My Song

Thursday, May 30, 2013

Inilah Kisah Perjalanan Hidupku

Inilah kisah perjalanan hidupku..
Hidupku dulu sebelum kini..
Aku senang di kenali dengan panggilan ejai di kalangan teman-teman sebaya.Aku di lahirkan di sebuah negeri di barat tanah air iaitu Negeri Sembilan.Nama aje negeri sembilan tapi negerinya satu saja.Umur aku kini dah menjangkau awal 30an..(belum tua lagi tau).Pada tanggal 7 julai 19** aku di lahirkan di Hospital Besar Seremban yang sekarang ni nama barunya Hospital Tuanku Ja'afar.

Aku membesar sebagai seorang anak peneroka felda yang mana dengan kehidupan disini telah banyak mengajar aku erti kehidupan sederhana.Kadang kalanya susah & senang silih berganti.Semua itu hanyalah permulaan kisah hidupku.Aku bangga menjadi seorang anak felda kerana apa yang ada di felda @ kampung,belum tentu lagi ada di bandar.Kepada orang bandar janganlah terlalu sangat memandang rendah pada orang kampung @ felda seperti aku kerana tanpa kampung @ felda ape akan jadi pada bandar??..


Abaikan kisah itu..Sekarang ini aku ingin menceritakan pengalaman hidupku serba sedikit.Aku mendapat pendidikkan di SMSS di seremban dan setelah tamat form 5, aku tak duduk diam sebaliknya habis sahaja persekolahan,keesokkan harinya aku terus mencari kerja di BBN dan alhamdulillah carian aku bersama 3 orang lagi teman sebaya membuahkan hasil.Mesti ramai yang tidak akan percaya dengan tanpa sebarang sijil, kami tiga sekawan mendapat pekerjaan di sebuah firma saham komoditi.Tapi bukanlah sebagai pengarah pemasan pun...hanya sebagai SCO je (costumer service officer) tapi kira oklah tu sebab janji kerja pakai kemas bertali leher.Memang cita-cita aku masa di bangku sekolah lagi ingin bekerja memakai tali leher dan alhamdulillah cita-cita aku itu tercapai.Semangat bertambah bila berkenalan pula dengan Anis..kerana dialah aku semangat untuk bekerja tapi bukan jodoh kan..dalam aku bercuti dia telah di rampas oleh senior aku..(hampeh tul)..

(bukan gambar sebenar)..
Pada satu hari (lunch time) punca kerjaya aku tak lama di firma ini apabila aku terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya ketika ingin pergi makan.Biarlah peristiwa itu mekar di hati ini..Setelah dari hari itu aku dapat mc sampai seminggu dan aku tak sangka mc itu terus berkekalan kerana dalam aku mc,pejabat itu telahpun berpindah ke Puchung.Malas nak ulang alik jauh sangat akhirnya aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi penggangur terhormat selama sebulan.Dah sedap pegang duit sendiri punya pasal,aku mula tak boleh duduk diam bila poket dah kempis lalu aku pergi menjelajah sekitar kawasan yang dekat dengan rumahku dan tak aku sangka rezeki ada di KLIA..Dari niat ingin mencari-cari sambil merayau,kebetulan di MAS CATERING ada open interview..Langkah kanan aku bila aku di terima bekerja di sana sebagai pembantu dapur.Cerita kalau tak selit kisah cinta itu bukan cerita namanya kan..di MCSB aku berkenalan dengan seorang gadis yang masa itu memang baik n caring pada aku lantas telah membibitkan benih cinta.Annes nama di beri..dia bukan jodoh aku..(dengan dia ni pun tak payah ceritalah)..

(rindunya pada bangunan ini)
Aku bekerja disini taklah lama sangat hanya 4 tahun sahaja.Dalam tempoh itu,aku macam-macam pengalaman aku perolehi.Setelah stop dengan Annes,aku berkenalan pula dengan seorang engineer pesawat.Linda namanya.kisah cinta kami tidak lama hanya sekitar 1 tahun sahaja..(putus sebab family tak restu daa)..abaikan juga hal ini..Dua tahun aku dalam production,aku telah di tukarkan ke bahagian operation iaitu hantar makanan ke kapal terbang.Aku layan kan saja janji kerja walaupun pada awalnya aku agak berat hati ingin keluar dari production dept..Aku mulakan kerja baruku dengan cool dan tak lama aku ambil masa untuk menyesuaikan diri disini.Setelah mahir mulalah ingin menjadi otai dan pada satu hari itu,di bay,aku telah berkenalan dengan seorang pramugari singapore airline.Berpunca dari hampir tergelincir ketika sedang menyusun makanan dalam peawat,dia sempat menyambut tangan aku..Kalau tak mungkin aku akan di kenakan tindakan kerana makanan VIP tu aku bawa..Sejak dari kejadian itu aku sering bertembung dengannya di masa yang lain.Maya itu namanya..Namun aku tak rasa boleh pergi jauh dengannya kerana pramugari ini lain sikit..

