Perancangan yang rapi pasti tidak akan dapat di hidu oleh mangsa.. Itu yang aku bakal hadapi dalam kisah aku dan Maya..Tanpa aku sedar, Liza dan sekutunya ( Fatihah ) telahpun merancang sesuatu yang memang sangat tersusun.
Setelah dari kejadian Liza pengsan di pangkuanku, rancangan jahatnya bermula dengan menggunakan seorang watak yang mampu menyaingiku untuk merosak hubungan kami.. Seminggu selepas kejadian, Maya sendirian pergi ke kedai buku dan disitu ianya bermula. Aiman seorang kapten pesawat komersial telah melanggar Maya di kaunter pembayaran dengan sengaja. Habis berselerak ke lantai buku yang berada di pangkuan lengan Maya.
 |
( sekadar gambar hiasan ) |
Ketika Aiman ingin mengambil buku dan serahkan kepada Maya, tanpa di sedari Maya, ada mata yang sedang memerhati perbuatan itu. " KLIKK " kamera di telefon Liza berbunyi.. Kini Maya telah mula masuk dalam perangkapnya. Permainan kotor pakatan jahat itu semakin lancar. Hari minggu berikutnya ketika Maya di rumah, Aiman memakir kereta Bugatti Chiron miliknya di hadapan rumah Maya dan mengangkat bonet hadapan.. " Ting tong " loceng di pagar rumah Maya di tekan beberapa kali hinggalah gadis kesayangku keluar untuk melihat siapa yang datang.. " Maaf cik, kereta saya break down. mungkin punca dari bateri. cik ada jumper " tanya mamat tue. " Kalau tak salah kita macam pernah berjumpakan " Maya berseloroh.. " errmmm...tapi dimana ya " Aiman memintas dan cara spontan " Kedai buku " kedua mereka terus ketawa kecil.. " macam mana boleh rosak " tanya Maya.. " Kereta saya parkir di airport selama dua minggu dan mungkin itu punca bateri saya jadi tak kuat " jawab Aiman ".. " Cik buat apa letak kereta di airport sampai lama camtu " tanya Maya lagi ingin tahu. " Oooo.. saya kerja disana. By the way ( sambil menghulur tangannya kepada Maya ) saya Aiman, Kapten Aiman ".." Ops pilot rupanya,maaf kepten saya tak tahu " balas Maya lagi.." Tapi maaf kepten, rumah saya tidak ada jumper. Maaf sangat " Maya berseloroh lagi "." Ok tak mengapa cik....... " ( Aiman membuat muka berkerut untuk mengetahui nama ) " saya Maya " balas gadis itu lembut sambil tersenyum dan sekali lagi peristiwa itu telah di rakam oleh Fatihah.

Di pejabat dan hari-hari seterusnya, kemesraan kami kekal terjalin seperti kebiasaannya dan di satu pagi ketika aku tiba di pejabat, selepas sarapan bersama Maya, datang seorang lelaki membawa sejambak bunga ke pejabat dan mencari Maya di kaunter pertanyaan..Ketika aku sedang mengadap kemputer di mejaku, di luar bilikku aku melihat Maya sedang menjawab panggilan telifon dan sejurus selepas itu dia beredar dari mejanya. Aku memang tidak fikir apa-apa sehinggalah Maya balik ke mejanya membawa sejambak bunga. Dari siapa pula bunga itu? tanyaku dalam hati tapi aku diamkan diri dan buat-buat tidak melihatnya kerana aku nak Maya sendiri datang atau chat aku tentang bunga yang dia baru terima. Hampir sepuluh minit aku menanti jawapan tapi tiada dan aku menoleh pada Maya dan kelihatan dia agak sibuk melakukan kerjanya dan jambangan bunga itu terletak di atas meja kecil di sisinya. Mungkin bunga itu dari cik Yanti lah tu kot..Bisikku dalam hati. Yanti ialah pelanggan yang selalu memberi hadiah coklat kepada Maya dan mereka agak rapat lalu aku mengabaikan jambangan bunga tersebut.
