My Song

Thursday, June 13, 2013

"Aku dan Momok"

Salam semua..izinkan aku menceritakan sedikit pengalaman aku bersama makhluk yang di gelar "MOMOK".. Apa yang ingin atau aku nak coretkan ini adalah berdasarkan penglaman aku sendiri dan bukan rekaan semata-mata.. Tapi sebelum itu aku nak tanya..kau orang pun mesti ada pengalaman tentang hal ini kan..

Aku asal dari kampung jadi kehidupan remaja di kampung memang tidaklah sehebat kegiatan remaja di bandar pada waktu malam.. Tapi sebenarnya pengalaman remaja di kampung lagi hebat berbanding remaja yang duduk kat bandar tu.. Dari kecil aku memang selalu keluar malam dengan kawan-kawan sekampung lepak-lepak kat public phone, simpang depan sekolah.. Cerita apa-apa sahaja yang menarik untuk di sembangkan. Kalau kata istilah balik rumah tue kalau tak selagi jam 11 malam ke atas aku dengan kawan-kawan memang belom tentu balik lagi sehinggalah aku pernah kena sound dengan brother aku " kau nak jadi apo ni mehgayau jauh-jauh malam..kang kok jumpo bondo alah tu kang kok pitam"..


Lepak yang menyeronokkan hinggalah tak serik-serik kena marah dengan mak ayah serta brother-brother aku.Alah bisa tegah biasa" hari ini kena marah, malam nanti keluar lagi sebab dah biasa bersembang-sembang dengan kawan-kawan jadinya bila sekali tak keluar mesti rasa tak sempurna malam itu..


"Sekadar gambar Hiasan"
Walaupun aku suka melepak waktu malam tapi bukanlah bermakna aku tidak mengulang kaji pelajaran sekolah.Aku mula melepak sejak dari sekolah rendah lagi hinggalah ke penghujung perkesolahanku di tingkatan 5. Aku memang akan buak kerja sekolah sebelah petang dan selepas itu aku bermasa-sama kenagkawan pasti akan berkumpul di gelanggang takrow ataupun padang bola.. kadang-kadang main kadang-kadang jadi penonton sahaja.. Bila sebelah malamnya pula selepas siap makan malam, kalau tak ada kerja sekolah pasti aku akn keluar awal untuk berkumpul dengan kawan-kawan di port yang telah biasa kami melepak.. Selesai sudah mekadimah aku..kau orang dah bersedia untuk mengetahui pengalaman aku??..Aku akan cuba ringankan fakta yang aku alami agar kau orang tidaklah merasai ketakutan untuk membacanya..

Selain dari melepak bersama kenalan, aku juga seorang pemancing tegar yang mana aku suka memancing waktu malam sebab tidak panas dan ikan hardcore seperti keli,patin,baung dan banyak lagi jenis yang suka memburu umpan di waktu malam jadinya aku akan buru mereka juga di waktu itu..

Aku akan ceritakan part demi part penglaman aku di sini.. Aku mulakan dengan pengalaman melepakku.. Aku pernah hampir-hampir hilang semangat pada satu malam sekitar jam 10 mlm (belum pun jam melepasi 12 tgh mlm). kisahnya bergini....

"Bukan Gambar Sebenar"
Aku di tingkatan 3 (PMR) sewaktu rumah orang tuaku sedang di ubah suai dari rumah felda ke rumah moden, di rumah aku ada kongsi yang di duduki oleh kontraktor binaan warga indonesia.Rumah sementara hanya bersebelahan dengan kongsi.Malam itu kami melepak di kongsi tersebut kerana kawan-kawan aku malam itu nak belajar bermain guitar dengan Roni (pekerja indonesia tersebut).. Sekitar jam 8 lebih kongsi tersebut telah pun di kerumuni kengkawan aku.. Di pendekkan cerita, sedang kami asyik jamming kami kedengaran di balik dinding kongsi itu bunyi seolah-olah di cakar dengan benda keras. Kami mula-mula stop jamming untuk menghayati arah mana bunyi itu sambil kami memandang antara satu sama lain. Roni kata "pedulikan kerna kita tidak kacau dia".. Mamat ni sebenarnya bukanlah kosong pengtahuannya..Warga indonesia yang berhijrah ke negara kita kebanyakkannya punyai ilmu di dada jadinya bolehlah dia kata camtu..Kami yang dalam keadaan rimas,mulanya nak keluar dari kongsi itu tapi setelah di tahan oleh mamat indon nie,kami sepakat teruskan jamming sebab betullah kami bukan kacau dia pun.. Setelah keadaan mulai reda kami menyambung kembali jamming..Sedang asyik play the dangdut song, sekali lagi kami di ganggu. Kali ini dinding kongsi itu seperti ti tampar oleh satu benda yang besar..Tergamamnya kami masa itu cepat di redakan roni ini dengan ntah hapa yang di bacanya keadaan kembali reda seketika dan selepas itu bila kami menyambung jamming, finalnya kedengaran di bumbung kongsi ada benda sedang berjalan dengan selangkah demi selangkah..Kami sedang leka melawan ketakutan yang masa itu telah mula menguasai jiwa, bunyi langkah berjalan itu terus bertukar menjadi berlari...YaAllah masa itu hanya tuhan sahaja yang tahu bagai mana perasaan aku yang terkejut terus melompat sambil menjerit..Bukan aku sahaja malah kawan-kawan aku yang lain juga turut terjerit..Terdepa pintu rumah sementar ayahku buka dan kelihatan kami semua telah berlonggok di depan pintu rumah..Mujur dekat dengan rumah orang tuaku..Kalau  jauh tadi entahlah..Selesai kisah satu malam itu..

