My Song

Monday, February 3, 2020

KERINDUAN TANPA PENGHUJUNG


Di suatu petang yang hening aku sendirian termenung di gigi pantai. Renunganku terlalu jauh hingga menjangkau mentari yang hampir menyembunyikan dirinya. Saat ini semua kenangan bersamanya keluar dari fikirianku yang bisa mengalirkan air mata. “ sayang “.. Tiba tiba perkataan itu keluar dari mulutku yang dari awalnya diam membisu.
Gambar Sekadar Hiasan
                Aku bangun dari tempat dudukku lalu terus melangkah meniti tepian pantai sendirian. Dalam masa aku melangkah, aku terdengar suatu suara orang meminta tolong. Aku toleh kiri kanan tiada sesiapa yang kelihatan namun suara itu semakin hampir aku dengari. Terlintas di fikiranku, ada sesiapa yang lemaskah? Tapi tidak adaorang di pantai selain aku.

Aku lihat jam di tangan telah menunjukkan jam 7.45 malam. “ Hantukah yang bersuara tadi ? “.. Aku mula gelisah mencari dari mana suara itu datang. “ Argghh.. mungkin ada hantu yang ingin bergurau “ bicara ku dalam hati. Aku teruskan melangkah dan setelah beberapa langkah ke depan aku terlihat satu susuk tubuh sedang mengapai ngapai tangan dalam hempasan ombak. “ Eh.. Ada orang. Diakah yang menjerit meminta tolong tadi?.. Aku terus berlari untuk mendapatkannya dan bila tiba dekat orang itu, nyata dia yang mejerit tadi meminta tolong. “ Cik kenapa?..cik ok kah?. “ sapaanku setelah tiba padanya. Dia hanya merayu mendesah memintaku menolongnya. Tanpa berlengah aku terus cuba membawanya ke daratan nak kelihatan ada darah yang sedang mengalir keluar dari pehanya.

Gambar Sekadar Hiasan
Tanpa berfikir panjang, aku terus menanggalkan baju yang aku pakai untuk membalut pehanya yang terluka itu. “ Cik kenapa ? soalku..” “ Encik tolong saya.bot yang saya naiki tadi telah terbalik di sana “ kata gadis itu sambil menunjukkan aku ke arah lautan yang luas di dalam kesamaran malam. Aku cuba tenangkan dia dengan apa cara yang termampu agar dia tidak terusan bergitu. “ Cik ceritakan pada saya apa yang berlaku di lautan tadi “ soalku membuka bicara. Dengan sendu dia menceritakan padaku tentang bot yang di naikinya bersama dua orang teman lagi telah terbalik dan dalam masa kelam kabut itu dia cuba mencari temannya tapi tidak berjumpa dan dia terus berenang ke tepian. Tanpa membuang masa aku terus memimpinnya ke sebuah pondok yang terdapat di situ dan terus menghubungi pihak berkuasa untuk SAR.

Maya.. Itulah namanya, seorang gadis manis yang aku bantu sebentar tadi. Ku pinjamkan handfon ku padanya bagi tujuan menghubungi keluarganya. Dalam menunggu bantuan tiba, aku sempat berbual ringkas dengannya dan dia menyatakan dia datang ke pantai itu untuk bercuti bersama dua orang temannya. Tapi tidak sangka percutian ini menjadi detik awal kedukaannya. Selang beberapa minit kemudian bantuan dari bomba  dan ambulans tiba dan operasi mencari temannya di gerakkan. Di pantai mula di kerumuni manusia setempat yang rata rata datang untuk menyaksikan usaha mencari teman Maya. Maya tidak mahu di hantar ke hospital lagi selagi dia tidak tahu akan nasib temannya. Pehanya yang terluka akibat terkena kipas bot telah di rawat di situ juga.

Jam 2 pagi salah seorang telah di temui namun sudah tidak bernyawa lagi.. Maya terus pengsan dengan perkhabaran itu.. “ Aarrgghh… “ Apa pula yang aku harus lakukan nie ? soalku sendirian sambil terus memangku dia. Dalam masa sama aku terusan menjadi pening kerana pelbagai jenis soalan datang padaku dari orang ramai. Hampir 15 minit Maya pengsan masa tu. Setelah dia terjaga dari pengsannya dia terus mendapatkan temannya yang di jumpai tadi dan terus meraung. Hati aku masa tu mula bersemangat tapi aku sendiri tidak tahu kenapa. Aku terus mendapatkan Maya dan tenangkanya kembali dan masa sama usaha mencari seorang lagi termui jalan buntu sebab hari malam agak sukar untuk menemuinya dan pencarian akan di sambung ke esokkan harinya. Aku mempelawa Maya untuk aku hantar pulang ke hotel tempat dia menginap tapi dia enggan mengikut nasihatku. Tak mengapa sebab aku faham apa yang di sedang rasakan kala ini. Sepanjang malam aku menemani Maya di tepi pantai itu bersama beberapa orang kampung yang lainnya. Sementara para nelayan terus membantu mencari namun tidak jumpa.
Gambar Sekadar Hiasan
Pada keesokkan harinya ops mencari teman Maya di sambung kembali dengan lebih jauh. Pada jam sekitar 9am kami terima berita tentang temannya yang mana senasib dengan temannya malam semalam. Maya bagaikan di sampuk penunggu, hysteria berpanjangan setelah melihat sendiri mayat temannya yang mulai kembung. Aku tidak sanggup melihat keadaan Maya begitu lalu aku pujuk dan terus memujuk untuk dia berehat di hotel dan akhirnya kali ini dia setuju dengan pujukanku. Sepanjang jalan menuju ke hotel, Maya hanya diam membisu dan sesekali dia menangis. Tiada apa yang kami bualkan masa itu selain hanya melihat air mata sucinya mengalir membasahi pipi gebu gadis itu.