Selang beberapa minit kemudian aku menoleh lagi kepadanya dan melihat dia sedang berbual di telefon ( telefon pejabat ) dan sesekali aku melihat dia ketawa kecil tapi gayanya agak pelik kerana dia sedikit tertunduk macam taknak orang dengar perbualannya manakala aku terus fokus pada fail yang perlu aku siapkan segera.Aku nmemang jenis tidak suka mencampuri urusan orang lain termasuk urusan kekasihku sendiri kerana pada aku Maya seorang yang jujur dan setia.. hinggakan hal bunga itupun akhirnya aku lupakan begitu sahaja. ( Itu kesilapan aku ) Hari berganti minggu..minggu berganti bulan, perhubungan kami berjalan seperti biasa sehinggalah pada hari ulang tahun pertama kami sebagai pasangan kekasih. Perancangan kami untuk selebrate pada malam itu telah di dengari oleh Fatin dan mereka terus merancang sesuatu. Malam itu aku seperti biasa, mengambil Maya di rumahnya dan kami keluar bersama untuk maraikan hari bersejarah itu kononnya..
" Abang, ayang nak pergi toilet sekejap " Maya bersuara ketika kami sedang menjamu selera. Segala barangan miliknya di tinggalkan di meja kami termasuklah telefon bimbitnya. Nak dijadikan cerita, pertemuan kami malam itu di ekori oleh Fatin dan Aiman namun mereka memerhatikan kami dari jauh.. beberapa ketika tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi dan aku melihat ada satu pesanan masuk dari nombor yang tidak aku kenali. Bila aku buka pesanan tersebut, alangkah terkedunya aku setelah melihat beberapa keping gambar Maya dengan Aiman di Mall, di cafe, di depan rumah Maya, di kedai buku dan beberapa tempat lagi dalam suasana bahagia. terus aku berfikir kenapa Maya tidak pernah cerita tentang lelaki ini.. Adakah lelaki ini kawan lamanya atau....... Hatiku mula menjadi tidak enak dan badanku berasa sedikit menggigil. Tidak lama selepas itu telefon Maya berdering dan aku lihat satu nama lelaki yang aku tidak kenal.. Terus menjadi tanda tanya siapa pula Aiman ini.. Kenapa Maya tidak pernah cerita padaku. Aku cuba untuk tidak menjawab panggilan itu dan cuba bertahan.
Maya kembali ke meja makan sengan senyuman manis namun aku mula rasakan kepahitan pada senyuman yang penuh dusta.. Tergamak kau tipu aku yang ikhlas mencintai kau Maya.. Siapa aku sebenarnya pada kau.. Apa kekurangan aku...Aarrgghhh!!.... Semua persoalan yang bermain di fikiran aku saat itu mula membuat aku tidak selesa untuk meneruskan pertemuan tersebut tapi aku paksa untuk kekal tenang walaupun dalam hati ini rasakan bagai nak meletup.. " Ayang tadi phone ayang berdering tapi abang tak jawab " aku bersuara seraya dia mula menjamu seleranya.. " Siapa pula yang call time camni " balas Maya pada kata-kataku tadi sambil mengangkat telefon miliknya dan melihat tertera nama Aiman.. Reaksi Maya tiba-tiba berubah selepas itu dan dia kelihatan sedikit cemas dan mukanya agak sedikit kemerahan tapi aku buat-buat tidak tahu sambil bertanya " Ayang kenapa..Ayang ok tak nie..Kalau tak ok jomlah kita balik ". " Kenapa cepat sangat abang nak balik " soal Maya untuk cuba tenangkan keadaannya sendiri. " Sebab abang tengok ayang macam ada yang tak kena. Kalau ayang tak selesa malam ini tak mengapalah kita balik saja " balasku dengan berseloroh..