"Bukan gambar sebenar"
Sebenarnya sebelum ini kami selalu lepak di kongsi tersebut tiada apa-apa masalah pun yang timbul.Kami sering jamming,buat bising,main poker tak pula di ganggu beliau cuma setelah satu hari itu kawanku membawa aweknya ke situ dan aku tak tahulah apa yang mereka lakukan di kongsi itu.Semasa itu Roni dan kawannya yang lain sedang asyik bekerja menyiapkan rumah moden orang tuaku.. Dan selepas pada hari itulah kami semua mula di ganggu..
Walaupun dah kena ganggu dengan gangguan pertama itu kami masih lagi tidak serik sebab best lepak kat kongsi itu sebab kat sana line clear untuk kami merokok.."Opsss...kantoi pulak..hehehhe"..
 Kejadia kedua yang menimpa lepaking kami..
Malam itu aku tak dapat nak smoking sebab brother aku lepak sekali pulak..Hadoi punah harapan.Nak di jadikan cerita,malam itu kami macam biasa jamming dan ada beberapa kawan yang lain main dam aji..Kongsi itu berbelok-belok pelannya dari dapur ke ruang tamu,ada dinding pemisah..Percaya atau tidak plug lampu dari dapur boleh terbang terus kena kepala brother aku yang melepak di ruang tamu..Memang tidak masuk akal kerana benda itu macam mana baling sekali pun mesti terkena dinding tapi malam itu tidak..balingannya tepat mengenai kepala my brother.Mujur tak berdarah..Padan muka kacau lagi aku nak smoking..hihihihi....Keesokkan harinya kami yang terkena mula ceritakan pada kawanku yang lain dan ada seorang dari kawanku yang tidak percaya lalu malam itu dia ingin menyaksikan sendiri betul ke tidak dan pada malam itu dia hanya duduk di luar (pangkin) sambil bersandar ke dinding.Sedang seronok kami bersembang tiba-tiba dia melompat dari tempat duduknya seraya itu kami pun terkejut dengan penjelasannya "Woi sapo taghik baju den ni??"..Dengan selamba kami yang dah terkena mentertawakannya walaupun masa yang sama bulu rome mula menerbang.Kebetulan ayahku ada bersama pada masa itu lalu beliau ternampak ssatu objek seperti kambing di atas bumbung dan selepas dari hari itu,kami jarang dan semakin jarang port kat sana sebaliknya kalau nak melepak kat rumah aku,terus lepak depan tv di rumah sementara yang di sediakan dan selepas berbincang dengan ahli keluarga akhirnya kami sekeluarga sepakat untuk kasi rentung itu kongsi...
"Tumpang copy picture orang lain/Sekadar gambar hiasan"

Banyak lagi pengalaman yang luar biasa yang aku telah rempuhi sepanjang hidupku ini tapi cukuplah aku ceritakan beberapa peristiwa sahaja.."Pengalaman memancing"..Aku memang suka memancing tapi bila sebut hal memancing di waktu malam ini rasanya mesti ramai kaki pancing yang punyai pengalamankan & mungkin lagi hardcore dari pengalaman aku.
Kisah pertama : Aku selalu memancing bersama temanku di satu kolam yang dulunya tempat beriadah tapi selepas aku mengenali tempat itu,ianya sudah tidak lagi di kunjungi orang sebab kelilingnya adalah ladang kelapa sawit..