Jodohku dengan MCSB tak berpanjangan..Aku berhenti dari sini setelah syarikat ini di ambil alih oleh LSG skychef.Aku mula berkelana kembali mencari angin baru..Nilai-3 tempat ku tuju.Aku tak kisah kerja apa pun asalkan halal aku sambut saja.Dengan bantuan kawan aku telah mendapat pekerjaan sebagai salesmen di sebuah kedai menjual perhiasan dalaman rumah.Sementara mendapat pekerjaan tetap aku layan kedai ini dan sedar tak sedar,2 tahun aku di sini.Aku mula mencari peluang yang lain yang lebih menjamin masa depan aku,aku kembali ke KLIA.Alhamdulillah nasib masih menyebelahi aku..AAS tempat seterusnya aku mencari rezeki..Kerja sebagai pencucui dalaman pesawat memang memenatkan tapi meriah kerana bekerja dengan gadis-gadiskan..hehehhe...(tiada cinta dalam pekerjaan baruku ini)..Dalam seronok melayan kerja disini,aku telah di offer bekerja memakai uniform polis tapi sebagai polis bantuan di sebuah syarikat PMB di Guhtrie PD.Dengan kerja baru ini,aku mula mengenali senjata api..Macam mana cara menembak,melerai senjata dan disinilah aku mengenali erti kehidupan dengan warga indonesia n bangladesh.Cara kehipan mereka memang berbeza dengan cara orang kita.Nak tahu macam mana cara mereka,kau orang carilah pengalaman sendiri.

Dalam tempoh kerja disini aku mengenali Wani.(Masih lagi bukan jodoh aku so tak payahlah aku nak cerita panjang lebar tentangnya)..Gaji di sini tidaklah besar masa itu dan dengan hal itu maka aku mula mencongak masa depan dan berhijrah pula ke kelab GOLF di Nilai..Nilai springs banyak kenangan..Disini aku berpeluang berlajar bermain golf..dari menghayun kayu di driving range hinggalah bermain di padang dengan kawan-kawan saja..Naik main dengan golongan elit tak mampu sebab modal besar tu nak main dengan diorang..

(itu bukan aku)..
Nilai Springs bukanlah tempat kerja terakhir aku kerana pada suatu petang kawan aku datang kerumah memberi tahu yang tempatnya ada kekosongan.Aku tak tunggu lagi kerana aku memang ingin kembali ke KLIA kerana kerja di KLIA tak sama macam di tempat lain.MAS KARGO logistik tempat baru aku..Errrmmm...sampai saja di tempat baru ini,aku memang senang hati kerana ramai kengkawan lama aku temui kembali.Semasa kerja di sini aku telah temui seorang gadis yang sangat baik hatinya.Dia bukan kerja disini tapi kenalan di luar tempat kerja..Cukuplah aku memanggilnya isteriku kerana inilah jodohku sekarang..Perkenalan aku dengannya membawa perubahan besar dalam hidupku kerana masa perkenalan itu dia seorang pekerja di sebuah pasaraya di Melaka yang telah menghadiri temuduga di jabatan kerajaan..Satu hari itu setelah dia bekerja sebagai penjawat awam,tanpa aku duga yang aku akan mengikutnya bersama-sama menjadi penjawat awam..

Pagi itu aku sedang bekerja seperti biasa,aku telah terima panggilan talifon dari sebuah agensi kerajaan yang meminta aku menghadiri temuduga..Langkah kanan terus menyebelahi aku apabila temuduga itu telah membawa aku ke dunia lain..cara kehidupan yang lain yang jauh lebih best berbanding semasa aku bekerja di sektor swasta sebelum itu.Setelah selesa bekerja sebagai penjawat awam di JPA putrajaya,kami mengambil keputusan untuk bertunang dan alhamdulillah setelah enam bulan kami bertunang,akhirnya kami mendirikan rumah tangga dan kini aku bahagia dengan perkahwinan ini yang telah di anugerahkan seorang puteri yang sangat comel dan insyaallah dalam masa terdekat ini puteriku akan mendapat adik baru....


Inilah keluargaku.

Walaupun kini aku bekerja di bandar pentadbiran kerajaan Malaysia namun aku tetap tidak pernah lupa asalku seorang insan yang datang dari anak peneroka felda dan inilah serba sedikit kisah kehidupan aku yang aku kongsikan dengan anda semua....

Kesimpulannya disini walaupun di mana kita duduk,janganlah sesekali kita lupa akan asal usul kita sebelum ini....
sekian.....

No comments:

Post a Comment