Selesai sahaja makan, aku terus menghantarnya pulang dan dalam perjalanan aku hanya membisu dan menjawab sepatah sepatah bila Maya melontarkan persoalan. Seribu satu persoalan mula bermain di fikiranku dan ketika keretaku menghampiri rumahnya, Maya dapat merasakan ada yang tidak kena padaku malam itu kerana aku bukan macam yang dia kenali selama ini.. " Abang kenapa malam ini abang lain macam ya " soalnya padaku dan aku hanya jawab " Tak ada apa. Abang ok saja sayang. Apa yang lainnya " soalku pula dan tanpa sempat dia menjawab, kereta telah pun sampai hadapan pagarnya dan setelah Maya keluar dari keretaku, aku terus berlalu tanpa sebarang kata-kata manja seperti sebelumnya. Dalam perjalanan pulang kerumahku, banyak pesanan ringkas masuk ke telefonku dari nombor Maya dan beberpa nombor yang tidak aku kenali tapi aku abaikan sahaja.
Setibanya di rumahku, aku langsung tidak berminat untuk memegang telefonku.. Panggilan telefon dari Maya yang berdering- dering juga aku tidak endahkan. Aku baring di sofa hadapan tv hinggakan terlelap disitu. Keesokkan harinya aku beranikan diri untuk membuka kesemua pesanan yang di hantar kepadaku dan aku rasakan macam tertipu dengan kemanjaan Maya selama ini.. Hari itu Aku tidak masuk ke pejabat dan aku langsung tidak peduli tentang Maya kerana hatiku sangat hancur sehancurnya. Maya minta bantuan Azman untuk mencariku. " Azril kau kat mana ni bro?.. Kenapa kau tak masuk kerja?.. Maya risaukan kau sekarang ni " bebel Azman padaku " Bro..sorry aku nak ambil cuti sehari dua ini untuk nak tenangkan fikiran aku yang serabut sekarang nie " balasku. " Kau gaduh dengan Maya ke bro?. Kau cerita kat aku sekarang " Soal Azman yang mulai tidak senang dengan keputusanku.. Aku malas nak bertengkar dengan Azman lalu aku end call begitu saja panggilannya dan terus whatsapp kepadanya gambar dan serta screen short whatsapp Maya dengan Aiman.
Tanpa bercakap banyak, selepas Azman melihat kesemua yang aku hantar padanya, Azman menggelengkan kepala dan terus bagi telefon bimbitnya kepada Maya. " Kau tengok ni dan kau selesaikan sendiri. Dah selesai tengok, kang kau bagi balik phone aku tue " pesan Azman pada Maya yang terpinga-pinga tanpa berkata sepatah pun. Beberapa minit kemudian Azman whatsapp aku " Bro, aweks kau meraung sekarang nie. Kau kat mana bro " tanya Azman padaku dan pesanan itu aku hanya balas " aku luar kawasan sekarang dan pesan pada budak tu.. semoga berbahagia ". Keegoan aku mulai tercabar. Selesai packing beberapa helai pakaian, aku terus keluar tanpa arah tuju. Untuk ke pantai yang aku selalu pergi memang bukan pilihan yang tepat pada masa itu. Di fikiranku terus terlintas nama Liza yang pernah memberi amaran kepada Maya sebelum ini " Kalau aku tak dapat Azril, aku akan pastikan kau juga tidak akan memilikinya "dan dengan ayat itu, aku terus hubungi Azman untuk meminta bantuan darinya bagi menjejaki nombor telefon misteri yang mengganggu aku selama ini.