"Sekadar gambar hiasan"
nak di jadikan cerita di awal perkenalan aku dengan kolam tersebut,aku di bawa kawan memancing di waktu pagi jadinya aku teruja dengan suasana port tersebut..Aku panggil tempat itu Kolam Taman.Kawan-kawan aku pun panggil nama yang sama..Kami selalu pergi ke kolam tersebut sebelah petang lepas balik dari sekolah..Kali pertama aku mancing petang di sana,pendapatan agak lumayan masa itu dengan pelbagai jenis ikan air tawar..leka memancing hinggakan tidak sedar yang hari beransur senja..Masa itu sekitar jam 7 lebih,di hujung kolam sebelah sana tu.(Kolamnya memang besar)..Tiba-tiba muncul satu benda yang aku rasakan seram jugalah sebab ia berdiri di permukaan air..Dalam hati "Balik kang den nak lalu jalan tu..masalah botolah nie"...Aku tengok kengkawan yang lain masih leka hinggalah benda tersebut bagi warning..Setelah beberapa kali warning di keluarkan beliau barulah kawan aku yang lain ini tadi mula mengemas untuk pulang.Aku memang tidak pernah di bagi tahu oleh sesiapa pun tentang tempat itu sebelumnya..Cuak muka memang terpancar di wajahku tapi aku cuba buat tak tahu seolah-olah macam dah biasa di tempat tersebut..

Perjalanan pulang memang melaluinya dan bila hampir dengannya benda itu terus hilang..Aku yang dalam keadaan cuak mula terpinga-pinga mencari dimanakah beliau..jangan lending kat belakang motor aku sudahlah..Tapi alhamdulillah selamat sampai kerumah orang tuaku dan selepas itu baru sahabat yang terbaek itu memberi tahuku tentang apa yang kami lihat di kolam tadi.."Hampeh punya kawan"..Menurut beliau benda itu tidak pernah mengacau lagi setakat ini melainkan dia hanya akan muncul bila tiba jam 7 malam & mungkin bertujuan untuk mengahalau manusia agar janganlah leka sangat memancing.Cakap besar tue tidaklah..Selepas dari hari itu,mulanya aku agak duka cita untuk ulangi tempat itu tapi memandangkan kawan yang lain bila pulang pasti akan membawa pulangan yang lumayan dan akhirnya aku bersetuju mengikutnya..
Memang seperti di kata,petang itu kami sampai lewat sikit sekitar jam 6 petang..Berapa jam sahaja nak memancing nie kataku..Hari pula baru lepas hujan jadinya kolam agak berkabus..

Bila tepat jam 7 malam,aku pandang dalam samar-samar kabus itu di lokasi yang sama sebelum ini ternyata dia muncul lagi dengan posisi yang sama iaitu berdiri di permukaan air.."Itulah cara dia bagi warning" dan macam biasa kami pun berkemas untuk mengelak kejadian yang tidak di ingini..Bila telah mengenali keadaan kawasan itu,aku selalu memancing di sana bersama kawan-kawanku dan bila tepat jam 7 selepas dia munculkan diri,kami berkemas dan perkara itu berlarutan saban hari sehingglah tempat itu tak kami kunjungi lagi kerana hasil semakin kurang..Alhamdulillah sepanjang masa berlalu itu,benda tersebut tidak pernah mengacau hobi kami dengan gangguan yang hardcore melainkan hanya munculkan diri untuk tujuan mengahalau sahaja..

Kisah Kedua : Pengajaran yang akan aku simpan untuk selamanya..Peristiwa ini berlaku ketika aku bersama kawanku yang kau panggil Aman..Buat kali pertamanya kau dan dia memancing di satu tempat yang tidak pernah kami kunjungi sebelum ini (Sungai Dalam kebun Getah) milik peneroka kampung aku juga.Petang itu tangan memang gian nak menyentap ikan tapi tidak tahu kemana nak di tuju.Setelah puas memikirkan lokasi akhirnya kami sepakat ingin mencuba tempat yang aku sebut di atas.Jam 5 petang kami tiba di sana dan memerhati port itu hanya kelihatan ikan masai sahaja yang banyak..Tak kisahlah apa jenis pun janji dapat lepaskan gian memancing.Menjelang jam 6 lebih hasil semakin lumayan dengan kehadiran ikan keli kampung..Wah lumayan hasil kita hari ini kataku..Kami saling berentap menaikkan ikan pelbagai jenis sehinggalah tidak menyadari hari semakin malam...

Aku mula mengajak aman pulang kerana kami terlupa membawa lampu suluh tapi Aman minta kau bersabar kerana dia ada membawa lilin.."Benda itu pantang dengan lilin tapi kami tidak mengetahuinya"...Hari semakin gelap lalu lilin tersebut di pasang..Mujur ada lilin,bolehlah kita berentap lagi kata Aman kegembiraan dan aku mengiyakan katanya tapi tidak tahu akan musibahnya nanti...Sekitar jam 7.15 camtu kami yang asyik menyentap ikan,suatu bunyi suara lelaki telah menegur..Bunyinya agak dekat di belakang kami tapi kami masih tidak mengendahkannya kerana jika bunyi itu dekat itu bermakna dia jauh dan mungkin beribu batu..Hasil tangkapan semakin menjadi-jadi selepas dia aku selepas aku dia pula yang menaikkan ikan..Kegembiraan kami tadi terus di sapa bunyi suara namun masih tidak kami endahkan sehingglah jam sekitar 8 lebih camtu suara tersebut bertukar alunan dari suara lelaki ke suara perempuan yang sangat lembut (Hooiiii...) Kau orang tahukan apa gerangan perempuan tersebut.Masa itu aku berdua mula tidak senang duduk kerana bunyi suara itu semakin menjauh..Tapi dengan kelekaan memancing,ajakkan aku tidak Aman endahkan..

