berhenti merokok seketika tapi aku melalui satu fasa yang lain iaitu badan aku rasa seram sejuk, dahi berpeluh dan masa itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya aku tapi " ALHAMDULILLAH " AKU BERSYUKUR SANGAT PADA ALLAH " kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas lagi dan tidak berlaku hal yang buruk. Keadaan aku saat itu, nafsu merokok itu membuak-buak tapi dalam masa sama aku tak berani untuk membakar. Jadi apa yang aku lakukan, aku ambil nescafe panas untuk mengurangkan nafsu merokok tersebut.. Lepas minum, keadaan aku rasakan mulai stabil tapi nafas masih sesaklah.. Dalam tempoh keadaan aku begitu, aku hanya mengambil sebatang sehari sebab kalau tak ambil, nafsu membuak dan kalau ambil aku takut akan lebih memudaratkan ( tiada waktu yang aku tetapkan ). Seksa sangat masa itu aku rasakan jadinya aku harap coretan ini boleh di jadikan iktibar kepada kita semua perokok terutama kepada adik-adik yang baru nak berjinak-jinak ini.. " STOPLAH "

        Rokok murah ke rokok mahal ke.. dalam cermin ke seludup ke risikonya tetap sama malah ada sumber yang mengatakan rokok seludup punyai racun yang melebihi had berbanding rokok dalam cermin. Aku yakin yang aku dan semua perokok di luar sana tahu apa isi kandungan dalam sebatang rokok tapi walupun tidak secara detail tapi itulah, hal ini subjektif untuk di perkatakan. Tidak semua orang setuju dengan apa yang di perkatakan dan di wartakan Kementerian Kesihatan Malaysia. Macam aku sendiri, untuk menasihati orang aku pandai tapi aku sendiri sekarang ini sukar untuk berhenti.. Ya'Allah maafkan aku kerana merosakkan diri aku sendiri.


        Kepada adik-adik, abang-abang mahupun kakak-kakak yang punyai hajat mahupun cita-cita untuk belajar merokok, aku nasihatkan untuk " BERHENTI " berhajat !. Memang ianya akan bermula dari saja mencuba, saja suka-suka, terutama kepada budak lelaki. Konon bila merokok, dia akan rasa dirinya hebat, nampak terpaling macho. Nak-nak di hadapan budak perempuan, kononnya akan di sukai, akan menjadi pujaan.. " CCAAIIITTT !! poraahhh.. Bila candu itu dah melekat pada paru-padu ianya akan jadi ketagih dan bila dah ketagih, bukahlah sesuatu yang mudh untuk kau menolak dan jauh sekali untuk kau berhenti..  Dan lebih sadis lagi, dari rokok itu juga boleh mambawa ke arah yang lebih " extrime " seperti mengambil " GANJA, ICE dan yang sewaktu dengannya sehingglah yang jenis berat seperti " EKSTASI, KOKAIN, KANABIS dan sebagainya.Memang tidaklah semua perokok pergi ke arah itu tapi ketahuilah semua itu berpunca dari rokok. Setakat ini aku belum pernah jumpa lagi penagih dadah yang tidak merokok.. Syukur " Alhamdulillah " aku masih waras dan aku hanya seorang perokok.


Disini aku nak kongsi dengan anda semua apa yang ada dalam sebatang rokok. Terutama kepada yang baru nak mencuba fikirkanlah kembali buruk baiknya tabiat merokok nie. Artikal ini aku ambil dari " info sihat ". Anda tengok, anda baca dan anda hadam baik-baik.

1. Karbon monoksida
Salah satu kandungan rokok adalah gas beracun karbon monoksida yang tidak memiliki rasa dan bau. Jika menghirup gas karbon monoksida berlebihan, sel-sel darah merah akan lebih banyak berikatan dengan karbon monoksida daripada oksigen. Akibatnya, fungsi otot dan jantung akan menurun.
Hal tersebut akan menyebabkan kelelahan, lemas, dan pusing. Dalam skala besar, orang yang menghirup gas ini bisa mengalami koma atau bahkan meninggal.

2. Nikotin
Kandungan rokok selanjutnya yang tidak kalah berbahaya adalah nikotin. Pasalnya, nikotin dapat menimbulkan efek kecanduan. Zat ini berfungsi sebagai perantara dalam sistem saraf otak yang menyebabkan berbagai reaksi, termasuk efek menyenangkan dan menenangkan.
Nikotin yang dihisap perokok akan terserap masuk ke aliran darah kemudian merangsang tubuh untuk memproduksi lebih banyak hormon adrenalin, sehingga menyebabkan peningkatan tekanan darah, denyut jantung, dan pernapasan.

3. Tar : Kandungan rokok lainnya yang bersifat karsinogenik adalah tar. Tar yang terhirup oleh perokok akan mengendap di paru-paru. Timbunan tar ini berisiko tinggi menyebabkan penyakit pada paru-paru, seperti kanker paru-paru dan emfisema.Tidak hanya itu, tar akan masuk ke peredaran darah dan meningkatkan risiko terjadinya diabetes, penyakit jantung, sampai gangguan kesuburan.Tar dapat terlihat melalui noda kuning atau cokelat yang tertinggal di gigi dan jari. Karena tar masuk secara langsung ke mulut, zat berbahaya ini juga dapat mengakibatkan masalah gusi dan kanker mulut.

4. Hidrogen sianida : Senyawa racun lainnya yang menjadi bahan penyusun rokok adalah hidrogen sianida. Hidrogen sianida juga digunakan dalam industri tekstil, plastik, kertas, dan sebagai bahan pembuat asap pembasmi hama.Senyawa ini bisa mencegah tubuh menggunakan oksigen dengan baik dan dapat membahayakan otak, jantung, pembuluh darah, dan paru-paru. Efek dari senyawa ini dapat menyebabkan kelelahan, sakit kepala, dan mual, sampai kehilangan kesadaran.

5. Benzena : Benzena merupakan residu dari pembakaran rokok. Paparan benzena dalam jangka panjang dapat menurunkan jumlah sel darah merah dan merusak sumsum tulang, sehingga meningkatkan risiko terjadinya anemia dan perdarahan.Selain itu, kandungan rokok ini juga merusak sel darah putih, sehingga menurunkan daya tahan tubuh dan meningkatkan risiko terkena leukimia.

6. Formaldehida : Formaldehida merupakan residu dari pembakaran rokok. Dalam jangka pendek, formaldehida mengakibatkan iritasi pada mata, hidung, dan tenggorokan. Sementara itu, dalam jangka panjang, formaldehida dapat meningkatkan risiko terkena kanker nasofaring.

7. Arsenik : Arsenik merupakan golongan pertama karsinogen. Paparan terhadap arsenik tingkat tinggi dapat meningkatkan risiko terjadinya kanker kulit, kanker paru-paru, kanker saluran kemih, kanker ginjal, dan kanker hati.

8. Kadmium : Kandungan rokok lainnya adalah kadmium. Zat yang terdapat dalam asap rokok ini, akan terserap masuk ke paru-paru. Kadar kadmium yang tinggi dalam tubuh dapat menimbulkan muntah, diare, penyakit ginjal, tulang rapuh, dan meningkatkan risiko terkena kanker paru-paru.

9. Amonia : Amonia merupakan gas beracun, tidak berwarna, namun berbau tajam. Pada industri rokok, amonia digunakan untuk meningkatkan dampak candu nikotin. Menghirup dan terpapar amonia dalam jangka pendek dapat mengakibatkan sesak napas, iritasi mata, dan sakit tenggorokan. Sementara dampak jangka panjangnya bisa menyebabkan pneumonia dan kanker tenggorokan.Berbagai kandungan rokok di atas tidak ada yang bermanfaat untuk kesehatan, bahkan hanya memicu terjadinya gangguan kesehatan yang berbahaya bagi tubuh. Makanya, Anda disarankan untuk berhenti merokok dan mulailah menerapkan pola hidup sehat, seperti mengonsumsi makanan sehat dan tidur yang cukup.Namun, bila Anda mengalami kesulitan untuk berhenti merokok, cobalah berkonsultasi dengan dokter secara online melalui Chat Bersama Dokter guna mendapatkan saran yang tepat dan menghindari dampak bahaya kandungan rokok untuk kesehatan tubuh.


        Gerun tak bila dah tahu isi kandungan dalam sebatang rokok.. Kita dah berapa batang isap agak-agaknya ya.. Aku sendiri tak tahu dah berapa batang dan entah macam mana keadaan paru-paru aku sekarang ni. Sekarang aku sedang cuba untuk kurangkan dan harap-harap kali ini aku berhasil untuk meletakkan titik noktah pada rokok.                                   
Okeylah semua, sebelum aku menitipkan noktah terakhir pada coretan kali ini, aku nak mengajak anda semua untuk setidak-tidaknya cuba berhenti.. Kita sama-sama berhenti. Bukan berhenti beli sahaja ya tapi berhenti merokok sekali sebab " Merokok membahayakan kesihatan ".Sekian.......
        


Tuesday, June 17, 2025

KERINDUAN TANPA PENGHUJUNG ( PART II )

           Perancangan yang rapi pasti tidak akan dapat di hidu oleh mangsa.. Itu yang aku bakal hadapi dalam kisah aku dan Maya..Tanpa aku sedar, Liza dan sekutunya ( Fatihah ) telahpun merancang sesuatu yang memang sangat tersusun.