Tanpa berlengah, Azman terus mencari perempuan itu dan di pantri dia menemuinya. Dari perbualan biasa sehinggalah terjadi pertengkaran antara mereka hinggakan gempar satu pejabat dan mereka terus menuju ke pantri untuk mengetahu apa yang sedang berlaku. Tuduhan demi tuduhan Azman lemparkan kepadanya tapi tiada satu pun yang di akui Liza. sedangkan Maya yang berlinangan air mata, terus mulai mengemas kesemua barangannya dengan niat untuk berhenti kerja dan tindakan Maya itu di perhatikan oleh Fatihah. " Berhenti!! "... Kedengaran satu suara dari luar pantri. Fatihah munculkan diri. " Liz..you kawan I dan Maya juga kawan I ".." Tiha apa maksud kau ni?" Azman terus mencelah. " Liz..firstly I minta maaf...I..I... ( Fatihah cuba untuk meluah sesuatu yang amat berat di mulutnya tapi ianya bagaikan tersekat di kerongkong ) " Kau nak cakap apa Tiha " sergah Azman.. Fatihah mulakan mukadimahnya dengan sangat perlahan hinggakan sukar untuk di dengari orang di sebelahnya. " I apa Tiha... I love you ke haaa " sekali lagi Azman menyergah. " Man.... I taknak bersubahat dah Man! ". Semua yang ada di sekitar pantri terus sunyi. " Hey babe, you cakap ape nie? " Liza menyampuk.. " Babe dari awal lagikan I dah cakap dengan You yang I taknak terlibat tapi you paksa I ". Fatihah mulakan bicara dan semua mata yang ada di situ terus tertumpu pada Fatihah dengan niat nak menyibuk hal orang. " Babe.. You cakap apa nie.. I...I tak faham ni yunk " Liza cuba memberi soalan seolah-olah dia tidak mengetahui apa-apa." You tahu tak apa yang I tonton malam tu dengan Aiman?. Semua yang ada disitu semakin keliru dan pasti mereka tertanya siapa Aiman.. Liza mulai kelihatan gelisah dan serba tidak kena saat itu dan Fatihah terus berhujah hinggakan semua mereka tergamam dengan apa yang mereka dengar..
Perempuan, biasalah kan...janganlah serius sangat baca tue..hehehe...
" Iya.. Awalnya I memang nak tolong you tapi selepas Aiman sekolahkan I.. I rasa tindakan I ni salah dan apa yang I lakukan ini satu dosa ". Fatihah meneruskan hujahnya dengan linangan air mata. " You tak ada malam tu babe. You tak tengok apa yang I and Aiman tengok. I tak tergamak tengok Maya Menangis di mejanya sekarang". Lagilah semua yang berada di situ terkejut kenapa dengan Maya..Apa semua ni?..( Ek'eleh..busybody la mereka semua tu kan..hehehe ). Liza yang telah hampir ke kemuncak kerjayanya terus terduduk di kerusi yang ada di pantri itu sambil mendengar dan bersedia untuk apa sahaja yang akan berlaku selepas itu. " Babe and you all's Im so sorry for this. I tak tergamak melihat seorang lelaki yang telah banyak membantu kerjaya I dari kosong hingga ke tahap ini. Malam tu kami nampak dia mengesat air matanya. Kami nampak seberapa tenangnya dia bila kekasihnya datang ke meja tu. You tau tak apa Aiman cakap pada I malam tu?.. " Malam ini last I ikut cakap syaitan. Apa yang you dah buat ni Tiha?.. Lelaki yang menangis itu boss you. Seorang boss yang selalu backup you bila tiap kali you buat kesalahan dalam kerja you. Demi nafsu serakah Liz, you tergamak hancurkan kehidupan boss you Tiha?..Now Aiman pun dah flight ke US..Encik Azril pun kita tak tau dimana sekarang so babe Im so sorry I xnak terlibat dah ".. Fatihah terus beredar dari situ menuju ke meja Maya..
 |
( Sekadar gambar hiasan ) |
Setibanya Fatihah di meja Maya, dia melihat tempat Maya telahpun bersih. Kesemua barangan peribadinya telah pun tersusun dalam kotak yang terletak di bawah meja. " Maya.. Please jangan pergi.. I nak pulihkan semula apa yang terjadi ni " rayu Fatihah. " Tak mengapa Tiha, I bukan perempuan murahan seperti yang you anggap dan I tak sangka you tergamak kenakan I yang betul-betul percayakan you "? balas Maya yang benar-benar kecewa dengan apa yang telah terjadi kepadanya. " Maya.. tolong dengar apa yang I nak terangkan. Tolong bagi I ruang untuk selesaikan hal ni please ".. Fatihah terus merayu.. " Leave me alone.. I do not want to know anything about this issue. Please Tiha ".. Fatihah menghormati permintaan Maya dan terus beredar dari meja itu dengan seribu kekesalan. Sementara itu Maya juga mulai kesal kerana tindakannya tidak memberi tahu aku dari awal telah pun menjerat dirinya sendiri.." Abang..maafkan ayang kerana tidak memberi tahu abang dari awal tapi demi cinta ayang pada abang, ayang dengan Aiman tidak lebih dari sekadar kenalan biasa. Ayang tak sangka semua ini adalah perangkap Liza..Ayang bodoh kerana tidak dapat menghidu hal ini lebih awal.. Maafkan ayang ". Bisik hati Maya yang telah menyesali kesilapannya..