Dalam kebun getah yang jauh dari orang kami teruskan hobi kami sehinggalah di satu saat ketika kami ingin menurunkan umpan ke dalam air...Aman tiba-tiba terjerit "Humangai jai...cantik eh pulak!!"..Jeritannya di susuli menarik tanganku untuk bingkas bangun dan ketika itu aku hanya sempat melihat kain putih terapung di permukaan air sungai tersebut..Ianya betul-betul berdiri di hadapan kami..Tinggal ikan tinggal pancing dan tinggal semuanya, kami terus melompat atas motor lalu BLAH dari situ..Tanpa menoleh trotle minyak di pulas habis..bayangkan jalan di dalam kebun yang agak teruk berlopak-lopak, berbonggol-bonggol tidak lagi di hiraukan kerana rasanya kami seperti di kejar beliau dengan bunyi dahan yang patah2 di langgarnya..Wah dah macam rally pula rasanya kami malam itu..Mujur tak terjatuh @ langgar pokok getah..Setibanya di rumahku,muka kami yang pucat di sapa brother aku " Apo hal eh kau beduo nie...Comeh yo"??..Lalu kami ceritakan apa yang kami alami sebentar tadi dan pada malam itulah baru aku tahu PANTANG MEMANCING MALAM DENGAN MENGGUNAKAN LILIN..Keesokkan harinya kami kembali ke tempat semalam untuk mengambil segala barang yang tertinggal.Kami dapati tiada sedahan pun pohon getah yang patah seperti malamnya tadi..Segala perkakas kami telah pun hilang dan mungkin telah di rembat kaum.."Hampeh punya penyamun"...Pengalaman memancingku yang lain tak payahlah kot aku ceritakan dan cukuplah aku katakan nak memancing waktu malam hati kena keras sedikit tapi jangan cakap besar..Pantang larang kena tau serba sedikit sebelum meredah tempat-tempat yang mungkin kita tidak jangka kehebatannya..

<----..Kau orang tahukan apa benda ini??..
Benda ini namanya polong..Aku pernah berhadapan dengannya di suatu malam ketika menemani abang iparku untuk membeli rokok di sebuah kedai yang dah tido pun masih boleh di gegar lagi untuk membeli belah dan waktu itu sekitar jam 2 pagi..
Malam itu abang iparku kehabisan pembakar mulut jadinya dia meminta aku menemaninya pergi kek kedai yang laluannya ada port yang kira hardcore..Aku OK sahaja part teman-meneman ni asalkan ada upah..hehehe...Malam itu dengan selamba kami merewang sedangkan orang keliling dah pun tido.Di hadapan sekolah tadika yang kira-kira 50 meter sahaja lagi untuk sampi ke kedai,Kelihatan satu objek yang comel dengan keadaan kumpulan api kecil,tidak bergerak,terapung tidak mencecah bumi..Mulanya kami sangkakan api biasa orang bakar sampai tapi saampah apa di tepi jalan itu..Kami tidak mengendahkannya lalu meninggalkannya begitu sahaja..Setelah dapat membeli kami ingin pulang kerumah dan melintasinya sekali lagi.Kali ini kami berhenti batul-betul dekat dengannya yang terapung hanya sejengkal dari bumi..Aku memang pernah dengar tentang polong ini tapi belum pernah melihatnya lalu malam itu rezekiku..

Aku lihat sendiri dengan jarak yang sangat dekat..Awalnya ku sangkakan api sampah tapi bila melihatkan keadaannya yang tidak bergerak seperti api biasa..Aku mula hairan api apa ini n masa itu aku masih tak terfikir yang aku tengok itu adalah apa yang aku pernah tau..Yang membuatkan aku sedar itu adalah dia bila mana di bawah api itu tiada kayu yang terbakar malah tiada apa-apa sampah pun yang terbakar...Masa itu barulah aku terkenang akan namanya dan apa lagi aku pun mengajak abang iparku pulang tapi beliau nie lain sikit..Akibat dia suka melihat benda macam itu makanya aku pun terpaksalah melepak dengannya menonton apa yang tak sepatutnya aku tonton..Kira-kira setengah jam aku melihatnya yang kaku tidak bergerak lalu kami pun mulai boring dan akhirnya kami tinggalkannya macam itu sahaja..banyak lagi kisah aku di usia remaja ini tapi malaslah nak cerita sebab nanti di katakan POYO pulak kan..huhuhu...

