My Song

Friday, May 31, 2013

"CINTA"


"Cinta"
Apa yang anda tahu tentang Cinta??..Aku pun tidaklah tahu sangat erti Cinta ini tapi tak salah rasanya kita cuba bongkar maksud sebenar perkataan Cinta itu.Ada di antara anak muda menyatakan Cinta itu adalah mencintai pasangan hidup seperti Awek/Balak dan macam-macam lagilah panggilan mereka.

Ada juga pendapat yang mengatakan Cinta ini adalah penyatuan antara dua hati yang mana bila terbit sesuatu perasaan maka hati itu akan bersatu dan macam-macam lagilah pendapat dari mereka yang faham erti Cinta itu.

Tidak di sangkal pendapat yang menyatakan Cinta itu adalah penyatuan dua hati tapi penyatuan yang bagai mana??..Itu yang menjadi persoalan sekarang..Dari sudut pemahaman aku Cinta ini tidak hanya pada kekasih ( pasangan ) semata-mata seperti mana pendapat segelintir masyarakat kita.
Katakan hanya pada kekasih..bagai mana pula dengan sahabat,kawan-kawan,saudara mara dan sebagainya??..Cubalah terangkan seandainya ada perbezaan di situ..

Boleh anda terangkan apa itu Cinta..Kasih..Rindu..dendam dan yang seumpama dengannya??..Pada yang lagi arif tentang semua itu mungkin mampu menerangkannya tapi pandangan dari sudut apa??..kahkahkahkah....Ketawa ini bukan sembarangan kerana ketawa ini sebenarnya mentertawakan diri kita sendiri...Apa Cinta bagi anda??..Masih lagi menjadi tanda tanya bukan..Baiklah kita sama-sama cuba kongsi apa ada pada Cinta..Andainya aku tersalah silalah perbetulkan dan andainya ada yang kita terlepas pandang,marilah sama-sama kita renungkannya..

Maksud Cinta ini sebenarnya terlalu meluas hinggakan tiada sempadannya.."Cinta ini seperti satu seni yang sangat halus hinggakan kita tidak sedar kehadirannya" pada kita".Ada sesiapa yang ingin membangkang silakan seandainya aku tersalah..Rindu,kasih,dendam dan seumpanya adalah pecahan dari maksud Cinta..Tanpa Cinta,rindu..kasih semua itu pasti tidak akan muncul..Betul ke tidak??..pastinya betul sebab boleh ke kita tiba-tiba merindu tak tentu pasal kalau tiada perasaan Cinta??..TIDAK..Bolehkah kita kasih dengan tak tentu pasal tanpa perasaan Cinta??..jawapan yang sama kita akan dapat iaitu TIDAK!!..Kerana apa saudara saudariku sekelian..kerana tiadanya Cinta semua itu pasti tidak akan timbul..Cinta sebenarnya merangkumi semua apa yang telah di sebutkan di atas..Seorang lelaki merindui sahabat lelakinya yang telah terpisah jauh..Yang telah tidak berhubung..Janggal bukan sebab TAKKAN lelaki itu mencintai lelaki yang seorang lagi??..seperti aku katakan tadi Cinta merangkumi semuanya maka ia mencintai insan itu TAPI haruslah kita tengok dalam konteks ini tidaklah di sebutkan seperti "CINTA SESAMA JENIS YANG MEMBAWA MAKSUD NEGATIF"..Begitu juga dengan seorang wanita merindui sahabat wanitanya..Kita kena buka minda tetang maksud CINTA itu adalah terlalu luas dan tiada sempadannya..Dan Cinta itu tidak semestinya membawa erti mencintai kekasih semata-mata..

Namun tidak di nafikan sekarang ini telah timbul "PERCINTAAN SESAMA JENIS"..lelaki bersama lelaki gelarannya GAY dan kalau wanita sesama wanita pula gelarannya LESBIAN..Ini pun dalam kategori Cinta juga tapi Cinta yang SONGSANG..
Apa yang aku ingin terangkan bukanlah al-kisah Gay dan Lesbian ini tapi kisah maksud sebenar Cinta sahaja..

("Cinta tidak mampu di lihat dengan mata kasar sebaliknya kita hanya mampu merasai kehadirannya")..