 |
( Gambar sekadar hiasan ) |
Aku.. Setelah puas mengelilingi kota namun tidak tahu kemana, masa terus berlalu dan akhirnya malam menjelma. Akirnya aku mengambil keputusan untuk pergi ke pejabatku. Dalam kegelapan malam, aku menyusuri lorong dan terus masuk ke bilikku. Klik! suis lampu meja aku tekan dan kini aku sendirian. Dalam kesamaran aku hidupkan telefon bimbitku yang aku off sejak siang dan bertalu-talu pesanan ringkas memasuki folder massage di whatsappku.. Satu per satu pesanan aku buka dan baca sehinggalah pada satu massage tidak bernama.. " Assalamualaikum bro, aku Aiman. Aku pasti kau kenal akan nama ini bukan. Aku dan Maya tidak ada apa-apa hubungan seperti yang kau telah fikirkan ". Tanpa membaca habis massage itu, aku terus cuba menghubunginya melalui panggilan telefon namun tidak dapat.. Yelah, macam mana nak dapat, dia di Amarika kan..lalu aku baca kembali isi massage mamat itu. " Semua ini telah di rancang seseorang dan siapa dia, itu kau cari sendiri. Cuma aku nak kau tahu, aku tidak pernah sesekali keluar dengannya dan jauh sekali untuk mencintai kerana aku sudahpun berkeluarga "..Terus terbeliak mataku dengan baris ayat satu ni dan terus sambung membaca... " Semua gambar yang kau lihat itu adalah dari posisi terbaik yang cameraman aku dah lakukan.. Amacam bro, nampak real tak..hahahaha ".Ciss! mamat nie ketawakan aku pula...." Kau jangan risau bro, aku tak pernah ada niat nak rampas dia dari kau. Kau jaga dia baik-baik bro. Gambar itu editing semata, maafkan aku bro.. Aku gerak dulu, bye! ".. Setelah selesai aku membaca massage mamat itu, aku terus keluar dari bilikku dan membuka lampu di ruangan meja Maya dan alangkah terkejutnya aku bila melihat mejanya telahpun bersih.. Tiada satu pun barangan peribadinya disitu dan tanpa fikir panjang, Azman aku hubungi dan memintanya datang ke pejabat pada malam itu juga.
 |
( Gambar sekadar hiasan ) |
Setengah jam kemudian Azman tiba dan terus aku tanyakan kemana Maya. Panjang lebar Azman ceritakan apa yang terjadi di pejabat siang tadi dan dari apa yang telah dia ceritakan padaku, ternyata semua ini berpunca dari Liza tapi malangnya kedua-duanya telah berhenti kerja serentak.. Liza berhenti kerana malu dengan perbuatannya manakala Maya di khabarkan berhenti kerana semua kaki tangan di pejabat itu telah mengetahui hubungannya denganku. Dari apa yang Azman ceritakan dan kisah dari Massage Aiman, kini aku mulai tenang dan berasa lega kerana semua ini adalah fitnah semata. Sekali lagi Azman aku arahkan untuk menjejaki Lokasi Maya sebabnya dalam perjalanan ke pejabat, aku telahpun lalu di depan rumahnya tapi kelihatan rumahnya gelap. Azman cuba menghubungi Maya