Setibanya di hotel terus aku memimpinnya pergi ke bilik untuk dia berehat setelah semalaman dia tidak tidur dan aku tinggalkan bersama henset milikku padanya. Di chalet sewaanku yang tidak jauh dari hotel Maya menginap, aku mulai bimbang akan keselamatan Maya. Bermacam macam andaian bermain di fikiranku. Tambah merisaukan apabila aku hubungi talifon ku tapi tidak berjawab. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pergi ke hotel itu untuk menemui gadis manis yang kesayuan itu. Berkali kali aku mengetuk pintu biliknya tapi tiada di buka lalu aku meminta bantuan pihak hotel bagi membuka pintu tersebut. Terlihat maya yang termenung di jendela sambil menangis, aku terus menghampirinya. Tanpa alasan, Maya terus memelukku sambil air matanya mulai membasahi bajuku. Aku biarkan sahaja tindakannya dan selang beberapa ketika “ Thankz awak “ kedengaran di telingaku. Maya mengucapakan kalimah itu padaku dan dia sambung menangis kembali. “ Mari Maya, kita berehat di kerusi itu “sapaanku  sambil aku memimpinnya ke kerusi. Beberapa orang pekerja hotel yang melihat keadaan Maya yang agak serabai itu, aku pohon untuk tinggalkan kami berdua sambil pintu bilik tidak di tutup,pintaku. Kini hanya tinggal aku dan dia..

Setelah beberapa ketika kami hanya diam membisu, “ awak…. “ Maya memanggilku. Dalam tunduk aku tersenyum kerana mungkin Maya sudah mulai tenang. “ Ya Maya, balasku.. Maya terus menceritakan padamu dari saat dia sampai di pulau itu hinggalah di saat bot yang mereka naiki terbalik. Rupanya Maya dari Kuala Lumpur yang datang ke pulau itu untuk bercuti setelah tamat pengajiannya di universiti tempatan. Dalam ceritanya, sehari sebelum mereka menyewa bot, dia melihat teman temannya yang agak pelik tindakannya. Menyanyi, ketawa, melompat lompat atas tilam dek kegembiraan yang baginya agak pelik tapi Maya tidak hairan kerana dia kenal dan masak dengan perangai gila gila temannya itu tapi dia tak sangka tindakan pelik kedua temannya itu adalah tindakan terkahir untuk Maya rindui selamanya. Aku yang mendengar cerita Maya turut bersedih kerana rupanya Maya tiada sesiapa di dunia ini kecuali kedua teman sejatinya itu. Maya akan yatim piatu sejak kecil setelah kehilangan kedua orang tuanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lama dahulu. Dia di besarkan di rumah anak yatim setelah tiada sesiapa saudara maranya yang sanggup menjaganya ketika itu. Amat terkesan dalam diri aku keperitan yang sedang Maya lalui dalam usia mudanya kini.

Setelah selesai Maya bercerita, dia memintaku untuk meninggalkannya sendirian kerana dia terlalu sayu merindui teman temannya itu. Aku akur dengan kehendaknya namun aku bekalkan dia charger phone kerana aku lihat bateri talifon bimbitku telah tinggal 10% beserta sekeping kertas yang aku tulis nombor talifon chalet tempat aku menginap. Ketika pulang ke chalet, aku melalui tepian pantai tempat aku menemui Maya semalam, tanpa aku sedari air mataku pula yang mengalir. “ Eh kenapa pula aku tiba tiba sayu ?”. Langkahku lajukan untuk ke bilikku dan nyata tepat masa tibaku.  “ ring!!..ring!! “ talifon bilikku berdering. Bila aku angkat ganggangnya, Aku terdengar suara seorang gadis memberi salam. Lembutnya suara tapi siapakah dia?. Segera aku menjawab salamnya dan terus terpesona aku bila dia memanggil namaku.. “ Shah..Maya ni “…Yesss… Aku sangat gembira bila dia menghubungiku. Bagaimana keadaanya sekarang dan dia menyatakan dia sudah mulai tenang dan redho dengan ketentuan ILLAHI. Aku sangat sangat gembira dengan perkhabaran itu. Dalam perbualan kami, terlalu banyak perkataan teima kasih yang Maya ucapkan wahhal bantuan yang aku berikan semalam hanya secebis tindakan yang termampu tapi itu mungkin pada aku dan tidak pada Maya. Panjang lebar kami bualkan masa itu.( Mujur aku guna bil.. Kalau topup memang tak cukup..huhuhu ) Menurut Maya, dia ingin pendekkan percutiannya dan ingin pulang ke kuala Lumpur pada esok hari. “Aargghhh “ ini bukanlah petanda baik buatku lantas aku pun memendekkan percutianku.

Ke esokkan harinya sebelum aku chek out, talifon bilikku sekali lagi berdering dan nyata itu panggilan dari Maya yang memang aku tunggu. Dia ingin berjumpa denganku sebelum pulang ke KL. Kami berjumpa di pantai tempat aku temuinya kemarin.

