Banyak-banyak pemandangan yang terindah di dunia ini aku lebih tertarik untuk menyatakan keindahan waktu senja memang yang paling indah. Itu pada pemandangan aku dan aku tak tahulah bagai mana pula dengan pandangan mata kau orang.. Tapi aku yakin ramai yang bersetuju dengan pendapat aku ini yang mana pemandangan waktu senja punyai value yang tersendiri..
Aku sering ke pantai untuk menikmati keindahan waktu senja kerana bila berada di pantai aku merasai ketenang yang sangat lain berbanding waktu yang lain.. Dengan desiran ombak membadai pantai, di susuli hembusan bayu yang menyegarkan memang tidak di nafikan ketenangan itu sangat indah..
Siapa tahu tempat ini di mana??.. Mesti ramai yang tidak perasan tempat ini.. Aku panggil tempat ini "Port siakap" di pantai Bagan Lalang, Sepang Selangor. Aku sering ke sini untuk mencari rezeki dengan memancing.. Ya aku memang pemancing tegar tapi selain dari hobiku memancing, aku datang ke sini untuk mencari ketengan sambil beriadah bersama keluarga dan juga teman- teman seangkatan hobiku..
Tapi dah lama aku tidak memancing di sini kerana sedang gantung pancing ( Isteri Tercinta Sedang Mengandung) dan insyaallah seleas selesai semuanya dengan selamat, aku akan memancing lagi di tempat yang aku panggil "port siakap" ini kerana di sini memang port yang sesuai untuk mencari siakap.. Walaupun tidak dengan aktiviti memancing aku tetap datang ke sini bersama keluarga tercinta untuk makan ikan bakar atau pun melepak-lepak di waktu petang untuk menunggu matahari membenamkan diri di waktu senja..
( Keindahan Pantai Bagan Lalang Di Waktu Senja Memang Pencetus ketenangan)
Aku bukanlah ingin bercerita tentang Bagan Lalang tapi disinilah aku selalu mendapatkan ketenangan.. Selain di sini aku juga sering ke Port Dickson yang terkenal dengan keindahan serta kebersihan pantainya.. Aku bangga menjadi anak Negeri Sembilan kerana PD yang cantik ini terletaknya dalam negeriku..
Ini gamgar terbaru aku di PD.. Kat sini aku selalu lepak kat Teluk Kemang dan tengoklah suasana senjanya memang cantik bukan.. Ciptaannya tiada siapa pun yang mampu menandinginya..Banyak lagi gambar yang aku ambil tapi cukuplah yang ini saja sebab share banyak-banyak pun " buek loteh yo kalau ekau tak ponah sampai kek sini"..
Berbalik pada kisah asal senja itu memang terlalu indah kerana ini pengalaman aku sendiri, bila aku menatap mentari yang kian menyembunyikan diri ini, hatiku sangat tenang walaupun kadang kala aku terlalu "stress" dengan kerja dan persekitaran yang hiruk pikuk, hingit bingit kota serta pencemaran bunyi yang selalu tercetus dari deruman ekzos bising kereta honda civic jiran blok aku.. Tengok sedang aku menaip coretan ini dia lalu lagi "Hameh punyo jiran, den bakar jugak keto dio ni kang!!"..
Inilah masalah bila jiran tidak menghargai & hormati jiran yang lain..
Selain dari ketengan, di pantai juga orang ramai sering menjadikannya tempat melepaskan rasa kepiluan bila gagal dalam percintaan. Mereka jadikan pantai ini tempat untuk meluahkan rasa sedihnya dan tak kurang juga ada yang menjadikan pantai sebagai tempat melepaskan geram dengan menjerit sekuat hati dan macam-macam lagilah.. Dan sering aku tengok ragam manusia ini bila menjelang petang kerana mungkin pendapatnya sama seperti aku "Senja itu ketenangan"..
Bagi yang sedang menikmati alam percintaan juga tidak terlepas dari menjadikan suasana petang atau pun senja itu sebagai waktu untuk menabur kata-kata sastera sang pujangga kepada pasangan kerana waktu senja itu selain dari ketenangan ianya juga di jadikan sebagai waktu yang paling "Romantik" bermadu kasih. Anda ernah terlihat gelagat pecinta-pecinta ini bergelegar di gigi air bersama pasangannya??.. Bohong kalau tidak pernah jumpa sebab suasana damai pantai di waktu senja kita pasti akan dapat melihatnya.. Nak buat macam mana kan sebab kita masa di alam percintaan dulu pun macam mereka juga kecuali aku..kahkahkahkah...."Nak beda'ah lagi".. Tapi memang betul waktu-waktu sebegini memang sesuai untuk memadu kasih tapi ingat "SOLAT MAGHRIB" itu wajib!!!...
Keindahan pantai di waktu senja memang menakjubkan.. Akan tetapi bukan sahaja di pantai sebenarnya sebaliknya di mana-mana jua asalkan petang menjelang senja, permandangan itu memang sungguh cantik tapi pada aku macm aku katakan di awal tadi aku lebih suka pemandangan senja di tepi pantai.. Kerana apa??.. Kerana nilainya yang tersendiri....
No comments:
Post a Comment