Kebaikkan Cinta..
Kita cuba tengok apa yang mampu Cinta lakukan pada seseorang insan yang di hinggapinya..Terutama insan itu akan terus bersemangat..Cara penampilan yang pastinya akn menjadi menarik..Pemikiran pula pastinya akan sentiasa positif..Perbuatan juga tidak terlepas dari semua yang tampak hebat dan menarik..Di wajah banyak ceria dan senyum..Ini kebaikkan Cinta..tapi apa pula dengan Keburukkan Cinta??


Keburukkan Cinta..
Manusia memang tidak pernah terlepas dari merasai keburukkan ini kerana hati dan perasaan selalu berubah..Contoh yang sangat senang di fahami..Kebanyakkan insan yang mengalami masalah dalam percintaan,mereka selalu menyendiri..Menangis akibat gagal dalam percintaan..Segala perbuatan,dia tidak mampu melaksanakannya dengan betul..Pemikiran sering bercelaru,gelisah dan sentiasa resah..Dari segi penampilan ada yang terpaksa berlakon menarik dan ada juga yang terus menjadi kusut masai..Di wajahnya pula amat sukar untuk kia melihat senyuman sebaliknya muncung sahaja..Bagi yang punyai jiwa yang sangat halus,"hanya air mata menjadi menawar duka"..Kerana apa mereka jadi sebegini??..kerana CINTA..

("Manusia tidak pernah mati kerana Cinta tapi Cinta cukup maracuni jiwa manusia")

Siapa tidak pernah GAGAL dalam percintaan??..Bohonglah kalau ada yang mengaku kecuali bagi mereka yang dalam katagori special kess macam dari azali tidak mengenali Cinta..Orang yang Gila sejak di lahirkan..Ada kah manusia yang lahir ke dunia ini terus GILA??..pastinya tidak jadi..bohonglah kalau ada yang tidak pernah gagal dalam percintaan..

Kenapa bila gagal dalam percintaan ada yang sampai sanggup berniat untuk membunuh diri??..Apa dah tidak ada lagi manusia di dunia ini untuk di Cintai sampaikan sanggup bertindak sedemikian??..Jika ada, sorry i'm to say "kau Memang Bodoh kerana Cinta sanggup korbankan nyawa"..Macam kebanyakkan Lirik Lagu yang menyatakan kerana Cinta sanggup korbankan Jiwa ragalah nyawalah..Janganlah lagu itu menjadi pedoman hidup wahai saudara saudariku sekelian..Sebaliknya kehidupan ini hanya sekali dan KEGAGALAN SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL SELAMANYA..Apa yang patut kita fikir ialah "Itu Bukan Jodoh yang Terbaik Untuk Kita"..

Saudara saudariku sekelian..Adakah anda masih tidak memahami apa itu Cinta??..Aku pasti semua pasti telah faham apa yang di maksudkan dengan erti Cinta tersebut..Aku ingin tahu adakah Cinta anda sama seperti Cinta aku??..Aku Cintakan seluruh ahli keluargaku..Cintakan semua sahabat-sahabatku..teman-temanku serta rakan-rakanku dan yang paling utama Aku Cintakan Agamaku..Tanah tumpahnya darahku..Bangsaku dan semua aweks yang ada di dunia ini...(Oooppsss..itu hanya sekadar gurauan semata-mata)..Jadi bagai mana pula Cinta anda..Adakah sama Cinta sepertiku atau bagaimana??..(Tepuk Dada Tanya Selera)..

"Cintakan Ibu Bapa Membawa Kesyurga"
"Cintakan Saudara Bahagia Selamanya"
"Cintakan Pasangan Membawa ketenangan"
"Cintakan Bangsa Erat Pertalian Siratulrahim"
"Cintakan negara Membawa Keamanan"
dan yang paling UTAMA
"Cinta Kepada Allah kekal selamanya"

Rasanya sudah panjang lebar aku bercerita jadinya pepatah lama ada menyatakan Banyak Cakap Banyak Bohong so sebelum aku merapu yang bukan-bukan adalah lebih baik kita noktah disini dahulu..
Akan tetapi..Sebelum aku mengakhiri coretan ini marilah kita renungkan mutiara kata ini...
"Cinta tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan..Cinta tidak juga menjamin apa-apa keistimewaan"..

"Cinta..Kadang kala kita tidak sedar ianya hadir kerana ia juga bisa datang dalam suasana pudar"

-Sekian-

No comments:

Post a Comment