Gambar Sekadar Hiasan
Kami berbual tidak lama di sana kerana dia ingin bergegas ke jeti. Maya memulangkan kembali talifonku dan selepas itu kami berpisah. Bila akan bertemu kembali?..Itu persoalan yang bermain di fikiranku.. Setibanya aku di rumahku di KL, aku kembali normal seperti sebelum mengenali Maya. Aku kerja, Aku bersukan dan apa sahaja yang aku lakukan adalah seperti sebelum mengenali Maya. Namun satu petang ketika aku ingin pulang kerumah dari tempat kerja, aku rasakan lain. Suatu perasaan yang agak asing padaku. Di fikiranku kini hanya Maya dan tiada lagi gadis yang pernah mengecewakan aku sebelum aku temui Maya.

Latifah, seorang pramugari yang pernah hadir dalam hidupku. Hubungan kami yang terajlin sejak 3 tahun lalu telah di khianatinya. Aku di duakan tanpa sedar dan tanpa kerelaanku. Dia mula curangiku setelah dia mengenali seorang lelaki yang baik denganku iaitu Fendi. Aku tidak tahu siapa yang memulakan hubungan mereka tapi yang aku tahu kini aku kecewa dengan Latifah n benci dengan Fendi. Hanya itu yang aku tahu. Lupakan hal mereka dan berbalik pada perasaan yang aku lalui kini. Aku mulai merindui Maya tapi aku tidak tahu ingin mencarinya di mana. Hari berganti hari. Minggu berganti bulan tapi Maya tidak jua aku ketemukan. Hampir 6 bulan aku cuba menjejakinya tapi hasilnya tetap tiada dan aku mulai giveup.

Di tempat kerja Aku hari ini ada temuduga terbuka dan ramai calon yang hadir untuk mencuba nasib. Aku di pertanggungjawabkan untuk pengambilan staff baru. Fail demi fail aku semak hinggalah aku terpegang satu fail ini..

Gambar Sekadar Hiasan
Bila aku membuka failnya terlihat olehku gambar berukuran passport di sudut borang. Gambar itu mengingatkan aku pada seseorang yang pernah aku temui. Nyata fail itu adalah milik insan yang aku pernah rindui sebelum ini. Rasa seronoknya aku masa itu hanya Allah yang tahu… aku telah Berjaya menemui Maya. Selepas selesai membuat tapisan pada kesemua borang permohonan itu, Maya orang pertama yang aku hubungi. Alangkah seronoknya aku ketika menghubunginya aku terdengar suara yang sangat gembira kerana di terima bekerja di tempatku

Di hari pengambilan, aku keluar awal dari rumah. Rasa tidak sabar untuk menemui Maya. Tiba aku di pejabat telah kelihatan beberapa orang baru yang hadir namun di mana pula Maya?.. Adakah kali ini aku kecewa lagi?.. Aku melangkah masuk ke bilikku dengan kecewa dan tidak lama selepas itu talifon mejaku berdering.. “ Hello, Assalamualaikum tuan, maaf, saya Maya nak beri tahu tuan yang saya mungkin lewat sebab tayar bas bocor “. Dengan lembut aku membalas kata kata Maya.. “ Tidak mengapa cik, nanti bila tiba di sini terus jumpa saya ya “. Hahahaha… Kekacauan di fikiranku terus hilang serta merta dan kini aku tidak sabar menanti Mayaku tiba. Jam 9.30am pintu bilikku di ketuk.. “ Masuk “ ayat simple seorang boss..hahahah..Setelah pintu terbuka, aku melihat dari bawah ke atas.. “ Assalamu….” Salamnya tidak habis setelah melihatku. Aku terus tersenyum padanya dan jelas Nampak kemerahan di pipi gebunya tekita bertemu denganku sekali lagi. “ Awak….???.. ehh tuan..mafkan saya “.Maya tergagap gagap di hadapanku sambil aku terus menikmati keindahan senyumannya. Misi pencarianku kini telah benar benar selesai

Gambar sekadar Hiasan
. Maya AKu tempatkan di bahagian HR agar aku dapat melihatnya selalu. Hari pertama Maya bekerja, Aku memanggilnya ke bilik dan memintanya membuatkan aku secawan kopi bersama roti bakar. Itu bukan tugas Maya sebenarnya tapi aku boss di sector itu maka inilah gurauan permata aku tanpa dia mengetahui akan niatku yang hanya bergurau. Keesokkan harinya pun begitu. Aku talifon di mejanya dan memintanya membuatkan aku secawan kopi serta roti bakar. Tanpa membantah Maya menurut.. Maklumlah orang baru..hihhihi… Genap sebulan aku perlakukan Maya sedemikian sekali dan hari ini aku talifon dia sekali lagi tapi bukan pinta secawan kopi sebalinya meminta dia lekukan sesuatu tugas pejabat.

Tanpa aku sangka, kehadiran Maya kali ini tetap bersama secawan kopi dan sekeping roti bakar.” Maya hari ini saya tak minta kopi dan roti bakar..

Gambar Sekadar Hiasan
” Maaf tuan sebab saya dah biasa menyiapkan sarapan untuk tuan “ balas Maya.. Aku rasa macam ingin ketawa pun ada masa itu tapi ego boss kena jaga..hihihi..” Mulai esk Maya tak perlu buatkan semua ini lagi ya “ pintaku.. “ tapi kenapa tuan.. tidak sedap kah kopi yang saya buat “ soal Maya padaku lalu aku membalas “ bukan begitu Maya.. Sebenarnya di sini kita tidak pernah berbuat perkara itu pada staff. Ini hanyalah guruan saya yang telah sepakat dengan semua kawan kawan Maya untuk tidak menceritakan hal ini pada awak.. Maafkan saya Maya “. Maya yang mulai malu dengan gurauan itu terus keluar dari bilikku. Namun kelihatan dia tidak marah padaku. Mungkin sebagai tanpa salam kenal. Itu apa yang aku fikirkan.