Pengalaman aku seterusnya aku kongsikan sedikit kisah mengenai apa yang aku paparkan dalam gambar kat sebelah kananku ini ---->
Peristiwa ini aku alami ketika aku sudah bekerja.Di sebuah kelab exklusif..Hari itu aku kerja malam nak nak di jadikan cerita,malam itu aku sendirian di driving range.Jam sekitar 12.40 malam aku masih lagi tidak keluar dari post untuk melepak dengan kengkawan yang dah tak ada kerja lagi di bangunan utama..Aku tersedar dari lepaking itu bila mana dalam walkie talkie sedang riuh rendah dengan cerita helikopter tanpa lampu ini..Aku pun menyampuk dengan bertanyakan "Apa kess kecoh semacam sahaja nie"..Dalam masa aku menyampuk itu,bunyi helikopter melintasi driving range tempat kau bertugas..Aku keluar dari bangunan itu untuk melihat helikopter tersebut tapi tak nampak apa-apa pun lalu aku sambung kembali tugasku dalam post point utama..Selang beberapa saat kemudian helikopter itu melintas lagi dan masa itu supervisor aku meminta aku untuk pergi ke bangunan utama secepat mungkin dan masa itu aku baru terfikir adakah yang melintasi aku sebentar tadi adalah dia (Penanggal)..Aku dengan penuh bangga dalam kecemasan meninggalkan post point untuk pergi ke bangunan utama dan bila sampai sahaja di sana aku lihat semua kengkawan duty malam aku ada senjata di tangan."Apa hal nie bro??" tanyaku penuh kehairanan.."Dia sedang meronda kawasan kau tadi tu" kata supervisor aku.Punyalah tergamamnya aku bila dia kata macam itu..Selang beberapa saat helikopter itu lalu lagi dan masa itu dalam keadaan yang macam-macam perasaan,aku sertai kengkawan aku yang lain mengejarnya..Tak perlulah aku ceritakan apa yang aku lihat (Kau orang bayangkanlah sendiri rupanya)...Buruan kami tak membuahkan hasil kerana semakin kami mengejarnya helikopter tersebut semakin laju meninggalkan kami dan akhirnya malam itu kami semua tidak dapat ketenangan yang sejati kerana bimbang helikopter tadi ronda kawasan lagi tapi alhamdulillah sehingga pagi dia tak datang lagi.Mungkin sebab jumpa kawasan lain pula kot...

Aku rasa cukuplah setakat ini aku kongsikan sedikit pengalaman aku dengan makhluk yang di panggil momok..sebenarnya ada lagi beberapa pengalaman tapi aku rasa itu semua terlalu panjang kisahnya..tengoklah kalau ada masa yang betul-betul aku free,aku akan kongsikan dengan kau orang semua..

Ada di mana-mana sahaja...Mungkin di belakang kau orang sekarang..
Toleh belakang sekejap......hhhiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...hihihihiih....












Tuesday, June 11, 2013

"Gadis Malam"



Aku mulakan coretan ini dengan pohon kemaafaan terlebih dahulu jika apa yang akan aku coretkan ini mungkin akan menerbitkan amarah pada mereka yang terkena.. terus terang aku katakan apa yang ingin aku coretkan ini hanyalah sebagai perkongsian semata-mata dan tiada kena mengena dengan sesiapa sekali pun..
panjang lebar mukadimah aku.."Sorry sis kalau terkena"..

"Sekadar gambar hiasan"
Sungguh cantik gadis melayu. Sekali pandang memang tidak puas sebaliknya kalau boleh di tenung maun sahaja di tenung hingga buntang mata sang jejaka.. Kerana apa??.. Gadis melayu menang menawan..Dengan senyuman yang menawan, dengan tudung yang dililit indah serta dengan pakaian yang eerrmmm...memang cantik.. Aku bukanlah ingin bercerita tentang gadis ini kerana aku sendiri tidak kenal akan model coretanku ini sebaliknya aku ingin membuka al-kisahnya "Gadis malam".. 

Di dada akhbar sekarang di kaca TV malah di berita radio pun sekarang ini sering membicarakan kisah gadis malam ini.. Memang seronok kalau bicara tentangnya bagi mereka yang sememangnya minat akan gadis malam ini."Part ini aku NO Komen"..

Apa sebenarnya gadis malam ini??.. Mudah kalau kita panggilnya pelayan nafsu kelaki @ lagi senang kita panggilnya GRO ataupun Pelacur.. Terlalu rendahkan martabatnya bila itu yang di gelarkan kepada mereka yang mungkin rela di lacurkan dan tidak mustahil ada di antara mereka yang TERPAKSA @ pun di Paksa melakukannya..