            Setelah dari kejadian Liza pengsan di pangkuanku, rancangan jahatnya bermula dengan menggunakan seorang watak yang mampu menyaingiku untuk merosak hubungan kami.. Seminggu selepas kejadian, Maya sendirian pergi ke kedai buku dan disitu ianya bermula. Aiman seorang kapten pesawat komersial telah melanggar Maya di kaunter pembayaran dengan sengaja. Habis berselerak ke lantai buku yang berada di pangkuan lengan Maya.                                                                                                    
( sekadar gambar hiasan )

 Ketika Aiman ingin mengambil buku dan serahkan kepada Maya, tanpa di sedari Maya, ada mata yang sedang memerhati perbuatan itu. " KLIKK " kamera di telefon Liza berbunyi.. Kini Maya telah mula masuk dalam perangkapnya. Permainan kotor pakatan jahat itu semakin lancar. Hari minggu berikutnya ketika Maya di rumah, Aiman memakir kereta Bugatti Chiron miliknya di hadapan rumah Maya dan mengangkat bonet hadapan.. " Ting tong " loceng di pagar rumah Maya di tekan beberapa kali hinggalah gadis kesayangku keluar untuk melihat siapa yang datang.. " Maaf cik, kereta saya break down. mungkin punca dari bateri. cik ada jumper " tanya mamat tue. " Kalau tak salah kita macam pernah berjumpakan " Maya berseloroh.. " errmmm...tapi dimana ya " Aiman memintas dan cara spontan " Kedai buku " kedua mereka terus ketawa kecil.. " macam mana boleh rosak " tanya Maya.. " Kereta saya parkir di airport selama dua minggu dan mungkin itu punca bateri saya jadi tak kuat " jawab Aiman ".. " Cik buat apa letak kereta di airport sampai lama camtu " tanya Maya lagi ingin tahu. " Oooo.. saya kerja disana. By the way ( sambil menghulur tangannya kepada Maya ) saya Aiman, Kapten Aiman ".." Ops pilot rupanya,maaf kepten saya tak tahu " balas Maya lagi.." Tapi maaf kepten, rumah saya tidak ada jumper. Maaf sangat " Maya berseloroh lagi "." Ok tak mengapa cik....... " ( Aiman membuat muka berkerut untuk mengetahui nama ) " saya Maya " balas gadis itu lembut sambil tersenyum dan sekali lagi peristiwa itu telah di rakam oleh Fatihah.

         


  Di pejabat dan hari-hari seterusnya, kemesraan kami kekal terjalin seperti kebiasaannya dan di satu pagi ketika aku tiba di pejabat, selepas sarapan bersama Maya, datang seorang lelaki membawa sejambak bunga ke pejabat dan mencari Maya di kaunter pertanyaan..Ketika aku sedang mengadap kemputer di mejaku, di luar bilikku aku melihat Maya sedang menjawab panggilan telifon dan sejurus selepas itu dia beredar dari mejanya. Aku memang tidak fikir apa-apa sehinggalah Maya balik ke mejanya membawa sejambak bunga. Dari siapa pula bunga itu? tanyaku dalam hati tapi aku diamkan diri dan buat-buat tidak melihatnya kerana aku nak Maya sendiri datang atau chat aku tentang bunga yang dia baru terima. Hampir sepuluh minit aku menanti jawapan tapi tiada dan aku menoleh pada Maya dan kelihatan dia agak sibuk melakukan kerjanya dan jambangan bunga itu terletak di atas meja kecil di sisinya. Mungkin bunga itu dari cik Yanti lah tu kot..Bisikku dalam hati. Yanti ialah pelanggan yang selalu memberi hadiah coklat kepada Maya dan mereka agak rapat lalu aku mengabaikan jambangan bunga tersebut.

            Selang beberapa minit kemudian aku menoleh lagi kepadanya dan melihat dia sedang berbual di telefon ( telefon pejabat ) dan sesekali aku melihat dia ketawa kecil tapi gayanya agak pelik kerana dia sedikit tertunduk macam taknak orang dengar perbualannya manakala aku terus fokus pada fail yang perlu aku siapkan segera.Aku nmemang jenis tidak suka mencampuri urusan orang lain termasuk urusan kekasihku sendiri kerana pada aku Maya seorang yang jujur dan setia.. hinggakan hal bunga itupun akhirnya aku lupakan begitu sahaja. ( Itu kesilapan aku ) Hari berganti minggu..minggu berganti bulan, perhubungan kami berjalan seperti biasa sehinggalah pada hari ulang tahun pertama kami sebagai pasangan kekasih. Perancangan kami untuk selebrate pada malam itu telah di dengari oleh Fatin dan mereka terus merancang sesuatu. Malam itu aku seperti biasa, mengambil Maya di rumahnya dan kami keluar bersama untuk maraikan hari bersejarah itu kononnya..

             " Abang, ayang nak pergi toilet sekejap " Maya bersuara ketika kami sedang menjamu selera. Segala barangan miliknya di tinggalkan di meja kami termasuklah telefon bimbitnya. Nak dijadikan cerita, pertemuan kami malam itu di ekori oleh Fatin dan Aiman namun mereka memerhatikan kami dari jauh.. beberapa ketika tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi dan aku melihat ada satu pesanan masuk dari nombor yang tidak aku kenali. Bila aku buka pesanan tersebut, alangkah terkedunya aku setelah melihat beberapa keping gambar Maya dengan Aiman di Mall, di cafe, di depan rumah Maya, di kedai buku dan beberapa tempat lagi dalam suasana bahagia. terus aku berfikir kenapa Maya tidak pernah cerita tentang lelaki ini.. Adakah lelaki ini kawan lamanya atau....... Hatiku mula menjadi tidak enak dan badanku berasa sedikit menggigil. Tidak lama selepas itu telefon Maya berdering dan aku lihat satu nama lelaki yang aku tidak kenal.. Terus menjadi tanda tanya siapa pula Aiman ini.. Kenapa Maya tidak pernah cerita padaku. Aku cuba untuk tidak menjawab panggilan itu dan cuba bertahan.

            Maya kembali ke meja makan sengan senyuman manis namun aku mula rasakan kepahitan pada senyuman yang penuh dusta.. Tergamak kau tipu aku yang ikhlas mencintai kau Maya.. Siapa aku sebenarnya pada kau.. Apa kekurangan aku...Aarrgghhh!!.... Semua persoalan yang bermain di fikiran aku saat itu mula membuat aku tidak selesa untuk meneruskan pertemuan tersebut tapi aku paksa untuk kekal tenang walaupun dalam hati ini rasakan bagai nak meletup.. " Ayang tadi phone ayang berdering tapi abang tak jawab " aku bersuara seraya dia mula menjamu seleranya.. " Siapa pula yang call time camni " balas Maya pada kata-kataku tadi sambil mengangkat telefon miliknya dan melihat tertera nama Aiman.. Reaksi Maya tiba-tiba berubah selepas itu dan dia kelihatan sedikit cemas dan mukanya agak sedikit kemerahan tapi aku buat-buat tidak tahu sambil bertanya " Ayang kenapa..Ayang ok tak nie..Kalau tak ok jomlah kita balik ". " Kenapa cepat sangat abang nak balik " soal Maya untuk cuba tenangkan keadaannya sendiri. " Sebab abang tengok ayang macam ada yang tak kena. Kalau ayang tak selesa malam ini tak mengapalah kita balik saja " balasku dengan berseloroh..

            Selesai sahaja makan, aku terus menghantarnya pulang dan dalam perjalanan aku hanya membisu dan menjawab sepatah sepatah bila Maya melontarkan persoalan. Seribu satu persoalan mula bermain di fikiranku dan ketika keretaku menghampiri rumahnya, Maya dapat merasakan ada yang tidak kena padaku malam itu kerana aku bukan macam yang dia kenali selama ini.. " Abang kenapa malam ini abang lain macam ya " soalnya padaku dan aku hanya jawab " Tak ada apa. Abang ok saja sayang. Apa yang lainnya " soalku pula dan tanpa sempat dia menjawab, kereta telah pun sampai hadapan pagarnya dan setelah Maya keluar dari keretaku, aku terus berlalu tanpa sebarang kata-kata manja seperti sebelumnya. Dalam perjalanan pulang kerumahku, banyak pesanan ringkas masuk ke telefonku dari nombor Maya dan beberpa nombor yang tidak aku kenali tapi aku abaikan sahaja.

            Setibanya di rumahku, aku langsung tidak berminat untuk memegang telefonku.. Panggilan telefon dari Maya yang berdering- dering juga aku tidak endahkan. Aku baring di sofa hadapan tv hinggakan terlelap disitu. Keesokkan harinya aku beranikan diri untuk membuka kesemua pesanan yang di hantar kepadaku dan aku rasakan macam tertipu dengan kemanjaan Maya selama ini.. Hari itu Aku tidak masuk ke pejabat dan aku langsung tidak peduli tentang Maya kerana hatiku sangat hancur sehancurnya. Maya minta bantuan Azman untuk mencariku. " Azril kau kat mana ni bro?.. Kenapa kau tak masuk kerja?.. Maya risaukan kau sekarang ni " bebel Azman padaku " Bro..sorry aku nak ambil cuti sehari dua ini untuk nak tenangkan fikiran aku yang serabut sekarang nie " balasku. " Kau gaduh dengan Maya ke bro?. Kau cerita kat aku sekarang " Soal Azman yang mulai tidak senang dengan keputusanku.. Aku malas nak bertengkar dengan Azman lalu aku end call begitu saja panggilannya dan terus whatsapp kepadanya gambar dan serta screen short whatsapp Maya dengan Aiman.

            Tanpa bercakap banyak, selepas Azman melihat kesemua yang aku hantar padanya, Azman menggelengkan kepala dan terus bagi telefon bimbitnya kepada Maya. " Kau tengok ni dan kau selesaikan sendiri. Dah selesai tengok, kang kau bagi balik phone aku tue " pesan Azman pada Maya yang terpinga-pinga tanpa berkata sepatah pun. Beberapa minit kemudian Azman whatsapp aku " Bro, aweks kau meraung sekarang nie. Kau kat mana bro " tanya Azman padaku dan pesanan itu aku hanya balas " aku luar kawasan sekarang dan pesan pada budak tu.. semoga berbahagia ". Keegoan aku mulai tercabar. Selesai packing beberapa helai pakaian, aku terus keluar tanpa arah tuju. Untuk ke pantai yang aku selalu pergi memang bukan pilihan yang tepat pada masa itu. Di fikiranku terus terlintas nama Liza yang pernah memberi amaran kepada Maya sebelum ini " Kalau aku tak dapat Azril, aku akan pastikan kau juga tidak akan memilikinya "dan dengan ayat itu, aku terus hubungi Azman untuk meminta bantuan darinya bagi menjejaki nombor telefon misteri yang mengganggu aku selama ini.