Tengah harinya sekali lagi aku talifon Maya untuk meminta maaf dan nyata dia seorang yang sangat pemurah akan kemaafan. Di dalam talifon juga aku memintanya ketika berdua denganku TOLONG jangan panggil tuan atau boss sebaliknya saya awak seperti mana panggilan itu pernah kami gunakan ketika di pulau itu dulu dan Maya setuju walaupun pada awalnya dia agak terkejut dengan permintaanku itu. Sejak pada hari itu, aku dan Maya semakin rapat. Di hadapan staff, tuan aku di panggilnya tapi dalam talifon ( sshhhhhh ) hehehe… Hampir 3 bulan maya bekerja di tempatku,prestasinya sangat cemerlang dan aku bangga miliki pekerja secekap Maya dan dalam masa sama hubungan kami semakin rapat dan mesra. Di rumah kami sering berbalas chat di whatsapp sehinggakan tiada istilah malam bagiku kerana sembang dengan Maya. Tapi chat kami hanya bualan kosong. Mungkin belum masanya bagiku untuk melamarnya.

Suatu hari itu ( jumaat ) Maya tidak hadir ke pejabat. Pada awalnya aku fikir mungkin dia terlewat tapi kenapa dia tidak hubungi aku namun aku bersabar. " Mungkin dia kehabisan kredit " hanya itu di fikiranku. Jam di tangan telah menghampiri 1125am namun Maya tidak juga tiba membuatkan aku mulai risau. Pesanan ringkasku tidak berbalas menambahkan lagi kerisauanku. Aku membuat keputusan untuk menghubunginya tapi tiada sebarang respon." Kenapa Maya begini?.Apa yang terjadi padanya? " kerisauanku kian bertambah..

Tepat jam 1ptg ( makan time ) Aku tidak ke cafe sebaliknya terus mencarinya di rumah berdasarkan alamat yang ada pada fail rekodnya. Setibanya di kawasan perumahan itu, alangkah terkasimanya aku kerana Maya duduk di kawasan ELIT. ( Orang hado hado ). Ting tong loceng rumahnya ku tekan dan selang beberapa ketika keluar seorang gadis yang sangat cantik di mataku. Dia hanya keluar dengan mengenakan bajuT dan seluar pendek yang eerrmm...Terkasima beb ""


Gambar Sekadar Hiasan
. " Awak.. Maafkan Maya tidak hadir kerja " teriak Maya setelah melihatku di luar pagar rumah. Gate di buka dan dia mempelawa aku masuk ( Sekadar di halaman ). Menurut Maya,pagi tadi dia telah di rompak ketika dalam perjalanan ke pejabat. Habis kesemua yang ada di dalam bagnya di rembat penyamun termasuk talifon bimbitnya. " Maya dah pergi buat report polis kah " soalku spontan. Belum lagi awak " itu jawabnya.. Dan tanpa berlengah, aku terus megajaknya ke balai untuk buat report. Harumnya bauan minyak wangi yang Maya guna ketika kami dalam keretaku. " Maaf awak jika awak tak selesa dengan bau minyak wangi Maya " dia berseloroh seakan mengetahui aku sedang mencium kewangian itu. " Tak Mengapa Maya, saya suka bauan ini..harum sangat " balasku tanpa ragu ragu..

Selesai membuat report, Aku membawanya singgah ke sebuah restoran yang berhampiran dengan kediamannya. Di sana sekali lagi aku teruja apabila melihatnya menjamu selera dengan gaya yang sangat sopan dan tertip.. " Pandai orang tuamu mendidik Maya " detik hatiku. Apa yang aku saksikan ini membuatkan aku bertambah keinignan untuk memilikinya. " Inikah masa yang sesuai untukku melamarmu " bisik hatiku.. Aku pendamkan lagi kerana aku bimbang untuk menyatakannya. Untuk menjadi hero kononnya, aku mempelawa mulai esok biar aku yang mengambil dan menghantarnya atas alasan risau akan berulang lagi perkara seperti hari ini. Di awalnya Maya menolak kerana tidak mahu menyusahkan aku dan tidak mahu terhutang budi namun ayat lelakikan.. Akhirnya dia bersetuju dengan pelawaanku.

Hari isnin kebanyakan semua orang bosan ( MONDAY BLUES ) tapi tidak padaku kerana hari ini adalah hari pertama aku menjadi driver kepada seorang gadis yang aku puja. Aku keluar rumah agak awal, tidak seperti hari hari sebelumnya. Setibanya di rumah Maya, aku terlihat dia sudah bersedia di luar pagar untuk menantiku. Hati ini berbunga hanya Allah jua yang tahu. Sekali lagi aku menghirup wangian yang segar dari tubuh Maya. Tidak sempat aku bertanya dari mana dia perolehi minyak wangi tersebut, Maya dengan berseloroh menjawab " Minyak wangi murah sahaja awak ". Apa ilmu dia pakai?.. Tak sempat tanya dia dah jawab dulu ".. " Awak beli kat mana minyak ni " soalku. " Beli online jer awak ". dia balas dengan selamber. Dalam perjalanan ke pejabat yang di susuli jalan jamm, sempat aku tambah pengetahuan tentang Maya. Apa yang aku tahu tidak perlulah aku cerita sekarang.. Nanti dah tak bestkan....Setibanya kami di pejabat ( Parking ) ada mata yang melihat..( puak nie memang cenggini )