Di suatu bandar suatu masa lalu aku pernah terjumpa seorang gadis yang mundar mandir di hentian bas pada jam1 pagi..Masa itu malam tahun baru.. Aku dengan beberapa orang kengkawan menghampirinya kerana ingin bertanya apa masalahnya gadis ini..Bila kami menghampirinya dia terus lari seolah-olah nampak MOMOK.. Kami yang kebingungan itu tadi terus mengejarnya dan bila dah kantoi dengan kami, dia terus merayu jangan apa-apakan dia.. Kami mula merasa pelik "Ape kess minah nie??"... Seraya itu dia meminta tolong kepada kami untuk menghantarnya pulang ke sebuah taman perumahan yang agak jauh dengan hentian bas itu.. "Abang tolong bang bawa saya keluar dari sini"..Itu ayat yang keluar dari mulut comel gadis tersebut. Bila kami berjaya menenangkannya dia terus bercerita ringkas yang dia hampir menjadi mangsa kerakusan lelaki yang ingin menjamah tubuh badannya yang montok itu.. Mujur kami yang menjumpainya terus seorang temanku mempelawa untuk menghantarnya ke balai polis sebab nak hantar kerumahnya itu "Oh tidak...Jauh sangat der"..

<-------- Perkataan ini pasti akan berlaku malam itu jikalau gadis tersebut tidak sempat @ tidak berpeluang melepaskan diri.. Temanku menghantarnya dengan di temani 3 rakanku yang lain.. Itu yang hampir menjadi mangsa tapi bagaimana pula dengan remaja yang telah sedia rosak??.. Aku tak faham kenapa harus ujud istilah "BOHSIA" dalam masyarakat kita kini??.. Kebanyakkannya golongan ini dalam lingkungan belasan tahun yang aku tak tahu apa yang mereka cari dalam hidup mereka??.. Berhibur tidak salah tapi sampai nak jadi bohsia itu kenapa??.. Ramai diantara mereka ini masih lagi di bangku sekolah.. " Saja suka-suka.. Bosan duduk di rumah.. Bosan keluarga terlalu mengongkong.. Seronok dengan gaya hidup macam ini.. Seronok dapat duit & nikmat" itulah di antara asalan yang sering mereka lemparkan bila di tanya..(Banggalah tue) dan "Lepaskan saya encik.. Maafkan saya encik.. Janji tak buat lagi.. Dia paksa saya encik" dan macam-macam lagilah alasan bila kantoi dengan penguatkuasa.. Siapa yang harus di persalahkan dalam hal sebegini??..siapa??.. Adakah keluarga atau diri sendiri??..Pada aku Keluarga ada peranan jadi kalau tidak jalankan peranan itu sebaik mungkin, masalah ini boleh terjadi tapi yang paling tepat "Bukan Salah ibu Mengandug Tapi Salah Anak Menconggak Masa Depan".. Kerana walau seteruk mana sekali pun latar belakang keluarga, mereka seharusnya bertindak dengan positif dan bukannya dengan ubah gaya kehidupan yang boleh menjahanamkan masa depan mereka sendiri..


"Sekadar gambar hiasan"
Cukuplah setakat itu bebelan aku tentang masalah bohsia.. Jom Kita intai-intai  pula gadis kita di dalam gaya kehidupan yang susah aku nak terjemahkan gaya hidup yang macam dalam gambar kat tepi nie..
Terlalu bebas hinggakan melampaui batas-batas ketimuran.. Menari dengan gaya menggoda, dengan cara pemakaian yang menjolok mata aku sendiri.. Memang bukan semua gadis kita amalkan gaya hidup begini tapi "kerana nila setitik, Habis susu sebelanga".. Tidak mustahil pelancung-pelancung dari asia barat yang datang ke negara kita ini, terdetik di hati mereka "Begini ke cara pemakaian gadis melayu di malaysia ini?..Bangsa cina india mereka kenal tapi yang melayu nie.. Yang terkenal dengan adab sopan santunnya.."Ntahlah labi...Lu fikirlah sendiri"..

Selesai al-kisah pemakaian gadis kita sekarang ini dan apa pula GRO atau pelacur ini??.. Mereka datang dari negara luar untuk mencari rezeki di negara kita tetapi apakah rezeki yang macam ini yang mereka cari??.. Hampir kesemua berita tv kita dapat saksikan perihal mereka yang ntahlah sebab apa kerjaya ini yang mereka pilih sedangkan banyak lagi kerja yang berfaedah yang boleh mereka lakukan.. Di negara kita ini rasanya terlalu banyak pusat hiburan yang menawarkan khidmat pelacur untuk mengumpan tetamu yang hadir.."Busines skill" lah konon!!.. Lelaki yang pantang ternampak gugurlz yang cenggini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berhimpit dengan mereka kerana bukan sahaja boleh di bawa berbual malah boleh juga di bawa untuk "projek tounch & go".. Faham tak maksud aku tentang perkataan itu??..tak faham tak mengapa sebab lenih baik tak faham dari buat-buat faham..