Tanpa berlengah, Azman terus mencari perempuan itu dan di pantri dia menemuinya. Dari perbualan biasa sehinggalah terjadi pertengkaran antara mereka hinggakan gempar satu pejabat dan mereka terus menuju ke pantri untuk mengetahu apa yang sedang berlaku. Tuduhan demi tuduhan Azman lemparkan kepadanya tapi tiada satu pun yang di akui Liza. sedangkan Maya yang berlinangan air mata, terus mulai mengemas kesemua barangannya dengan niat untuk berhenti kerja dan tindakan Maya itu di perhatikan oleh Fatihah. " Berhenti!! "... Kedengaran satu suara dari luar pantri. Fatihah munculkan diri. " Liz..you kawan I dan Maya juga kawan I ".." Tiha apa maksud kau ni?" Azman terus mencelah. " Liz..firstly I minta maaf...I..I... ( Fatihah cuba untuk meluah sesuatu yang amat berat di mulutnya tapi ianya bagaikan tersekat di kerongkong ) " Kau nak cakap apa Tiha " sergah Azman.. Fatihah mulakan mukadimahnya dengan sangat perlahan hinggakan sukar untuk di dengari orang di sebelahnya. " I apa Tiha... I love you ke haaa " sekali lagi Azman menyergah. " Man.... I taknak bersubahat dah Man! ". Semua yang ada di sekitar pantri terus sunyi. " Hey babe, you cakap ape nie? " Liza menyampuk.. " Babe dari awal lagikan I dah cakap dengan You yang I taknak terlibat tapi you paksa I ". Fatihah mulakan bicara dan semua mata yang ada di situ terus tertumpu pada Fatihah dengan niat nak menyibuk hal orang. " Babe.. You cakap apa nie.. I...I tak faham ni yunk " Liza cuba memberi soalan seolah-olah dia tidak mengetahui apa-apa." You tahu tak apa yang I tonton malam tu dengan Aiman?. Semua yang ada disitu semakin keliru dan pasti mereka tertanya siapa Aiman.. Liza mulai kelihatan gelisah dan serba tidak kena saat itu dan Fatihah terus berhujah hinggakan semua mereka tergamam dengan apa yang mereka dengar..

Perempuan, biasalah kan...janganlah serius sangat baca tue..hehehe...

            " Iya.. Awalnya I memang nak tolong you tapi selepas Aiman sekolahkan I.. I rasa tindakan I ni salah dan apa yang I lakukan ini satu dosa ". Fatihah meneruskan hujahnya dengan linangan air mata. " You tak ada malam tu babe. You tak tengok apa yang I and Aiman tengok. I tak tergamak tengok Maya Menangis di mejanya sekarang". Lagilah semua yang berada di situ terkejut kenapa dengan Maya..Apa semua ni?..( Ek'eleh..busybody la mereka semua tu kan..hehehe ). Liza yang telah hampir ke kemuncak kerjayanya terus terduduk di kerusi yang ada di pantri itu sambil mendengar dan bersedia untuk apa sahaja yang akan berlaku selepas itu. " Babe and you all's Im so sorry for this. I tak tergamak melihat seorang lelaki yang telah banyak membantu kerjaya I dari kosong hingga ke tahap ini. Malam tu kami nampak dia mengesat air matanya. Kami nampak seberapa tenangnya dia bila kekasihnya datang ke meja tu. You tau tak apa Aiman cakap pada I malam tu?.. " Malam ini last I ikut cakap syaitan. Apa yang you dah buat ni Tiha?.. Lelaki yang menangis itu boss you.  Seorang boss yang selalu backup you bila tiap kali you buat kesalahan dalam kerja you. Demi nafsu serakah Liz, you tergamak hancurkan kehidupan boss you Tiha?..Now Aiman pun dah flight ke US..Encik Azril  pun kita tak tau dimana sekarang so babe Im so sorry I xnak terlibat dah ".. Fatihah terus beredar dari situ menuju ke meja Maya..

            

( Sekadar gambar hiasan )
Setibanya Fatihah di meja Maya, dia melihat tempat Maya telahpun bersih. Kesemua barangan peribadinya telah pun tersusun dalam kotak yang terletak di bawah meja. " Maya.. Please jangan pergi.. I nak pulihkan semula apa yang terjadi ni " rayu Fatihah. " Tak mengapa Tiha, I bukan perempuan murahan seperti yang you anggap dan I tak sangka you tergamak kenakan I yang betul-betul percayakan you "? balas Maya yang benar-benar kecewa dengan apa yang telah terjadi kepadanya. " Maya.. tolong dengar apa yang I nak terangkan. Tolong bagi I ruang untuk selesaikan hal ni please ".. Fatihah terus merayu.. " Leave me alone.. I do not want to know anything about this issue. Please Tiha ".. Fatihah menghormati permintaan Maya dan terus beredar dari meja itu dengan seribu kekesalan. Sementara itu Maya juga mulai kesal kerana tindakannya tidak memberi tahu aku dari awal telah pun menjerat dirinya sendiri.." Abang..maafkan ayang kerana tidak memberi tahu abang dari awal tapi demi cinta ayang pada abang, ayang dengan Aiman tidak lebih dari sekadar kenalan biasa. Ayang tak sangka semua ini adalah perangkap Liza..Ayang bodoh kerana tidak dapat menghidu hal ini lebih awal.. Maafkan ayang ". Bisik hati Maya yang telah menyesali kesilapannya..

            
( Gambar sekadar hiasan )
         Aku.. Setelah puas mengelilingi kota namun tidak tahu kemana, masa terus berlalu dan akhirnya malam menjelma. Akirnya aku mengambil keputusan untuk pergi ke pejabatku. Dalam kegelapan malam, aku menyusuri lorong dan terus masuk ke bilikku. Klik! suis lampu meja aku tekan dan kini aku sendirian. Dalam kesamaran aku hidupkan telefon bimbitku yang aku off sejak siang dan bertalu-talu pesanan ringkas memasuki folder massage di whatsappku.. Satu per satu pesanan aku buka dan baca sehinggalah pada satu massage tidak bernama.. " Assalamualaikum bro, aku Aiman. Aku pasti kau kenal akan nama ini bukan. Aku dan Maya tidak ada apa-apa hubungan seperti yang kau telah fikirkan ". Tanpa membaca habis massage itu, aku terus cuba menghubunginya melalui panggilan telefon namun tidak dapat.. Yelah, macam mana nak dapat, dia di Amarika kan..lalu aku baca kembali isi massage mamat itu. " Semua ini telah di rancang seseorang dan siapa dia, itu kau cari sendiri. Cuma aku nak kau tahu, aku tidak pernah sesekali keluar dengannya dan jauh sekali untuk mencintai kerana aku sudahpun berkeluarga "..Terus terbeliak mataku dengan baris ayat satu ni dan terus sambung membaca... " Semua gambar yang kau lihat itu adalah dari posisi terbaik yang cameraman aku dah lakukan.. Amacam bro, nampak real tak..hahahaha ".Ciss! mamat nie ketawakan aku pula...." Kau jangan risau bro, aku tak pernah ada niat nak rampas dia dari kau. Kau jaga dia baik-baik bro. Gambar itu editing semata, maafkan aku bro.. Aku gerak dulu, bye! ".. Setelah selesai aku membaca massage mamat itu, aku terus keluar dari bilikku dan membuka lampu di ruangan meja Maya dan alangkah terkejutnya aku bila melihat mejanya telahpun bersih.. Tiada satu pun barangan peribadinya disitu dan tanpa fikir panjang, Azman aku hubungi dan memintanya datang ke pejabat pada malam itu juga.

( Gambar sekadar hiasan )
Setengah jam kemudian Azman tiba dan terus aku tanyakan kemana Maya. Panjang lebar Azman ceritakan apa yang terjadi di pejabat siang tadi dan dari apa yang telah dia ceritakan padaku, ternyata semua ini berpunca dari Liza tapi malangnya kedua-duanya telah berhenti kerja serentak.. Liza berhenti kerana malu dengan perbuatannya manakala Maya di khabarkan berhenti kerana semua kaki tangan di pejabat itu telah mengetahui hubungannya denganku. Dari apa yang Azman ceritakan dan kisah dari Massage Aiman, kini aku mulai tenang dan berasa lega kerana semua ini adalah fitnah semata. Sekali lagi Azman aku arahkan untuk menjejaki Lokasi Maya sebabnya dalam perjalanan ke pejabat, aku telahpun lalu di depan rumahnya tapi kelihatan rumahnya gelap. Azman cuba menghubungi Maya dalam mood load speaker.. Truuut truuttt.. " hello Maya you ok ke tu "tanya Azman dan dalam nada sedih aku dengarkan suara merdunya.. " Hello Cik Man, saya ok tapi Azril dimana sekarang Cik Man?. Sya risaukan dia.. Tolong saya cari dia Cik Man.. Saya perlukan dia ".. Aku yang mendengarkan perbualan ini berasa sangat bahagia tapi aku taknak dia tahu dimana keberadaanku.. Selang beberapa ketika perbualan mereka dan akhirnya aku mengetahui Maya seorang yang setia. Segala yang dia ceritakan pada Azman, sama seperti apa yang tertulis pada massage Aiman

                                                                                                        
( Gambar sekadar hiasan )
            Semuanya telah selesai dan tiada lagi kekusutan di fikiranku. Selepas Azman pulang, aku duduk di kerusi empukku dan tanpa aku sedari aku terlelap disitu.. Dalam lenaku, aku terdengar sayup-sayup suara perempuan memanggilku dan bila aku membuka mata " Cik Azril kenapa tidur di pejabat. Cik Azril ok ke ".. Aku menoleh ke arah suara tersebut dan aku terkejut kerana Maya sedang berdiri di depanku dengan senyuman yang sangat indah lalu aku menoleh ke arah dinding cermin dan ternyata banyak mata yang sedang memandang ke arahku.. Malunya aku waktu itu tapi apakan daya alang-alang orang dah nampak, aku terus tebalkan muka dan bertanyakan " Kenapa awak berhenti kerja "? " Eh..bila masanya saya berhenti kerja ni Cik Azril " jawab Maya dengan lembut.. " Habis kenapa meja awak kosong "? soalku lagi ingin kepastian.. Kedengaran satu suara sumbang dari luar " Siapa pula cakap dia berhenti boss..Dia pindah tempat saja " dan ada yang menyampuk " Orang tu tak boleh duduk depan boss sebab nanti boss tak jadi kerja " dan kata-kata itu di sambut ketawa mereka yang sedang memandangku. Maya yang mula malu dengan usikan rakan sekerja, dia cuba ingin bergerak keluar tapi dengan pantas aku menangkap tangannya " Tolong jangan tinggalkan abang " itu ayat yang terkeluar dari mulutku saat itu dan Maya hanya menggangguk kepalanya.. " Abang ye...sorang lagi tu mesti ayang lah tu kan " sekali lagi suara sumbang itu aku dengar " Kalau bukan ayang mesti baby kan..puuiihh meluat aku ". Dengan usikan itu sekali lagi mereka ketawa.hahahahaha. Tak guna mereka nie.. - Tamat Part Ini -

            Selepas pada kejadian itu, tiada lagi kedengaran tentang Liza mahu pun Aiman dan aku memang taknak langsung mengetahui kisah mereka berdua. Hubungan aku dengan Maya kembali tenang dan apa yang telah berlaku sebelum ini kami jadikan sempadan agar tidak lagi berulang. Setahun kemudian, selepas kami sama-sama harungi pasang surut di alam percintaan, kami berdua terus sepakat untuk menamatkan zaman bujang kami.. " Tak baik bercinta lama - lama sebab syaitan sentiasa cuba menghasut ".....