Gosip liar mula berbau di pejabat. Pada awalnya aku tidak mengerti akan maksud ehem pada hampir semua staff di pejabat. Maya mula di sindir, di katakan staff kesayangan aku tapi aku abaikan sebab tak penting apa yang mereka katakan. Perkara ini pun aku tahu dari sahabat baikku Azman. Menurut dia, staff sekarang mula perli Maya tapi aku tidak tahu kenapa namun aku abaikan sahaja. Dalam perjalan pulang, Aku ceritakan pada Maya hal tersebut tapi responnya aku perhatikan COOL sahaja " Biarkanlah mereka awak.. Mulut orang memang begitu " dengan selamber Maya menyatakan hal itu. Bila dia sendiri tidak kisah, maka aku pun begitu jugalah. Keesokkan harinya dan hari hari berikutnya telah menjadi rutinku untuk mengambil tuan puteri di rumah. Semakin hari kami semakin rapat. Dah macam belangkas pun ada. Di pejabat telah tertular kisah kami. Asalkan ada meeting atau yang berkaitan dengan urusan pejabat, aku sering di gandingkna dengan Maya. Kebetulan aku yang memang dah mulai sayangkan dia, aku memang seronoklah sebab sering bersama.

Hari ini ( selasa ) aku ada meeting pengurusan ( dewa dewa sahaja ) jadi Maya tidak mengikutiku kali ini. Di dalam bilik meeting itu BIGBOSS telah menyindirku dengan bertanyakan kemana Maya aku, tak sertai meeting ini kah.. Aku mulai merasai macam ada sesuatu yang tidak kena tapi aku buat tidak tahu sahaja. Selesai meeting, Azman meghampiriku dan berbisik, " Bossku.. tolong jauhi Maya sebab ada yang cemburu ".. Terkejut aku dengan apa yang Azman bisikkan tadi. " Siapa pula yang cemburu? tanyaku.. Menurut Azman, sepanjang aku di syarikat ini, ada seorang wanita yang memang telah lama menyimpan perasaan terhadap aku tapi Azman tidak menyatakan siapa wanita tersebut. Perasaan aku kini hanya pada Maya jadi aku tidak pedulikan perasaan orang lain. Selepas dari hari itu, aku mula mengintip siapakah wanita yang Azman ceritakan padaku semalam tapi aku memang tidak dapat mengagak siapakah gadis misteri itu.

Hubungan aku dengan Maya berjalan seperti biasa hinggalah suatu petang selepas waktu makan Maya menemuiku di bilikku.. Tanpa cerita panjang " Awak mulai esok tolong jangan ambil saya lagi dan petang nanti saya balik dengan taksi " dan dia terus keluar dari bilikku.( Apa hal semua nih )
Gambar Sekadar Hiasan

Keesokkan harinya aku seperti biasa singgah ke rumah Maya akan tetapi dia tiada di hadapan rumah seperti biasa. Aku hubunginya tapi panggilan talifonku tidak berjawab. Dalam keadaan pelik, aku memandu ke pejabat. Tiba di pejabat, terlihat Maya telah ada di mejanya. Aku menghampirinya dan bertanyakan apa salah aku tapi Maya hanya respon " awak tak ada salah apa apa cuma tolong jauhi saya ". Aku tambah pelik tiba tiba Maya berubah sekelip mata. Aku meninggalkannya dan berlalu pergi. " Awak, apa salah saya hinggakan awak berubah tiba tiba" soalku melalui whatsapp tapi dia hanya sekadar membaca tapi tidak membalas tapi aku tidaklah marah dengan tindakan Maya. Petangnya sebelum balik, aku hanya perhatikan Maya melintasi bilikku tanpa menoleh ke arahku. Lantas seketika aku terfikir akan kata kata Azman tempoh hari. " Man kau dah balik ke? kalau belum, tolong datang ke bilik aku sekejap " Chat aku pada Azman. " Ok bossku jap lagi aku datang " balas Azman.

" Man kau cakap kat aku apa yang kau tahu tentang hal cemburu itu " sergahku pada Azman setibanya dia ke bilikku. Terkejut mamat itu dengan soalanku.." Kalau ye pun bagilah aku duduk dulu bossku "jawab man.." Apa yang aku cakap hari itu atas permintaan Maya sendiri sebab dia tahu kita geng kan. Mungkin ini berkaitan dengan peminat misteri kau kot. Jadi sekarang kau nak aku buat apa " soal Azman padaku. " Man kau tolong aku man sebab...... " terhenti kata kataku di situ.. " apa hubungan kau dengan Maya arr? " soal Azman lagi. " Man memandangkan kau geng aku, aku nak meluah ni " "luah apa tu geng ? " mangkuk nie potong ayat aku. Petang itu aku luahkan segalanya pada Azman. Dari mula aku kenal Maya hinggalah ke sekarang dan Azman kini telah mengetahui hasratku. " Baiklah aku akan bantu apa yang perlu untuk kau bossku " kata kata yang buatkan aku mulai lega kerana ada sahabat yang sudi membantu. Keesokkannya aku tidak lagi ke rumah Maya dan aku mulai rasa kekok sebab dah terbiasa bersama Maya. Di pejabat pun aku dan dia tidak lagi semesra seperti dahulu. Aku hanya mampu melihat Maya tersenyum dan ketawa dari jauh. Ya Allah aku merindui Maya. keluh hatiku...
Gambar Sekadar Hiasan
Malam Harinya ketika aku sedang menonton TV, whatsapp masuk ke talifonku. " Awak maafkan Maya, tidak patut Maya buat macam itu pada awak tapi Maya terpaksa demi kebahagiaan awak. Lepas ini kita kerja macam biasa dan awak tetap boss Maya. ini mungkin kata akhir dari Maya buat awak.Maafkan Maya ".. ( chat Maya buatku ) Setelah aku membalas dan bertanyakan apa sebenarnya yang terjadi tapi soalan itu hanya sekadar soalan. Tiada lagi balasan dari Maya.