"Sekadar gambar hiasan"
Gadis remaja sering sahaja menjadi mangsa untuk cepat kaya mangkuk yang tidak bertanggungjawab dengan di tawarkan pelbagai hadiah yang menarik asalkan mereka setuju menjual maruah kepada mereka yang sentiasa ketagih "layanan si tubuh gebu".. Memang pelacur ini sering di kaitkan dengan warga negara cina, taiwan, indonesia, dan ntah hape-hape nagara lagilah.. Pernah tak kita lihat anak gadis melayu menjadikan kerjaya pelacur ini sebagai punca pendapatan??..Mungkin tidak pernah tapi benar ke tak ada??.. Nak tahu ada ke tidak carilah sendiri..

Apa punca mereka jadi begini??.. Ada banyak puncanya selain dari kerelaan akibat miang sangat.. Salah satu puncanya ialah mereka di tipu sindiket bangsat yang mana selalunya warga negara asinglah yang menjadi mangsa.. Mereka di janjikan kerjaya yang menarik seperti kerja kilang lah, restorenlah dan ntah hape-hape lagilah di negara ini akan tetapi bila sampai di sini "Tipah tertipu bang". Mereka di jual kepada sindiket tersebut dengan jumlah harga yang tinggi.. Nak lari jangan haraplah melainkan kalau ada peluang..Kalau ada.. Mereka di paksa melakukan kerjaya tersebut untuk mengaut keuntungan yang lumayan tapi sampai bila??.. kepada mereka yang teraniaya mungkin akan selamat bila tempat operasi sex di serbu polis.. Kepada yang memang nak cari duit " hadoi belom cukup duit simpanan dah kena tangkap pulak"..

" sekadar gambar hiasan"
Itu mangsa tipu tapi selain dari hal itu, "Terdesak"
dengan himpitan kemiskinan juga tidak lari dari kegiatan ini.. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kehidupan.. Segala kesan buruk di tolak ketepi janji ada duit untuk sesuap nasi.. Pada awalnya niat untuk mencari sesuap nasi tapi lama-kelamaan bila dah seronok dengan jumlah pelanggan yang ramai yang menghimpit, menindih "Ehhh..Kayalah Pulak!!"...Iye ke kaya dengan pekerjaan seperti ini??.. Selalu dalam berita tv mengatakan sejumlah harga yang perlu di bayar untuk khidmat sex RM150 x 10 pelanggan..Wooww..lumayan juga pendapan mereka ini tapi apalah maknanya dengan duit yang banyak itu tapi tak berkat..eerrmmmm.... tapi itulah serba sedikit tentang insan yang terdesak yang mana akhirnya akan tersedak juga nanti tue.. tak semua gadis rela melacurkan diri jika tiada sebab tertentu kecuali pada mereka yang memang suka di tindih menindih..

"Sekadar gambar hiasan"
Sebenarnya banyak lagi faktor yang mendorong kejadian seumpama ini seperti suami kalah judi sanggup jual isteri jual anak untuk melunaskan hutang judi hutang abang long dan macam-macam hutang lagilah. Tapi mengapa mesti wanita juga yang harus menanggung hutang jantan keparat macam itu??.. Kau yang berhutang pandai-pandailah kau lunaskan sendiri tapi mengapa anak isteri kau yang terpaksa melunaskannya??.. Aku pun tak faham kenapa mesti ada manusia sesial cenggitu kat dunia ini yang tergamak jual anak bini pada jantan lain untuk melepaskan diri??..Tak pernah ke terfikir apa akan terjadi pada masa depan mereka kelak??..

Pada akulah kan jantan seumpama natang ini, ini makan dia ---->
tak ada makna hidupnya di dunia ini jikalau menyusahkan orang lain yang secara terangnya memang taknak susah..

Gadis Malam..bangsaku melayu...
 Kepada mereka yang teraniaya bersabarlah & insyaallah Allah maha mengetahui apa yang tersurat & tersirat..

Kepada mereka yang sememangnya gatai yang suka akan pekerjaan sebagai gadis malam, sudahlah tu..hentikanlah kegiatan itu kerana keseronokkan hanya seketika namun bila sudah di timpa bahala nanti,sampai mati pun belom tentu settle lagi..

Bertaubatlah saudari....






Friday, June 7, 2013

Senja Itu Ketenangan

Banyak-banyak pemandangan yang terindah di dunia ini aku lebih tertarik untuk menyatakan keindahan waktu senja memang yang paling indah. Itu pada pemandangan aku dan aku tak tahulah bagai mana pula dengan pandangan mata kau orang.. Tapi aku yakin ramai yang bersetuju dengan pendapat aku ini yang mana pemandangan waktu senja punyai value yang tersendiri..