dalam mood load speaker.. Truuut truuttt.. " hello Maya you ok ke tu "tanya Azman dan dalam nada sedih aku dengarkan suara merdunya.. " Hello Cik Man, saya ok tapi Azril dimana sekarang Cik Man?. Sya risaukan dia.. Tolong saya cari dia Cik Man.. Saya perlukan dia ".. Aku yang mendengarkan perbualan ini berasa sangat bahagia tapi aku taknak dia tahu dimana keberadaanku.. Selang beberapa ketika perbualan mereka dan akhirnya aku mengetahui Maya seorang yang setia. Segala yang dia ceritakan pada Azman, sama seperti apa yang tertulis pada massage Aiman
 |
( Gambar sekadar hiasan ) |
Semuanya telah selesai dan tiada lagi kekusutan di fikiranku. Selepas Azman pulang, aku duduk di kerusi empukku dan tanpa aku sedari aku terlelap disitu.. Dalam lenaku, aku terdengar sayup-sayup suara perempuan memanggilku dan bila aku membuka mata " Cik Azril kenapa tidur di pejabat. Cik Azril ok ke ".. Aku menoleh ke arah suara tersebut dan aku terkejut kerana Maya sedang berdiri di depanku dengan senyuman yang sangat indah lalu aku menoleh ke arah dinding cermin dan ternyata banyak mata yang sedang memandang ke arahku.. Malunya aku waktu itu tapi apakan daya alang-alang orang dah nampak, aku terus tebalkan muka dan bertanyakan " Kenapa awak berhenti kerja "? " Eh..bila masanya saya berhenti kerja ni Cik Azril " jawab Maya dengan lembut.. " Habis kenapa meja awak kosong "? soalku lagi ingin kepastian.. Kedengaran satu suara sumbang dari luar " Siapa pula cakap dia berhenti boss..Dia pindah tempat saja " dan ada yang menyampuk " Orang tu tak boleh duduk depan boss sebab nanti boss tak jadi kerja " dan kata-kata itu di sambut ketawa mereka yang sedang memandangku. Maya yang mula malu dengan usikan rakan sekerja, dia cuba ingin bergerak keluar tapi dengan pantas aku menangkap tangannya " Tolong jangan tinggalkan abang " itu ayat yang terkeluar dari mulutku saat itu dan Maya hanya menggangguk kepalanya.. " Abang ye...sorang lagi tu mesti ayang lah tu kan " sekali lagi suara sumbang itu aku dengar " Kalau bukan ayang mesti baby kan..puuiihh meluat aku ". Dengan usikan itu sekali lagi mereka ketawa.hahahahaha. Tak guna mereka nie.. - Tamat Part Ini -
Selepas pada kejadian itu, tiada lagi kedengaran tentang Liza mahu pun Aiman dan aku memang taknak langsung mengetahui kisah mereka berdua. Hubungan aku dengan Maya kembali tenang dan apa yang telah berlaku sebelum ini kami jadikan sempadan agar tidak lagi berulang. Setahun kemudian, selepas kami sama-sama harungi pasang surut di alam percintaan, kami berdua terus sepakat untuk menamatkan zaman bujang kami.. " Tak baik bercinta lama - lama sebab syaitan sentiasa cuba menghasut ".....
Peristiwa berdarah....