Kerana tidak sanggup melihat Maya di pejabat, aku mengambil cuti untuk beberapa hari. Sekali lagi aku ke pulau untuk mencari ketengan.. Dua hari aku di sana, tiada sebarang panggilan talifon atau pun SMS dari Maya.. Nyata dia bersungguh dalam katanya sebelum ini. Hari ketiga pagi aku bangun tidur aku melihat talifonku terdapat satu chat dari satu nombor yang tidak aku kenali. "Hye awak..morning.. Selamat bercuti dan moga cepat pulang ke pejabat ye sebab saya gelisah bila tak nampak awak ". Siapa pula yang chat aku pepagi buta nie soalku dalam hati. Cara ayat dan gaya shotcut kata katanya tidak seperti Maya. Bila aku tanya ini siapa tapi tidak berbalas. Mungkinkah ini nombor peminat misteri itu tanyaku sendirian. Tanpa berlengah aku terus menghubungi Azman untuk bertanyakan pemilik nombor tersebut. Menurut Man, dia juga tiada nombor tersebut. Operasi menjejaki peminat misteri bermula. Aku di pulau itu hanya menunggu khabar dari Azman. Tengah hari ketika makan, whatsapp berbunyi lagi dan kali ini " Awak..awak kemana?.. kenapa awak tidak masuk pejabat?.. awak tidak sihat kah?..Jaga diri bebaik walau dimana awak berada.." Seronoknya hati ini kerana chat itu datangnya dari Maya. Nyata dia merisau rupanya terhadap aku..hihihihi.. Ego lelaki aku pamerkan. Chat nya tidak aku balas walaupun hakikatnya hati ini sangat memberontak untuk membalas..

Malamnya sekali lagi aku terima whatsapp dari Maya " Awak dah lupakan Maya kah?. Kenapa chat Maya awak tidak balas?. Awak dekat mana sekarang..Kenapa awak dengan En. Azman buat Maya macam ini?.. Kenapa mesti nak rahsia dari Maya?.. Respon Maya ye awak ". Tapi aku masih abaikan apa yang Maya mahukan.. Padan muka dia..hahahah... Sebelum tidur sekali lagi aku terima chat dari gadis jelita itu " Terima kasih awak sudi buat Maya macam ini. Moga awak selamat di mana sahaja awak berada. Maya risaukan awak " ( beserta emoji menangis ).. Yesssss.. Inilah yang aku tunggu dari dia. Nyata Maya merisaukan aku dan mungkin dia sedang merindui aku. Malam itu aku hanya tersenyum hingga terlelap. Keesokkan harinya Azman menghubungi aku dan menyatakan Maya ingin meletak jawatan...Terkedu aku seketika dengan apa yang Azman nyatakan. Tanpa berlengah aku terus menghubungi Maya " Maya nak berhenti kerja " itu kata dia bila dia jawab panggilanku. Tapi kenapa Maya?  soalku.. " Kalau awak tak masuk kerja hari ini.. Maya akan berhenti kerja hari ini juga " dan terus endcall.. Tanpa berlengah aku terus bergegas siap untuk pulang ke KL. 
Jam 1.15ptg aku tiba di pejabat dan kehadiran aku di nanti Azman di depan pintu. Masuk sahaja pejabat terlihat Maya sedang murung di mejanya dan mungkin dia menunggu aku.
Gambar Sekadar hiasan
Aku terus ke bilik aku dan lantas Maya bangun dari tempatnya dan menuju padaku. " kalau iya pun awak nak lari dari Maya, tak boleh ke bagi tahu kemana awak nak pergi ?"..  Kelihatan di pipinya air mata mengalir. "Cantiknya dia bila menangis" bisik hatiku. Mujur masa itu waktu rehat jadi staff lainnya tiada di pejabat. Kalau ada mungkin akan jadi lebih kecoh.. Aku hanya sambut kata katanya dengan senyuman. Mungkin ini petanda cambahnya cinta kami?.. Azman yang dari tadi memerhati, terus beredar dengan sindiran " Untunglah kau bossku.. Aku gak yang berlapar sebab teman makwe kau ". Hampeh ayat sahabat aku nih.. Rupanya ini pakatan Maya dengan Azman untuk suruh aku balik cepat sebab Azman sendiri pun tidak tahu aku bercuti..hihihhi.. " Awak  serius kah nak berhenti Maya ? " soalku padanya tapi dia hanya jawab " tak tahu " dan terus beredar..  Beberapa ketika selepas itu whatsapp aku berbunyi " Jangan buat Maya risau lagi FAHAM.. Maafkan Maya sebab pendekkan cuti awak..hahahah " .. Aku hanya tersenyum dengan ayatnya dan membalas " petang nanti saya hantar Maya balik yer "... " Tak payah mengada " balasnya dan aku lihat dia nampak gembira ketika membalas chat aku. Ini mungkin petanda baik untuk kami berdamai.