            Peristiwa berdarah....
( Gambar sekadar hiasan )
    Setelah selesai semua persiapan, kini tiba masanya untuk aku bergelar suami pada Maya. Rombongan kami tiba di masjid tempat dimana kami akan di ijab kabulkan.. Dalam suasana gembira seluruh ahli keluarga dan sahabat handai yang ada pada majlis tersebut, aku tertinggal duit mas kahwin dalam keretaku yang aku parkir di tepi jalan hadapan masjid.Sementara menanti imam sampai aku menyatakan pada Maya dan keluargaku yang aku ingin pergi ke keretaku sekejap dan ketika aku ingin pergi ke keretaku, Maya menyatakan yang dia ingin menemaniku dan awalnya aku melarang dan meminta dia hanya tunggu aku dalam masjid tapi Maya berkeras tetap nak ikut dan masa itu aku memang tak fikir apa-apa pun sebab alpa dengan kegembiraan lalu aku mengizinkannya. Tanpa aku sedari ada tetamu yang aku tak undang, sedang memerhati dan menanti saat sesuai untuk melunaskan dendamnya.. Peristiwa itu berlaku terlalu pantas tanpa aku mampu melakukan apa-apa. Duit hantaran kini dah berada dalam genggamanku dan langkahku mendahului Maya untuk menuju ke masjid tanpa menoleh kiri dan kanan.. Aku dengar bunyi exzos kereta namun aku belum sempat menoleh ke belakang, aku terasa badanku di tolak seseorang dengan kuat hinggakan aku tersungkur di seberang jalan.. AAAYYAANNGGGGGG!!!! jeritanku sekuat hati hinggakan di dengari semua yang berada di sekitar masjid itu. Aku bingkas bangun dari tempat aku tertiarap dan menuju ke arah Mayaku yang telah terbaring atas jalan dan berlumuran darah.dan kereta itu terbabas ke dalam longkang. Aku terus memangku Maya dan menjerit meminta pertolongan.. Ahli keluargaku yang melihat kejadian segera menelifon ambulance. Ketika itu tubuhku terus lemah longlai, hatiku hancur dan jiwaku saat itu aku rasakan kosong

            Azman yang aku lantik menjadi pengapitku hari itu, aku perhatikan dia meluru ke kereta yang melanggar bakal isteriku dan seketika dia memanggilku.. Maya aku letakkan di pangkuan Fatihah yang juga turut serta pada majlis itu. Dengan lemah aku melangkah menuju ke kereta itu dan aku terkejut setibanya di situ.. Kereta itu di pandu oleh seseorang yang aku kenali. " Maya kau ingat nie. Kalau aku tak dapat Azril aku akan pastikan kau juga tidak akan memilikinya ".. Ayat ini terus melintas di benak fikiranku.. Liza si perempuan gila itu yang melanggar Mayaku.. Akibat dari hentakan kuat keretanya pada dinding longkang, Liza mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala mati di situ. Suasana menjadi tidak keruan kesan dari kejadian berdarah ini.. Tidak seberapa lama kemudian, ambulance tiba dan Maya telah di kejarkan ke hospital berhampiran dan selepas menjadi rawatan kecemasan, Maya di masukkan ke wad ICU

            Maya kembali ke negeri kekal abadi selepas hampir 2 minggu di rawat dalam ICU dan kehilangan Maya itu telah menukar diriku seluruhnya dari seorang yang periang kepada seorang yang murung. Jiwa kosong dan dunia ini di rasakan terlalu gelap dan sepi..
( Sekadar gambar hiasan )

Pada satu pagi aku mulai sedar dari mimpi ngeri yang telah membunuh jiwaku. Aku melihat satu dunia yang asing bagiku. " Along. Jom kita balik "..satu suara yang aku rasa aku pernah dengar satu masa lalu. Iya, itu suara adikku yang datang menjemputku di hospital sakit jiwa. Tanpa berkata-kata aku hanya menurut.. Tiba di rumah orang tuaku, aku terus di bawa ke bilikku dan aku baring di katil sambil terus berfikir apa yang telah terjadi pada diriku. Aku jalani kehidupan baruku dengan seribu persoalan.. Aku mulai ingat sedikit demi sedikit.. Aku merasakan ada yang tidak lengkap dalam jiwaku dan aku mulai mencari. Tiada seorang pun ahli keluargaku menceritakan perkara ini hinggalah satu petang aku terjumpa gambar seorang gadis yang sangat cantik. Jiwaku terus memberontak ingin mengetahui siapa gadis tersebut.

             Pada malamnya ketika aku bersendirian di beranda, ayah datang menghampiriku dan mengajakku berbual kosong pada awalnya. Aku yang tidak berpuas hati, sekali lagi aku bertanyakan gambar siapa yang aku jumpa dalam bilikku itu dan ayahku memulakan ceritanya.. " Gadis itu namanya Maya long ". Malam itu, ahli keluarga yang tinggal dalam rumah itu menghampiri aku dan bergilir - gilir menceritakan dari awal hingga aku hampir dua tahun di rawat di hospital sakit jiwa.. Menurut mereka, Azman dan Fatihah selalu menziarahi aku cuma aku sahaja yang tidak mengetahui kerana waktu itu aku kehilangan kehidupan. Ingatanku semakin kuat untuk mengimbau segala peristiwa lalu.. Beberapa hari kemudian Azman dah Fatihah datang kerumah orang tuaku bersama seorang bayi berusia setahun hasil dari perkahwinan mereka setahun lalu. Aku di bawa ke pusara dimana Maya bersemadi dan di pusara itu, aku mula mengingati segalanya.. Dari awal perkenalanku dengan Maya hinggalah saat dia meninggalkan aku sendirian selamanya.. Kini hanya potret Maya sahaja yang menemani hari- hari mendatangku  dan terlalu sakit bagiku untuk menanggung " KERINDUAN TANPA PENGHUJUNG ".


- TamaT -

- Cerita dan watak hanyalah rekaan semata-mata mengikut ilustrasi penulis
- Tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia
- Jika terdapat persamaan, ianya adalah kebetulan


Monday, February 3, 2020

KERINDUAN TANPA PENGHUJUNG


Di suatu petang yang hening aku sendirian termenung di gigi pantai. Renunganku terlalu jauh hingga menjangkau mentari yang hampir menyembunyikan dirinya. Saat ini semua kenangan bersamanya keluar dari fikirianku yang bisa mengalirkan air mata. “ sayang “.. Tiba tiba perkataan itu keluar dari mulutku yang dari awalnya diam membisu.
Gambar Sekadar Hiasan
                Aku bangun dari tempat dudukku lalu terus melangkah meniti tepian pantai sendirian. Dalam masa aku melangkah, aku terdengar suatu suara orang meminta tolong. Aku toleh kiri kanan tiada sesiapa yang kelihatan namun suara itu semakin hampir aku dengari. Terlintas di fikiranku, ada sesiapa yang lemaskah? Tapi tidak ada orang di pantai selain aku.

Aku lihat jam di tangan telah menunjukkan jam 7.45 malam. “ Hantukah yang bersuara tadi ? “.. Aku mula gelisah mencari dari mana suara itu datang. “ Argghh.. mungkin ada hantu yang ingin bergurau “ bicara ku dalam hati. Aku teruskan melangkah dan setelah beberapa langkah ke depan aku terlihat satu susuk tubuh sedang mengapai ngapai tangan dalam hempasan ombak. “ Eh.. Ada orang. Diakah yang menjerit meminta tolong tadi?.. Aku terus berlari untuk mendapatkannya dan bila tiba dekat orang itu, nyata dia yang mejerit tadi meminta tolong. “ Cik kenapa?..cik ok kah?. “ sapaanku setelah tiba padanya. Dia hanya merayu mendesah memintaku menolongnya. Tanpa berlengah aku terus cuba membawanya ke daratan dan kelihatan ada darah yang sedang mengalir keluar dari pehanya.

Gambar Sekadar Hiasan
Tanpa berfikir panjang, aku terus menanggalkan baju yang aku pakai untuk membalut pehanya yang terluka itu. “ Cik kenapa ? soalku..” “ Encik tolong saya.bot yang saya naiki tadi telah terbalik di sana “ kata gadis itu sambil menunjukkan aku ke arah lautan yang luas di dalam kesamaran malam. Aku cuba tenangkan dia dengan apa cara yang termampu agar dia tidak terusan begitu. “ Cik ceritakan pada saya apa yang berlaku di lautan tadi “ soalku membuka bicara. Dengan sendu dia menceritakan padaku tentang bot yang di naikinya bersama dua orang teman lagi telah terbalik dan dalam masa kelam kabut itu dia cuba mencari temannya tapi tidak berjumpa dan dia terus berenang ke tepian. Tanpa membuang masa aku terus memimpinnya ke sebuah pondok yang terdapat di situ dan terus menghubungi pihak berkuasa untuk SAR.