 |
( Gambar sekadar hiasan ) |
Setelah selesai semua persiapan, kini tiba masanya untuk aku bergelar suami pada Maya. Rombongan kami tiba di masjid tempat dimana kami akan di ijab kabulkan.. Dalam suasana gembira seluruh ahli keluarga dan sahabat handai yang ada pada majlis tersebut, aku tertinggal duit mas kahwin dalam keretaku yang aku parkir di tepi jalan hadapan masjid.Sementara menanti imam sampai aku menyatakan pada Maya dan keluargaku yang aku ingin pergi ke keretaku sekejap dan ketika aku ingin pergi ke keretaku, Maya menyatakan yang dia ingin menemaniku dan awalnya aku melarang dan meminta dia hanya tunggu aku dalam masjid tapi Maya berkeras tetap nak ikut dan masa itu aku memang tak fikir apa-apa pun sebab alpa dengan kegembiraan lalu aku mengizinkannya. Tanpa aku sedari ada tetamu yang aku tak undang, sedang memerhati dan menanti saat sesuai untuk melunaskan dendamnya.. Peristiwa itu berlaku terlalu pantas tanpa aku mampu melakukan apa-apa. Duit hantaran kini dah berada dalam genggamanku dan langkahku mendahului Maya untuk menuju ke masjid tanpa menoleh kiri dan kanan.. Aku dengar bunyi exzos kereta namun aku belum sempat menoleh ke belakang, aku terasa badanku di tolak seseorang dengan kuat hinggakan aku tersungkur di seberang jalan.. AAAYYAANNGGGGGG!!!! jeritanku sekuat hati hinggakan di dengari semua yang berada di sekitar masjid itu. Aku bingkas bangun dari tempat aku tertiarap dan menuju ke arah Mayaku yang telah terbaring atas jalan dan berlumuran darah.dan kereta itu terbabas ke dalam longkang. Aku terus memangku Maya dan menjerit meminta pertolongan.. Ahli keluargaku yang melihat kejadian segera menelifon ambulance. Ketika itu tubuhku terus lemah longlai, hatiku hancur dan jiwaku saat itu aku rasakan kosong
Azman yang aku lantik menjadi pengapitku hari itu, aku perhatikan dia meluru ke kereta yang melanggar bakal isteriku dan seketika dia memanggilku.. Maya aku letakkan di pangkuan Fatihah yang juga turut serta pada majlis itu. Dengan lemah aku melangkah menuju ke kereta itu dan aku terkejut setibanya di situ.. Kereta itu di pandu oleh seseorang yang aku kenali. " Maya kau ingat nie. Kalau aku tak dapat Azril aku akan pastikan kau juga tidak akan memilikinya ".. Ayat ini terus melintas di benak fikiranku.. Liza si perempuan gila itu yang melanggar Mayaku.. Akibat dari hentakan kuat keretanya pada dinding longkang, Liza mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala mati di situ. Suasana menjadi tidak keruan kesan dari kejadian berdarah ini.. Tidak seberapa lama kemudian, ambulance tiba dan Maya telah di kejarkan ke hospital berhampiran dan selepas menjadi rawatan kecemasan, Maya di masukkan ke wad ICU
Maya kembali ke negeri kekal abadi selepas hampir 2 minggu di rawat dalam ICU dan kehilangan Maya itu telah menukar diriku seluruhnya dari seorang yang periang kepada seorang yang murung. Jiwa kosong dan dunia ini di rasakan terlalu gelap dan sepi..
 |
( Sekadar gambar hiasan ) |
Pada malamnya ketika aku bersendirian di beranda, ayah datang menghampiriku dan mengajakku berbual kosong pada awalnya. Aku yang tidak berpuas hati, sekali lagi aku bertanyakan gambar siapa yang aku jumpa dalam bilikku itu dan ayahku memulakan ceritanya.. " Gadis itu namanya Maya long ". Malam itu, ahli keluarga yang tinggal dalam rumah itu menghampiri aku dan bergilir - gilir menceritakan dari awal hingga aku hampir dua tahun di rawat di hospital sakit jiwa.. Menurut mereka, Azman dan Fatihah selalu menziarahi aku cuma aku sahaja yang tidak mengetahui kerana waktu itu aku kehilangan kehidupan. Ingatanku semakin kuat untuk mengimbau segala peristiwa lalu.. Beberapa hari kemudian Azman dah Fatihah datang kerumah orang tuaku bersama seorang bayi berusia setahun hasil dari perkahwinan mereka setahun lalu. Aku di bawa ke pusara dimana Maya bersemadi dan di pusara itu, aku mula mengingati segalanya.. Dari awal perkenalanku dengan Maya hinggalah saat dia meninggalkan aku sendirian selamanya.. Kini hanya potret Maya sahaja yang menemani hari- hari mendatangku dan terlalu sakit bagiku untuk menanggung " KERINDUAN TANPA PENGHUJUNG ".
- TamaT -
- Cerita dan watak hanyalah rekaan semata-mata mengikut ilustrasi penulis
- Tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia
- Jika terdapat persamaan, ianya adalah kebetulan
No comments:
Post a Comment