Jam di tangan dah melepasi 5.40pm tapi kelihatan Maya masih lagi tidak pulang. Apa yang Maya buat sampai sekarang masih tidak pulang lagi tanyaku dalam hati. Terus aku mengambil talifonku untuk bertanyakan padanya tapi terkejut aku kerana ada SMS dari Maya " Awak lama lagi kah " Saya tunggu awak.. Jom lah balik ".. " Ingat awak taknak balik dengan saya..ok sekejap saya tutup pc " balasku..yeaahhhh...dia tunggu aku rupanya.. Sejak dari petang itu rutin harianku mengambil dan menghantarnya kembali seperti biasa. Aku suka tiap kali bersama Maya kerana dia semakin selesa denganku. Dahulunya dia kalau ketawa agak tersipu-sipu tapi kini bila tiap kali aku buat lawak, tiada lagi dia menahan tawanya. Kami semakin rapat dan mesra.

Keesokan harinya selepas waktu pejabat,." Awak, kita nak kemana nie ? macam dah jauh sahaja dari laluan rumah saya " tanya Maya kebingungan.. "Saya nak bawa Maya ke satu tempat yang mana suatu masa nanti saya hilang lagi, Maya boleh mencari saya di tempat ini " balasku dengan spontan. Maya semakin pelik dengan jarak perjalanan yang semakin jauh dari bandar tapi dia tidak berasa kekok kerana dia percaya denganku.
Gambar sekadar hiasan


Jalan yang di lalui kami mula memasuki kawasan perkampungan nelayan dan Maya mula tersenyum setelah dia mengetahui kemana aku membawanya. Tiba di tepi pantai aku memberhentikan keretaku dan mempelawa Maya keluar. Petang itu dalam suasana tenang, aku memberanikan diriku untuk menyatakan apa yang terbuku di hati ini. " Maya cantikkan pemandangan matahari terbenam ini " permulaan bicaraku.. " Ya awak, ianya sangat indah dan tenang" balas Maya dengan tenang. " Maya tahu tak ketenangan ini tidak lengkap sebenarnya " aku berseloroh " Apa yang boleh melengkapkannya awak " tanya Maya.. " Awak " balasku berseloroh lagi.. " kenapa saya? " " Tanpa matahari keindahan ini tidak akan terjadi dan begitu juga awak.. Tanpa awak hati saya sunyi " aku mula memancingnya. " Kejap..kejap..kejap.. Awak merepek apa ni ? tadi kisah pemandangan tapi kenapa awak menyimpang?" soal Maya lagi padaku. Suasana petang itu sangat hening, bunyi ombak menghempas pantai di selang seli bunyi kicauan burung bermain di langit lepas, aku terus dengan.....

" Maya, tujuan saya bawa awak kesini adalah untuk...untuk ".. suaraku tersekat di situ. " Untuk Apa awak. Janganlah buat saya tertanya -tanya..tarik nafas awak dan habiskan ayat awak tu " kata-kata Maya yang memberiku semangat untuk meneruskannya." Maafkan saya andai apa yang awak dengar ini nanti mungkin boleh buatkan awak membenci saya " aku mulai panik untuk menyatakannya. " Awak.. kenapa ni..Jangan la panik. Awak nampak pucat sekarang " Maya mula tersenyum melihat gelagatku. Dia faham apa yang aku cuba terangkan tapi dia mungkin ingin mendengarnya sendiri dari mulutku. Dengan suara terketar-ketar aku meluahkannya " Maya, saya cintakan awak ".. Maya tidak terkejut dengan apa yang aku perkatakan sebaliknya dia hanya tersenyum ceria. " Maafkan saya Maya andai awak tidak suka, saya faham kerana cinta ini bukan boleh di paksa. Saya tahu awak mesti akan tolak " tidak habis kata itu, Maya telah menahan jarinya di bibirku. " Awak.. kenapa sekarang awak luahkannya.. Kenapa bukan dulu "..Ayat Maya itu seolah aku mengerti tapi tidak pasti. Kami terdiam seketika " Maksud Maya?" tanyaku pinta penjelasan pula. " Sebenarnya Maya dah lama tahu apa yang terbuku di hati awak tapi Maya diamkan sahaja kerana Maya nak dengar sendiri dari awak. Maya taknak dengar dari orang lain. Apa sahaja yang awak lakukan ianya nampak jelas keihklasan dari awak terhadap Maya". Aku mulai mengerti tapi saja nak kepastian akan jawapannya..hehehe..
Gambar sekadar hiasan


" Maya..adakah awak teri " sekali lagi jarinya menahan bibirku. Lajunya tangan dia naik.. " Awak.. dengan ikhlas awak mencintai sayakan jadi dengan ikhlas jua saya menerima cinta dan lamaran awak "..Dari apa yang aku dengar itu. Aku langsung tidak mampu berkata apa lagi kerana semuanya telah selesai bagiku. Tanpa aku sedariku aku telah menjerit semahunya.. Yaahhoooooo...... Mulai saat itu, aku dan Maya adalah pasangan kekasih yang rasmi. Malam itu adalah malam yang paling indah kerana lamaranku di terima. Cuak juga aku sebenarnya kerana bimbang di tolak. Mana aku nak menyorok lepas ini akibat malu. Tapi tidak sebaliknya cintaku di terima dia...