Maya.. Itulah namanya, seorang gadis manis yang aku bantu sebentar tadi. Ku pinjamkan handfon ku padanya bagi tujuan menghubungi keluarganya. Dalam menunggu bantuan tiba, aku sempat berbual ringkas dengannya dan dia menyatakan dia datang ke pantai itu untuk bercuti bersama dua orang temannya. Tapi tidak sangka percutian ini menjadi detik awal kedukaannya. Selang beberapa minit kemudian bantuan dari bomba  dan ambulans tiba dan operasi mencari temannya di gerakkan. Di pantai mula di kerumuni manusia setempat yang rata-rata datang untuk menyaksikan usaha mencari teman Maya. Maya tidak mahu di hantar ke hospital lagi selagi dia tidak tahu akan nasib temannya. Pehanya yang terluka akibat terkena kipas bot telah di rawat di situ juga.

Jam 2 pagi salah seorang telah di temui namun sudah tidak bernyawa lagi.. Maya terus pengsan dengan perkhabaran itu.. “ Aarrgghh… “ Apa pula yang aku harus lakukan nie ? soalku sendirian sambil terus memangku dia. Dalam masa sama aku terusan menjadi pening kerana pelbagai jenis soalan datang padaku dari orang ramai. Hampir 15 minit Maya pengsan masa tu. Setelah dia terjaga dari pengsannya dia terus mendapatkan temannya yang di jumpai tadi dan terus meraung. Hati aku masa tu mula bersemangat tapi aku sendiri tidak tahu kenapa. Aku terus mendapatkan Maya dan tenangkanya kembali dan masa sama usaha mencari seorang lagi temui jalan buntu sebab hari malam dan agak sukar untuk menemuinya dan pencarian akan di sambung ke esokkan harinya. Aku mempelawa Maya untuk aku hantar pulang ke hotel tempat dia menginap tapi dia enggan mengikut nasihatku. Tak mengapa sebab aku faham apa yang dia sedang rasakan kala ini. Sepanjang malam aku menemani Maya di tepi pantai itu bersama beberapa orang kampung yang lainnya. Sementara para nelayan terus membantu mencari namun tidak jumpa.
Gambar Sekadar Hiasan
Pada keesokkan harinya ops mencari teman Maya di sambung kembali dengan lebih jauh. Pada jam sekitar 9am kami terima berita tentang temannya yang mana senasib dengan temannya malam semalam. Maya bagaikan di sampuk penunggu, hysteria berpanjangan setelah melihat sendiri mayat temannya yang mulai kembung. Aku tidak sanggup melihat keadaan Maya begitu lalu aku pujuk dan terus memujuk untuk dia berehat di hotel dan akhirnya kali ini dia setuju dengan pujukanku. Sepanjang jalan menuju ke hotel, Maya hanya diam membisu dan sesekali dia menangis. Tiada apa yang kami bualkan masa itu selain hanya melihat air mata sucinya mengalir membasahi pipi gebu gadis itu.

Setibanya di hotel terus aku memimpinnya pergi ke bilik untuk dia berehat setelah semalaman dia tidak tidur dan aku tinggalkan bersama hand phone milikku padanya. Di chalet sewaanku yang tidak jauh dari hotel Maya menginap, aku mulai bimbang akan keselamatan Maya. Bermacam macam andaian bermain di fikiranku. Tambah merisaukan apabila aku hubungi talifon ku tapi tidak berjawab. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pergi ke hotel itu untuk menemuinya. Berkali kali aku mengetuk pintu biliknya tapi tidak di buka lalu aku meminta bantuan pihak hotel bagi membuka pintu tersebut. Terlihat maya yang termenung di jendela sambil menangis, aku terus menghampirinya. Tanpa alasan, Maya terus memelukku sambil air matanya mulai membasahi bajuku. Aku biarkan sahaja tindakannya dan selang beberapa ketika “ Thankz awak “ kedengaran di telingaku. Maya mengucapakan kalimah itu padaku dan dia sambung menangis kembali. “ Mari Maya, kita berehat di kerusi itu “sapaanku  sambil aku memimpinnya ke kerusi. Beberapa orang pekerja hotel yang melihat keadaan Maya yang agak serabai itu, aku pohon untuk tinggalkan kami berdua sambil pintu bilik tidak di tutup,pintaku. Kini hanya tinggal aku dan dia..

Setelah beberapa ketika kami hanya diam membisu, “ awak…. “ Maya memanggilku. Dalam tunduk aku tersenyum kerana mungkin Maya sudah mulai tenang. “ Ya Maya, balasku.. Maya terus menceritakan padamu dari saat dia sampai di pulau itu hinggalah di saat bot yang mereka naiki terbalik. Rupanya Maya dari Kuala Lumpur yang datang ke pulau itu untuk bercuti setelah tamat pengajiannya di universiti tempatan. Dalam ceritanya, sehari sebelum mereka menyewa bot, dia melihat teman temannya yang agak pelik tindakannya. Menyanyi, ketawa, melompat lompat atas tilam dek kegembiraan yang baginya agak pelik tapi Maya tidak hairan kerana dia kenal dan masak dengan perangai gila gila temannya itu tapi dia tak sangka tindakan pelik kedua temannya itu adalah tindakan terkahir untuk Maya rindui selamanya. Aku yang mendengar cerita Maya turut bersedih kerana rupanya Maya tiada sesiapa di dunia ini kecuali kedua teman sejatinya itu. Dia anak yatim piatu sejak kecil setelah kehilangan kedua orang tuanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tidak lama dahulu. Dia di besarkan di rumah anak yatim setelah tiada sesiapa saudara maranya yang sanggup menjaganya ketika itu. Amat terkesan dalam diri aku keperitan yang sedang Maya lalui dalam usia mudanya kini.

Setelah selesai Maya bercerita, dia memintaku untuk meninggalkannya sendirian kerana dia terlalu sayu merindui teman temannya itu. Aku akur dengan kehendaknya namun aku bekalkan dia charger phone kerana aku lihat bateri talifon bimbitku telah tinggal 10% beserta sekeping kertas yang aku tulis nombor talifon chalet tempat aku menginap. Ketika pulang ke chalet, aku melalui tepian pantai tempat aku menemui Maya semalam, tanpa aku sedari air mataku pula yang mengalir. “ Eh kenapa pula aku tiba tiba sayu ?”. Langkahku lajukan untuk ke bilikku dan nyata tepat masa tibaku.  “ ring!!..ring!! “ talifon bilikku berdering. Bila aku angkat ganggangnya, Aku terdengar suara seorang gadis memberi salam. Lembutnya suara tapi siapakah dia?. Segera aku menjawab salamnya dan terus terpesona aku bila dia memanggil namaku.. “ Azril..Maya ni “…Yesss… Aku sangat gembira bila dia menghubungiku. Bagaimana keadaanya sekarang dan dia menyatakan dia sudah mulai tenang dan redho dengan ketentuan ILLAHI. Aku sangat gembira dengan perkhabaran itu. Dalam perbualan kami, terlalu banyak perkataan teima kasih yang Maya ucapkan walhal bantuan yang aku berikan semalam hanya secebis tindakan yang termampu tapi itu mungkin pada aku dan tidak pada Maya. Panjang lebar kami bualkan masa itu.( Mujur aku guna bil.. Kalau topup memang tak cukup.. ) Menurut Maya, dia ingin pendekkan percutiannya dan ingin pulang ke kuala Lumpur pada esok hari. “Aargghhh “ ini bukanlah petanda baik buatku lantas aku pun memendekkan percutianku.

Ke esokkan harinya sebelum aku chek out, telifon bilikku sekali lagi berdering dan nyata itu panggilan dari Maya yang memang aku tunggu. Dia ingin berjumpa denganku sebelum pulang ke KL. Kami berjumpa di pantai tempat aku temuinya kemarin.

Gambar Sekadar Hiasan
Kami berbual tidak lama di sana kerana dia ingin bergegas ke jeti. Maya memulangkan kembali telifonku dan selepas itu kami berpisah. Bila akan bertemu kembali?..Itu persoalan yang bermain di fikiranku.. Setibanya aku di rumahku di KL, aku kembali normal seperti sebelum mengenali Maya. Aku kerja, Aku bersukan dan apa sahaja yang aku lakukan adalah seperti sebelum mengenali Maya. Namun satu petang ketika aku ingin pulang kerumah dari tempat kerja, aku rasakan lain. Suatu perasaan yang agak asing padaku. Di fikiranku kini hanya Maya dan tiada lagi gadis yang pernah mengecewakan aku sebelum aku temui Maya.

Latifah, seorang pramugari yang pernah hadir dalam hidupku. Hubungan kami yang terjalin sejak 3 tahun lalu telah di khianatinya. Aku di duakan tanpa sedar dan tanpa kerelaanku. Dia mula curangiku setelah dia mengenali seorang lelaki yang baik denganku iaitu Fendi. Aku tidak tahu siapa yang memulakan hubungan mereka tapi yang aku tahu kini aku kecewa dengan Latifah n benci dengan Fendi. Hanya itu yang aku tahu. Lupakan hal mereka dan berbalik pada perasaan yang aku lalui kini. Aku mula merindui Maya tapi aku tidak tahu ingin mencarinya di mana. Hari berganti hari. Minggu berganti bulan tapi Maya tidak jua aku ketemukan. Hampir 6 bulan aku cuba menjejakinya tapi hasilnya tetap hampa dan aku mulai giveup.

Di tempat kerja Aku hari ini ada temuduga terbuka dan ramai calon yang hadir untuk mencuba nasib. Aku di pertanggungjawabkan untuk pengambilan staff baru. Fail demi fail aku semak hinggalah aku terpegang satu fail ini..