Aku sering ke pantai untuk menikmati keindahan waktu senja kerana bila berada di pantai aku merasai ketenang yang sangat lain berbanding waktu yang lain.. Dengan desiran ombak membadai pantai, di susuli hembusan bayu yang menyegarkan memang tidak di nafikan ketenangan itu sangat indah..

Siapa tahu tempat ini di mana??.. Mesti ramai yang tidak perasan tempat ini.. Aku panggil tempat ini "Port siakap" di pantai Bagan Lalang, Sepang Selangor. Aku sering ke sini untuk mencari rezeki dengan memancing.. Ya aku memang pemancing tegar tapi selain dari hobiku memancing, aku datang ke sini untuk mencari ketengan sambil beriadah bersama keluarga dan juga teman- teman seangkatan hobiku..
Tapi dah lama aku tidak memancing di sini kerana sedang gantung pancing ( Isteri Tercinta Sedang Mengandung) dan insyaallah seleas selesai semuanya dengan selamat, aku akan memancing lagi di tempat yang aku panggil "port siakap" ini kerana di sini memang port yang sesuai untuk mencari siakap.. Walaupun tidak dengan aktiviti memancing aku tetap datang ke sini bersama keluarga tercinta untuk makan ikan bakar atau pun melepak-lepak di waktu petang untuk menunggu matahari membenamkan diri di waktu senja..

( Keindahan Pantai Bagan Lalang Di Waktu Senja Memang Pencetus ketenangan)


Aku bukanlah ingin bercerita tentang Bagan Lalang tapi disinilah aku selalu mendapatkan ketenangan.. Selain di sini aku juga sering ke Port Dickson yang terkenal dengan keindahan serta kebersihan pantainya.. Aku bangga menjadi anak Negeri Sembilan kerana PD yang cantik ini terletaknya dalam negeriku..


Ini gamgar terbaru aku di PD.. Kat sini aku selalu lepak kat Teluk Kemang dan tengoklah suasana senjanya memang cantik bukan.. Ciptaannya tiada siapa pun yang mampu menandinginya..Banyak lagi gambar yang aku ambil tapi cukuplah yang ini saja sebab share banyak-banyak pun " buek loteh yo kalau ekau tak ponah sampai kek sini"..
Berbalik pada kisah asal senja itu memang terlalu indah kerana ini pengalaman aku sendiri, bila aku menatap mentari yang kian menyembunyikan diri ini, hatiku sangat tenang walaupun kadang kala aku terlalu "stress" dengan kerja dan persekitaran yang hiruk pikuk, hingit bingit kota serta pencemaran bunyi yang selalu tercetus dari deruman ekzos bising kereta honda civic jiran blok aku.. Tengok sedang aku menaip coretan ini dia lalu lagi "Hameh punyo jiran, den bakar jugak keto dio ni kang!!".. 
Inilah masalah bila jiran tidak menghargai & hormati jiran yang lain..

Selain dari ketengan, di pantai juga orang ramai sering menjadikannya tempat melepaskan rasa kepiluan bila gagal dalam percintaan. Mereka jadikan pantai ini tempat untuk meluahkan rasa sedihnya dan tak kurang juga ada yang menjadikan pantai sebagai tempat melepaskan geram dengan menjerit sekuat hati dan macam-macam lagilah.. Dan sering aku tengok ragam manusia ini bila menjelang petang kerana mungkin pendapatnya sama seperti aku "Senja itu ketenangan"..

Bagi yang sedang menikmati alam percintaan juga tidak terlepas dari menjadikan suasana petang atau pun senja itu sebagai waktu untuk menabur kata-kata sastera sang pujangga kepada pasangan kerana waktu senja itu selain dari ketenangan ianya juga di jadikan sebagai waktu yang paling "Romantik" bermadu kasih. Anda ernah terlihat gelagat pecinta-pecinta ini bergelegar di gigi air bersama pasangannya??.. Bohong kalau tidak pernah jumpa sebab suasana damai pantai di waktu senja kita pasti akan dapat melihatnya.. Nak buat macam mana kan sebab kita masa di alam percintaan dulu pun macam mereka juga kecuali aku..kahkahkahkah...."Nak beda'ah lagi".. Tapi memang betul waktu-waktu sebegini memang sesuai untuk memadu kasih tapi ingat "SOLAT MAGHRIB" itu wajib!!!...

Keindahan pantai di waktu senja memang menakjubkan.. Akan tetapi bukan sahaja di pantai sebenarnya sebaliknya di mana-mana jua asalkan petang menjelang senja, permandangan itu memang sungguh cantik tapi pada aku macm aku katakan di awal tadi aku lebih suka pemandangan senja di tepi pantai.. Kerana apa??.. Kerana nilainya yang tersendiri....