Sambil kami candylight dinner.. Semua persoalan yang terbuku di hati, aku lepaskan dan malam itu juga aku baru mengetahui siapakah yang mengugut Maya supaya jauhkan diri dari aku. Aku tidak menyangka selama ini Liza menyimpan perasaan terhadapku.Liza ialah seorang yang agak rapat denganku di pejabat tapi kami tidak pernah makan bersama atau sewaktu dengannya bersama kerana hubungan kami hanya atas dasar kerja. Selepas selesai makan malam, aku menghantar Maya pulang dan dalam perjalanan pulang itu Maya telah terlelap dalam keretaku. Mungkin sebab terlalu penat seharian bekerja. Sesekali aku menjeling ke sebelah untuk melihat keindahan wajah kekasih hati dan dalam samar limpahan cahaya lampu jalan, ternyata Maya memang terlalu cantik. Untung gua beb...( Selesai bab tersebut )

Keesokan harinya rutinku seperti biasa mengambil buah hati untuk ke pejabat. Tiba di pejabat kami bertembung dengan Liza yang ingin keluar kemana ntah. " Hye Liza,morning.. Nak kemana tu " tanyaku sambil membuka pintu pejabat tapi " NOT YOUR BUSINES " balasnya seperti sedang marah dan tidak menoleh pun ke arahku.. Sambil Maya kelihatan tunduk ke bawah seolah takut sesuatu. Aku hanya tersenyum kerana aku mengetahui akan sebabnya lalu kami masuk ke pejabat seperti biasa. Dalam kesibukan kerjaku tiba tiba whatsapp berbunyi " Awak nampak tekun bekerja sampai tak jeling langsung pada Maya nih ".. Dengan senyumku membalas " Untuk masa depan kita berdua sayang " . " Cukup simpanan nanti jangan lupa masuk meminang..hehehehe "..Balasnya lagi.." Memang itulah impian saya selama ini terhadap Maya.. Kita jumpa lunch nanti sayang " balasku untuk sambung kerja.. Jam di dinding menunjukkan 1040am. Sebentar lagi aku kena masuk mesyuarat dengan lembaga pengarah tapi apa yang sepatutnya aku siapkan untuk itu masih belum siap. Maya yang dari tadi hanya melihat gelagatku yang agak kelam kabut lantas terus menuju ke bilikku. " Assalamualaikum abang " Pertama kalinya aku dengar panggilan itu darinya.." waalaikumusalam sayang " balasku.. " Abang nampak macam terkejar - kejar " boleh Maya tolong kah ". " Not Maya but sayang..hehehe..Sambilku tersenyum kearahnya. " Kalau sayang tolong abang, bagaimana pula dengan kerjamu sayang " tanyaku ingin tah. " sayang tak sibuk pun. Minta detail apa yang perlu sayang buat " Maya seolah oleh serius ingin membantku. Tanpa berlengah aku terus menghulurkan kepadanya beberapa helai kertas yang mengandungi apa yang ingin di bentangkan nanti. Selepas beberapa minit kemudian Maya memulangkannya padaku dan hasil kerjanya yang sungguh tersusun.. " Dia memang yang terbaek "..

Mesyuarat tersebut tidak di hadiri Liza yang mana sepatutnya dia kena ada untuk beberapa perkara yang penting. Dia tidak pernah bersikap sebegini sebelum ini. Kenapa dengan dia? hatiku mula terdetik. Aku cuba menghubunginya tapi tidak berjawab. "Argghhh " lantak dialah. Apa - apa hal nanti dia sattle sendiri dengan boss. Selesai mesyuarat, aku bertembung dengan Liza di laluan sempit antara meja pekerja dengan dinding dan tiba-tiba dia rebah ketika menghampiri aku. Suasana hiruk seketika dengan insiden tersebut dan rata - rata semua yang ada di sekitar itu menghampiri Liza termasuk Maya. Yang spoilnya Liza rebah setelah selisih denganku dan cara tak langsung aku telah menyambutnya ketika dia rebah. Kini Liza di pangkuanku. Aku memerhati sekitar dan kelihatan Maya sedang memandang ke arah aku dengan pandangan yang nampak seperti cemburu.. Air segelas di hulur depanku oleh seorang kaki tangan yang melihat untuk aku sapu ke wajah Liza.. " Aarrgghhh " " kenapa dia pengsan dekat aku ?" teriak hati ini.. Beberapa ketika Liza tersedar setelah aku sapukan air di wajahnya.. Dalam keadaan rela tak rela, aku terpaksa memapahnya ke sofa di ruang tamu pejabat atas arahan BIGBOSS.. " Moga Maya tidak bersangka yang bukan - bukan terhadapku ".

Aku tinggalkan Liza di situ dan aku terus pulang ke bilikku.. Whatsapp aku berbunyi " Bestkan abang dapat peluk pompuan cantik. siap pangku dan papah lagi ke sofa " ( ayat dari kekasihku Maya ). Apakah maksud kata-katanya itu??..." Maaf sayang, abang lakukannya atas dasar kemanusiaan dan tak terfikir apa yang seperti sayang fikirkan " aku berseloroh membalas persoalannya.. " maafkan sayang abang.. Tak sepatutnya ayang fikir begitu terhadap kekasih sendiri kan " balas Maya.
Gambar sekada hiasan

Kuat cemburu juga rupanya Maya nie tapi aku suka dengan caranya yang kuat cemburu itu sebab itula cara dia meluahkan rasa sayangnya padaku.

---- BERSAMBUNG ----





No comments:

Post a Comment