Gambar Sekadar Hiasan
Bila aku membuka failnya terlihat olehku gambar berukuran passport di sudut borang. Gambar itu mengingatkan aku pada seseorang yang pernah aku temui. Nyata fail itu adalah milik insan yang aku pernah rindui sebelum ini. Rasa seronoknya aku masa itu hanya Allah yang tahu… aku telah Berjaya menemui Maya. Selepas selesai membuat tapisan pada kesemua borang permohonan itu, Maya orang pertama yang aku hubungi. Alangkah seronoknya aku ketika dapat menghubunginya. Aku terdengar suara yang sangat gembira kerana di terima bekerja di tempatku

Di hari pengambilan, aku keluar awal dari rumah. Rasa tidak sabar untuk menemui Maya. Tiba aku di pejabat telah kelihatan beberapa orang baru yang hadir namun di mana pula Maya?.. Adakah kali ini aku kecewa lagi?.. Aku melangkah masuk ke bilikku dengan kecewa dan tidak lama selepas itu telifon mejaku berdering.. “ Hello, Assalamualaikum tuan, maaf, saya Maya nak beri tahu tuan yang saya mungkin lewat sebab tayar bas bocor “. Dengan lembut aku membalas kata kata Maya.. “ Tidak mengapa cik, nanti bila tiba di sini terus jumpa saya ya “. Hahahaha… Kekacauan di fikiranku terus hilang serta merta dan kini aku tidak sabar menanti Mayaku tiba. Jam 9.30am pintu bilikku di ketuk.. “ Masuk “ ayat simple seorang boss..hahahah..Setelah pintu terbuka, aku melihat dari bawah ke atas.. “ Assalamu….” Salamnya tidak habis setelah melihatku. Aku terus tersenyum padanya dan jelas Nampak kemerahan di pipi gebunya ketika bertemu denganku sekali lagi. “ Awak….???.. ehh tuan..maafkan saya “.Maya tergagap gagap di hadapanku sambil aku terus menikmati keindahan senyumannya. Misi pencarianku kini telah benar benar selesai

Gambar sekadar Hiasan
. Maya AKu tempatkan di bahagian HR agar aku dapat melihatnya selalu. Hari pertama Maya bekerja, Aku memanggilnya ke bilik dan memintanya membuatkan aku secawan kopi bersama roti bakar. Itu bukan tugas Maya sebenarnya tapi aku boss di sector itu maka inilah gurauan permata aku tanpa dia mengetahui akan niatku yang hanya bergurau. Keesokkan harinya pun begitu. Aku telifon di mejanya dan memintanya membuatkan aku secawan kopi serta roti bakar. Tanpa membantah Maya menurut.. Maklumlah orang baru..hihhihi… Genap sebulan aku perlakukan Maya sedemikian sekali dan hari ini aku telifon dia sekali lagi tapi bukan pinta secawan kopi sebalinya meminta dia lakukan sesuatu tugas pejabat.

Tanpa aku sangka, kehadiran Maya kali ini tetap bersama secawan kopi dan sekeping roti bakar.” Maya hari ini saya tak minta kopi dan roti bakar..

Gambar Sekadar Hiasan
” Maaf tuan sebab saya dah biasa menyiapkan sarapan untuk tuan “ balas Maya.. Aku rasa macam ingin ketawa pun ada masa itu tapi ego boss kena jaga..hihihi..” Mulai esk Maya tak perlu buatkan semua ini lagi ya “ pintaku.. “ tapi kenapa tuan.. tidak sedap kah kopi yang saya buat “ soal Maya padaku lalu aku membalas “ bukan begitu Maya.. Sebenarnya di sini kita tidak pernah berbuat perkara itu pada staff. Ini hanyalah guruan saya yang telah sepakat dengan semua kawan kawan awak untuk tidak menceritakan hal ini pada awak.. Maafkan saya Maya “. Maya yang mulai malu dengan gurauan itu terus keluar dari bilikku. Namun kelihatan dia tidak marah padaku. Mungkin sebagai tanpa salam kenal. Itu apa yang aku fikirkan.

Tengah harinya sekali lagi aku menghubunginya untuk meminta maaf dan nyata dia seorang yang sangat pemurah akan kemaafan. Di dalam perbualan itu juga aku memintanya ketika berdua denganku TOLONG jangan panggil tuan atau boss sebaliknya saya awak seperti mana panggilan itu pernah kami gunakan ketika di pulau itu dulu dan Maya setuju walaupun pada awalnya dia agak terkejut dengan permintaanku itu. Sejak pada hari itu, aku dan Maya semakin rapat. Di hadapan kaki tangan lain, tuan aku di panggilnya tapi dalam talifon ( sshhhhhh ) hehehe… Hampir 3 bulan maya bekerja di tempatku dan prestasinya sangat cemerlang dan aku bangga miliki pekerja secekap Maya dan dalam masa sama hubungan kami semakin rapat dan mesra. Di rumah kami sering berbalas chat di whatsapp sehinggakan tiada istilah malam bagiku kerana sembang dengan Maya. Tapi chat kami hanya bualan kosong. Mungkin belum masanya bagiku untuk melamarnya.

Suatu hari itu ( jumaat ) Maya tidak hadir ke pejabat. Pada awalnya aku fikir mungkin dia terlewat tapi kenapa dia tidak hubungi aku namun aku bersabar. " Mungkin dia kehabisan kredit " hanya itu di fikiranku. Jam di tangan telah menghampiri 1125am namun Maya tidak juga tiba membuatkan aku mulai risau. Pesanan ringkasku tidak berbalas menambahkan lagi kerisauanku. Aku membuat keputusan untuk menghubunginya tapi tiada sebarang respon." Kenapa Maya begini?.Apa yang terjadi padanya? " kerisauanku kian bertambah..

Tepat jam 1ptg ( lunch time ) Aku tidak ke cafe sebaliknya terus mencarinya di rumah berdasarkan alamat yang ada pada fail rekodnya. Setibanya di kawasan perumahan itu, alangkah terkasimanya aku kerana Maya duduk di kawasan ELIT. ( Orang hado hado ). Ting tong loceng rumahnya ku tekan dan selang beberapa ketika keluar seorang gadis yang sangat cantik di mataku. Dia hanya keluar dengan mengenakan bajuT dan seluar pendek yang eerrmm...Terkasima beb ""


Gambar Sekadar Hiasan
. " Awak.. Maafkan Maya tidak hadir kerja " teriak Maya setelah melihatku di luar pagar rumah. Gate di buka dan dia mempelawa aku masuk ( Sekadar di halaman ). Menurut Maya,pagi tadi dia telah di rompak ketika dalam perjalanan ke pejabat. Habis kesemua yang ada di dalam bagnya di rembat penyamun termasuk telifon bimbitnya. " Maya dah pergi buat report polis kah " soalku spontan. Belum lagi awak " itu jawabnya.. Dan tanpa berlengah, aku terus megajaknya ke balai untuk buat report. Harumnya bauan minyak wangi yang Maya guna ketika kami dalam keretaku. " Maaf awak jika awak tak selesa dengan bau minyak wangi Maya " dia berseloroh seakan mengetahui aku sedang mencium kewangian itu. " Tak Mengapa Maya, saya suka bauan ini..harum sangat " balasku tanpa ragu ragu..

Selesai membuat report, Aku membawanya singgah ke sebuah restoran yang berhampiran dengan kediamannya. Di sana sekali lagi aku teruja apabila melihatnya menjamu selera dengan gaya yang sangat sopan dan tertip.. " Pandai orang tuamu mendidik Maya " detik hatiku. Apa yang aku saksikan ini membuatkan aku bertambah keinginan untuk memilikinya. " Inikah masa yang sesuai untukku melamarmu " bisik hatiku.. Aku pendamkan lagi kerana aku bimbang untuk menyatakannya. Untuk menjadi hero kononnya, aku mempelawa mulai esok biar aku yang mengambil dan menghantarnya atas alasan risau akan berulang lagi perkara seperti hari ini. Di awalnya Maya menolak kerana tidak mahu menyusahkan aku dan tidak mahu terhutang budi namun ayat lelakikan.. Akhirnya dia bersetuju dengan pelawaanku.

Hari isnin kebanyakan semua orang bosan ( MONDAY BLUES ) tapi tidak padaku kerana hari ini adalah hari pertama aku menjadi driver kepada seorang gadis yang aku puja. Aku keluar rumah agak awal, tidak seperti hari hari sebelumnya. Setibanya di rumah Maya, aku terlihat dia sudah bersedia di luar pagar untuk menantiku. Hati ini berbunga hanya Allah jua yang tahu. Sekali lagi aku menghirup wangian yang segar dari tubuhnya. Tidak sempat aku bertanya dari mana dia perolehi minyak wangi tersebut, Maya dengan berseloroh menjawab " Minyak wangi murah sahaja awak ". Apa ilmu dia pakai?.. Tak sempat tanya dia dah jawab dulu ".. " Awak beli kat mana minyak ni " soalku. " Beli online jer awak ". dia balas dengan selamber. Dalam perjalanan ke pejabat yang di susuli jalan jamm, sempat aku tambah pengetahuan tentang Maya. Apa yang aku tahu tidak perlulah aku cerita sekarang.. Nanti dah tak bestkan....Setibanya kami di pejabat ( Parking ) ada mata yang melihat..( puak nie memang cenggini )

Gosip liar mula berbau di pejabat. Pada awalnya aku tidak mengerti akan maksud ehem pada hampir semua kaki tangan di pejabat. Maya mula di sindir, di katakan staff kesayangan aku tapi aku abaikan sebab tak penting apa yang mereka katakan. Perkara ini pun aku tahu dari sahabat baikku Azman. Menurut Azman, staff sekarang mulai perli Maya tapi aku tidak tahu kenapa namun aku abaikan sahaja. Dalam perjalan pulang, Aku ceritakan pada Maya hal tersebut tapi responnya aku perhatikan COOL sahaja " Biarkanlah mereka awak.. Mulut orang memang begitu " dengan selamber Maya menyatakan hal itu. Bila dia sendiri tidak kisah, maka aku pun begitu jugalah. Keesokkan harinya dan hari hari berikutnya telah menjadi rutinku untuk mengambil tuan puteri di rumah. Semakin hari kami semakin rapat. Dah macam belangkas pun ada. Di pejabat telah tertular kisah kami. Asalkan ada meeting atau yang berkaitan dengan urusan pejabat, pihak pengurusan atasan selalu menggandingkan kami. Kebetulan aku yang memang dah mula sayangkan dia, aku memang seronoklah sebab sering bersama.

Hari ini ( selasa ) aku ada mesyuarat pengurusan ( dewa dewa sahaja ) jadi Maya tidak mengikutiku kali ini. Di dalam bilik meeting itu BIGBOSS telah menyindirku dengan bertanyakan kemana Maya aku, tak sertai meeting ini kah.. Aku mulai merasai macam ada sesuatu yang tidak kena tapi aku buat tidak tahu sahaja. Selesai mesyuarat, Azman menghampiriku dan berbisik, " Bossku.. tolong jauhi Maya sebab ada yang cemburu ".. Terkejut aku dengan apa yang Azman bisikkan tadi. " Siapa pula yang cemburu? tanyaku.. Menurut Azman, sepanjang aku di syarikat ini, ada seorang wanita yang memang telah lama menyimpan perasaan terhadap aku tapi Azman tidak menyatakan siapa wanita tersebut. Perasaan aku kini hanya pada Maya jadi aku tidak pedulikan perasaan orang lain. Selepas dari hari itu, aku mula mengintip siapakah wanita yang Azman ceritakan padaku semalam tapi aku memang tidak dapat mengagak siapakah gadis misteri itu.

Hubungan aku dengan Maya berjalan seperti biasa hinggalah suatu petang selepas waktu makan Maya menemuiku di bilikku.. Tanpa cerita panjang " Awak mulai esok tolong jangan ambil saya lagi dan petang nanti saya balik dengan taksi " dan dia terus keluar dari bilikku.( Apa hal semua nih )
Gambar Sekadar Hiasan

Keesokkan harinya aku seperti biasa singgah ke rumah Maya akan tetapi dia tiada di hadapan rumah seperti biasa. Aku hubunginya tapi panggilan telifonku tidak berjawab. Dalam keadaan pelik, aku memandu ke pejabat. Tiba di pejabat, terlihat Maya telah ada di mejanya. Aku menghampirinya dan bertanyakan apa salah aku tapi Maya hanya respon " awak tak ada salah apa apa cuma tolong jauhi saya ". Aku tambah pelik tiba tiba Maya berubah sekelip mata. Aku meninggalkannya dan berlalu pergi. " Awak, apa salah saya hinggakan awak berubah tiba tiba" soalku melalui whatsapp tapi dia hanya sekadar membaca tapi tidak membalas tapi aku tidaklah marah dengan tindakannya. Petang sebelum balik, aku hanya perhatikan Maya melintasi bilikku tanpa menoleh ke arahku. Lantas seketika aku terfikir akan kata-kata Azman tempoh hari. " Man kau dah balik ke? kalau belum, tolong datang ke bilik aku sekejap " Chat aku pada Azman. " Ok bossku jap lagi aku datang " balas Azman.

" Man kau cakap kat aku apa yang kau tahu tentang hal cemburu itu " sergahku pada Azman setibanya dia ke bilikku. Terkejut mamat itu dengan soalanku.." Kalau ye pun bagilah aku duduk dulu bossku "jawab man.." Apa yang aku cakap hari itu atas permintaan Maya sendiri sebab dia tahu kita geng kan. Mungkin ini berkaitan dengan peminat misteri kau kot. Jadi sekarang kau nak aku buat apa " soal Azman padaku. " Man kau tolong aku man sebab...... " terhenti kata-kataku di situ.. " apa hubungan kau dengan Maya arr? " soal Azman lagi. " Man memandangkan kau geng aku, aku nak meluah ni " "luah apa tu geng ? " mangkuk nie potong ayat aku. Petang itu aku luahkan segalanya pada Azman. Dari mula aku kenal Maya hinggalah ke sekarang dan Azman kini telah mengetahui hasratku. " Baiklah aku akan bantu apa yang perlu untuk kau bossku " kata kata yang buatkan aku mulai lega kerana ada sahabat yang sudi membantu. Keesokkannya aku tidak lagi ke rumah Maya dan aku mulai rasa kekok sebab dah terbiasa bersamanya. Di pejabat pun aku dan dia tidak lagi semesra seperti dahulu. Aku hanya mampu melihat Maya tersenyum dan ketawa dari jauh. Ya Allah aku merindui Maya. keluh hatiku...
Gambar Sekadar Hiasan
Malam Harinya ketika aku sedang menonton TV, whatsapp masuk ke talifonku. " Awak maafkan Maya. Tidak patut Maya buat macam itu pada awak tapi Maya terpaksa demi kebahagiaan awak. Lepas ini kita kerja macam biasa dan awak tetap boss Maya. ini mungkin kata akhir dari Maya buat awak.Maafkan Maya ".. ( chat Maya buatku ) Setelah aku membalas dan bertanyakan apa sebenarnya yang terjadi tapi soalan itu hanya sekadar soalan. Tiada lagi balasan dari Maya.

Kerana tidak sanggup melihat Maya di pejabat, aku mengambil cuti untuk beberapa hari. Sekali lagi aku ke pulau untuk mencari ketengan.. Dua hari aku di sana, tiada sebarang panggilan telifon atau pun SMS dari Maya.. Nyata dia bersungguh dalam katanya sebelum ini. Hari ketiga pagi aku bangun tidur aku melihat talifonku terdapat satu pesanan ringkas dari satu nombor yang tidak aku kenali. "Hye awak..morning.. Selamat bercuti dan moga cepat pulang ke pejabat ye sebab saya gelisah bila tak nampak awak ". Siapa pula yang chat aku pepagi buta nie soalku dalam hati. Cara ayat dan gaya shotcut kata katanya tidak seperti Maya. Bila aku tanya ini siapa tapi tidak berbalas. Mungkinkah ini nombor peminat misteri itu tanyaku sendirian. Tanpa berlengah aku terus menghubungi Azman untuk bertanyakan pemilik nombor tersebut. Menurut Man, dia juga tiada simpan nombor tersebut. Operasi menjejaki peminat misteri bermula. Aku di pulau itu hanya menunggu khabar dari Azman. Tengah hari ketika makan, whatsapp berbunyi lagi dan kali ini " Awak..awak kemana?.. kenapa awak tidak masuk pejabat?.. awak tidak sihat kah?..Jaga diri bebaik walau dimana awak berada.." Seronoknya hati ini kerana chat itu datangnya dari Maya. Nyata dia merisau rupanya terhadap aku..hihihihi.. Ego lelaki aku pamerkan. Chat nya tidak aku balas walaupun hakikatnya hati ini sangat memberontak untuk membalas..

Malamnya sekali lagi aku terima whatsapp dari Maya " Awak dah lupakan Maya kah?. Kenapa chat Maya awak tidak balas?. Awak dekat mana sekarang..Kenapa awak dengan En. Azman buat Maya macam ini?.. Kenapa mesti nak rahsia dari Maya?.. Respon Maya ye awak ". Tapi aku masih abaikan apa yang Maya mahukan.. Padan muka dia..hahahah... Sebelum tidur sekali lagi aku terima chat dari gadis jelita itu " Terima kasih awak sudi buat Maya macam ini. Moga awak selamat di mana sahaja awak berada. Maya risaukan awak " ( beserta emoji menangis ).. Yesssss.. Inilah yang aku tunggu dari dia. Nyata Maya merisaukan aku dan mungkin dia sedang merindui aku. Malam itu aku hanya tersenyum hingga terlelap. Keesokkan harinya Azman menghubungi aku dan menyatakan Maya ingin meletak jawatan...Terkedu aku seketika dengan apa yang Azman nyatakan. Tanpa berlengah aku terus menghubungi Maya " Maya nak berhenti kerja " itu kata dia bila dia jawab panggilanku. Tapi kenapa Maya?  soalku.. " Kalau awak tak masuk kerja hari ini.. Maya akan berhenti kerja hari ini juga " dan terus endcall.. Tanpa berlengah aku terus bergegas siap untuk pulang ke KL. 
Jam 1.15ptg aku tiba di pejabat dan kehadiran aku di nanti Azman di depan pintu. Masuk sahaja pejabat terlihat Maya sedang murung di mejanya dan mungkin dia menunggu aku.
Gambar Sekadar hiasan
Aku terus ke bilik aku dan lantas Maya bangun dari tempatnya dan menuju padaku. " kalau iya pun awak nak lari dari Maya, tak boleh ke bagi tahu kemana awak nak pergi ?"..  Kelihatan di pipinya air mata mengalir. "Cantiknya dia bila menangis" bisik hatiku. Mujur masa itu waktu rehat jadi staff lainnya tiada di pejabat. Kalau ada mungkin akan jadi lebih kecoh.. Aku hanya sambut kata katanya dengan senyuman. Mungkin ini petanda cambahnya cinta kami?.. Azman yang dari tadi memerhati, terus beredar dengan sindiran " Untunglah kau bossku.. Aku gak yang berlapar sebab teman makwe kau ". Hampeh ayat sahabat aku nih.. Rupanya ini pakatan Maya dengan Azman untuk suruh aku balik cepat sebab Azman sendiri pun tidak tahu aku bercuti..hihihhi.. " Awak  serius kah nak berhenti Maya ? " soalku padanya tapi dia hanya jawab " tak tahu " dan terus beredar..  Beberapa ketika selepas itu whatsapp aku berbunyi " Jangan buat Maya risau lagi FAHAM.. Maafkan Maya sebab pendekkan cuti awak..hahahah " .. Aku hanya tersenyum dengan ayatnya dan membalas " petang nanti saya hantar Maya balik yer "... " Tak payah mengada " balasnya dan aku lihat dia nampak gembira ketika membalas chat aku. Ini mungkin petanda baik untuk kami berdamai.

Jam di tangan dah melepasi 6.40pm tapi kelihatan Maya masih lagi tidak pulang. Apa yang Maya buat sampai sekarang masih tidak pulang lagi tanyaku dalam hati. Terus aku mengambil telifonku untuk bertanyakan padanya tapi terkejut aku kerana ada chat dari Maya " Awak lama lagi ke " Saya tunggu awak.. Jom lah balik ".. " Ingat awak taknak balik dengan saya..ok sekejap saya tutup pc " balasku..yeaahhhh...dia tunggu aku rupanya.. Sejak dari petang itu rutin harianku mengambil dan menghantarnya kembali seperti biasa. Aku suka tiap kali bersama Maya kerana dia semakin selesa denganku. Dahulunya dia kalau ketawa agak tersipu-sipu tapi kini bila tiap kali aku buat lawak, tiada lagi dia menahan tawanya. Kami semakin rapat dan mesra.

Keesokan harinya selepas waktu pejabat,." Awak, kita nak kemana nie ? macam dah jauh sahaja dari laluan rumah saya " tanya Maya kebingungan.. "Saya nak bawa Maya ke satu tempat yang mana suatu masa nanti saya hilang lagi, Maya boleh mencari saya di tempat ini " balasku dengan spontan. Maya semakin pelik dengan jarak perjalanan yang semakin jauh dari bandar tapi dia tidak berasa kekok kerana dia percaya denganku.
Gambar sekadar hiasan


Jalan yang di lalui kami mula memasuki kawasan perkampungan nelayan dan Maya mula tersenyum setelah dia mengetahui kemana aku membawanya. Tiba di tepi pantai aku memberhentikan keretaku dan mempelawa Maya keluar. Petang itu dalam suasana tenang, aku memberanikan diriku untuk menyatakan apa yang terbuku di hati ini. " Maya cantikkan pemandangan matahari terbenam ini " permulaan bicaraku.. " Ya awak, ianya sangat indah dan tenang" balas Maya dengan tenang. " Maya tahu tak ketenangan ini tidak lengkap sebenarnya " aku berseloroh " Apa yang boleh melengkapkannya awak " tanya Maya.. " Awak " balasku berseloroh lagi.. " kenapa saya? " " Tanpa matahari keindahan ini tidak akan terjadi dan begitu juga awak.. Tanpa awak hati saya sunyi " aku mula memancingnya. " Kejap..kejap..kejap.. Awak merepek apa ni ? tadi kisah pemandangan tapi kenapa awak menyimpang?" soal Maya lagi padaku. Suasana petang itu sangat hening, bunyi ombak menghempas pantai di selang seli bunyi kicauan burung bermain di langit lepas, aku terus dengan.....

" Maya, tujuan saya bawa awak kesini adalah untuk...untuk ".. suaraku tersekat di situ. " Untuk Apa awak. Janganlah buat saya tertanya -tanya..tarik nafas awak dan habiskan ayat awak tu " kata-kata Maya yang memberiku semangat untuk meneruskannya." Maafkan saya andai apa yang awak dengar ini nanti mungkin boleh buatkan awak membenci saya " aku mulai panik untuk menyatakannya. " Awak.. kenapa ni..Jangan la panik. Awak nampak pucat sekarang " Maya mula tersenyum melihat gelagatku. Dia faham apa yang aku cuba terangkan tapi dia mungkin ingin mendengarnya sendiri dari mulutku. Dengan suara terketar-ketar aku meluahkannya " Maya, saya cintakan awak ".. Maya tidak terkejut dengan apa yang aku perkatakan sebaliknya dia hanya tersenyum ceria. " Maafkan saya Maya andai awak tidak suka, saya faham kerana cinta ini bukan boleh di paksa. Saya tahu awak mesti akan tolak " tidak habis kata itu, Maya telah menahan jarinya di bibirku. " Awak.. kenapa sekarang awak luahkannya.. Kenapa bukan dulu "..Ayat Maya itu seolah aku mengerti tapi tidak pasti. Kami terdiam seketika " Maksud Maya?" tanyaku pinta penjelasan pula. " Sebenarnya Maya dah lama tahu apa yang terbuku di hati awak tapi Maya diamkan sahaja kerana Maya nak dengar sendiri dari awak. Maya taknak dengar dari orang lain. Apa sahaja yang awak lakukan ianya nampak jelas keihklasan dari awak terhadap Maya". Aku mulai mengerti tapi saja nak kepastian akan jawapannya..hehehe..
Gambar sekadar hiasan


" Maya..adakah awak teri " sekali lagi jarinya menahan bibirku. Lajunya tangan dia naik.. " Awak.. dengan ikhlas awak mencintai sayakan jadi dengan ikhlas jua saya menerima cinta dan lamaran awak "..Dari apa yang aku dengar itu. Aku langsung tidak mampu berkata apa lagi kerana semuanya telah selesai bagiku. Tanpa aku sedariku aku telah menjerit semahunya.. Yaahhoooooo...... Mulai saat itu, aku dan Maya adalah pasangan kekasih yang rasmi. Malam itu adalah malam yang paling indah kerana lamaranku di terima. Cuak juga aku sebenarnya kerana bimbang di tolak. Mana aku nak menyorok lepas ini akibat malu. Tapi tidak sebaliknya cintaku di terima dia...

Sambil kami candylight dinner.. Semua persoalan yang terbuku di hati, aku lepaskan dan malam itu juga aku baru mengetahui siapakah yang mengugut Maya supaya jauhkan diri dari aku. Aku tidak menyangka selama ini Liza menyimpan perasaan terhadapku.Liza ialah seorang yang agak rapat denganku di pejabat tapi kami tidak pernah makan bersama atau sewaktu dengannya bersama kerana hubungan kami hanya atas dasar kerja. Selepas selesai makan malam, aku menghantar Maya pulang dan dalam perjalanan pulang itu Maya telah terlelap dalam keretaku. Mungkin sebab terlalu penat seharian bekerja. Sesekali aku menjeling ke sebelah untuk melihat keindahan wajah kekasih hati dan dalam samar limpahan cahaya lampu jalan, ternyata Maya memang terlalu cantik. Untung gua beb...( Selesai bab tersebut )

Keesokan harinya rutinku seperti biasa mengambil buah hati untuk ke pejabat. Tiba di pejabat kami bertembung dengan Liza yang ingin keluar kemana ntah. " Hye Liza,morning.. Nak kemana tu " tanyaku sambil membuka pintu pejabat tapi " NOT YOUR BUSINES " balasnya seperti sedang marah dan tidak menoleh pun ke arahku.. Sambil Maya kelihatan tunduk ke bawah seolah takutkan sesuatu. Aku hanya tersenyum kerana aku mengetahui akan sebabnya lalu kami masuk ke pejabat seperti biasa. Dalam kesibukan kerjaku tiba tiba whatsapp berbunyi " Awak nampak tekun bekerja sampai tak jeling langsung pada Maya nih ".. Dengan senyumku membalas " Untuk masa depan kita berdua sayang " . " Cukup simpanan nanti jangan lupa masuk meminang..hehehehe "..Balasnya lagi.." Memang itulah impian saya selama ini terhadap Maya.. Kita jumpa lunch nanti sayang " balasku untuk sambung kerja.. Jam di dinding menunjukkan 1040am. Sebentar lagi aku kena masuk mesyuarat dengan lembaga pengarah tapi apa yang sepatutnya aku siapkan untuk itu masih belum siap. Maya yang dari tadi hanya melihat gelagatku yang agak kelam kabut lantas terus menuju ke bilikku. " Assalamualaikum abang " Pertama kalinya aku dengar panggilan itu darinya.." waalaikumusalam sayang " balasku.. " Abang nampak macam terkejar - kejar " boleh Maya tolong kah ". " Not Maya but sayang..hehehe..Sambilku tersenyum kearahnya. " Kalau sayang tolong abang, bagaimana pula dengan kerjamu sayang " tanyaku ingin tah. " sayang tak sibuk pun. Minta detail apa yang perlu sayang buat " Maya seolah oleh serius ingin membantku. Tanpa berlengah aku terus menghulurkan kepadanya beberapa helai kertas yang mengandungi apa yang ingin di bentangkan nanti. Selepas beberapa minit kemudian Maya memulangkannya padaku dan hasil kerjanya yang sungguh tersusun.. " Dia memang yang terbaek "..

Mesyuarat tersebut tidak di hadiri Liza yang mana sepatutnya dia kena ada untuk beberapa perkara yang penting. Dia tidak pernah bersikap sebegini sebelum ini. Kenapa dengan dia? hatiku mula terdetik. Aku cuba menghubunginya tapi tidak berjawab. "Argghhh " lantak dialah. Apa - apa hal nanti dia sattle sendiri dengan boss. Selesai mesyuarat, aku bertembung dengan Liza di laluan sempit antara meja pekerja dengan dinding dan tiba-tiba dia rebah ketika menghampiri aku. Suasana hiruk seketika dengan insiden tersebut dan rata - rata semua yang ada di sekitar itu menghampiri Liza termasuk Maya. Yang spoilnya Liza rebah setelah selisih denganku dan cara tak langsung aku telah menyambutnya ketika dia rebah. Kini Liza di pangkuanku. Aku memerhati sekitar dan kelihatan Maya sedang memandang ke arah aku dengan pandangan yang nampak seperti cemburu.. Air segelas di hulur depanku oleh seorang kaki tangan yang melihat untuk aku sapu ke wajah Liza.. " Aarrgghhh " " kenapa dia pengsan dekat aku ?" teriak hati ini.. Beberapa ketika Liza tersedar setelah aku sapukan air di wajahnya.. Dalam keadaan rela tak rela, aku terpaksa memapahnya ke sofa di ruang tamu pejabat atas arahan BIGBOSS.. " Moga Maya tidak bersangka yang bukan - bukan terhadapku ".

Aku tinggalkan Liza di situ dan aku terus pulang ke bilikku.. Whatsapp aku berbunyi " Bestkan abang dapat peluk pompuan cantik. siap pangku dan papah lagi ke sofa " ( ayat dari kekasihku Maya ). Apakah maksud kata-katanya itu??..." Maaf sayang, abang lakukannya atas dasar kemanusiaan dan tak terfikir apa yang seperti sayang fikirkan " aku berseloroh membalas persoalannya.. " maafkan sayang abang.. Tak sepatutnya ayang fikir begitu terhadap kekasih sendiri kan " balas Maya.
Gambar sekada hiasan

Kuat cemburu juga rupanya Maya nie tapi aku suka dengan caranya yang kuat cemburu itu sebab itula cara dia meluahkan rasa sayangnya padaku.

---- BERSAMBUNG ----